CHAPTER 21°

1.8K 157 0
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Sepanjang perjalanan ke taman Jihyo hanya berdiam diri.Tidak bersuara.Baekhyun dan Geun sahaja yang banyak bercakap,ketawa.Jihyo hanya mengangguk dan mengeleng jika ada soalan diajukan kepadanya.Bukannya Jihyo malas nak berbual dengan mereka berdua.Melainkan kepala yang rasa pening dan badan rasa tidak sedap.Dia rasa menyesal pula turut serta keluar hari ini.

"Ok.Dah sampai"

Mata Jihyo yang terpejam dibuka kembali apabila mendengar kata-kata Baekhyun yang mengatakan mereka sudah sampai ditaman.Geun sudah bersorak gembira.Suka benar dia datang ke taman yang indah ini.

"Geun nak keluar dulu lah"ujar Geun dan membuka pintu kereta.Baekhyun menoleh ke seat belakang.

"Jangan main jauh-jauh.Nanti Appa pergi dekat Geun"pesan Baekhyun.Geun mengangguk dan keluar dari kereta.Dia tidak risau kerana tempat ini ada kawalan ketat supaya tidak berlaku apa-apa.Seperti penculikan.Tetapi apa pun Baekhyun tetap berjaga jaga.

"Jom turun"ajak Baekhyun.Radio yang dipasang tadi Baekhyun tekan butang off.Seatbelt dibuka.Dia toleh tengok Jihyo apabila tidak mendapat balasan dari Jihyo.

"Kenapa ni?"tanya Baekhyun.Jihyo dilihat memegang kepala sambil memejamkan mata.

"Kepala saya pening.Rasa tak sihat"jawab Jihyo.Suaranya kedengaran mulai serak.Memang jelas dirinya tidak sihat.

Baekhyun menekapkan tangannya didahi Jihyo.Mata Baekhyun membutang.Jelas terkejut."Panasnya.Kau demam ni.Kenapa tak cakap tadi??kalau tak aku tak bawa kau keluar sekali"

Jihyo membuka mata.Melihat Baekhyun.Riak wajah suaminya itu jelas risau."Tadi saya rasa ok lagi"

"Kita baliklah.Aku keluar panggil Geun"ujar Baekhyun dan ingin keluar.Tetapi terhenti apabila Jihyo memegang lengannya.Baekhyun kembali pandang Jihyo.

Jihyo mengeleng."Saya tengok Geun happy je dapat datang sini.Bos tak payahlah.Kita jangan balik lagi.Nanti Geun sedih"

"Badan kau panas sangat ni.Kau jangan buat aku risau boleh tak"balas Baekhyun bernada tegas.

"Bos risau juga ye dekat saya"Jihyo ukir senyuman.Tak sangka Baekhyun risaukannya.

Baekhyun berdecit."Kau tunggu kejap.Nanti aku datang balik"pesan Baekhyun dan keluar dari kereta.

"Risau juga dia dekat aku"ujar Jihyo sendiri.Masih lagi mengukir senyuman.Dia memejamkan mata.Rasa penat badannya.Walaupun kereta Baekhyun ada penghawa dingin,tetap badannya rasa panas.Dia tidak sangka pula akan demam.Tiba-tiba pula tu.

[JIHYO POV]

Baekhyun datang balik selepas beberapa minit.Aku buka mata dan pandang dia.Dia buka pintu kereta dan masuk kedalam kereta.Aku perasan yang ada satu plastic bag dekat tangan dia.Apa yang dia beli tu??

"Geun mana?"aku tanya dia.Tak akanlah biar Geun sorang-sorang dekat sana.Risau pula aku.Walaupun taman ini ada kawalan ketat.

Baekhyun beralih tengok aku."Ada dekat sana.Tengah main buaian.Kejap lagi aku pergi dekat dia"jawab Baekhyun.Dia mengeluarkan sesuatu dari dalam plastic bag.Panadol rupanya.Alamak..aku kena makanlah ni.Adoi..aku tak sukalah ubat-ubat ni.Boleh pula dia pergi beli.

Alah..Jihyo.Kau respect sikitlah dia.Dia dah pergi beli kau ubat.Dah cukup caring lah tu.Kau pun tahu yang dia tu susah nak tunjuk sikap caring dia dekat kau.Telan jelah ubat tu kalau betul dia beli dekat kau dan suruh kau makan.

"Makan ubat ni.Dalam perjalanan balik nanti aku bawa kau pergi klinik"Baekhyun memberikan sebiji ubat panadol kepada aku.Aku ambil dengan muka yang jelas aku tak suka dengan ubat.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now