CHAPTER 34°

1.6K 155 26
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

"Omma!!!..jangan pergi!!"raung Geun walaupun Jihyo sudah keluar dari rumah itu.

Puan Byun melutut didepan Geun.Kedua dua bahu Geun dipegang.Tangisan Geun teresak esak.Jelas sekali dia begitu menyayangi Jihyo.Tidak mahu berpisah dengan Jihyo.Tetapi Puan Byun tidak hiraukan semua itu.Perasaan benci sudah menebal dalam dirinya terhadap Jihyo.

"Dia tu bukan omma Geun.Omma Geun nama Chaeyeon.Bukan Song Jihyo.Dia tu datang nak musnahkan hidup kita.Pembawa nasib malang!!"ujar Puan Byun tegas kepada Geun.Geun mengelengkan kepala.

"Halmeoni jahat!!!"jerit Geun dan terus berlari naik ketingkat atas.

Puan Byun mendegus geram.Dia berdiri.Moon dipandang tajam."Buat apa kau tercegat dekat situ.Pergi buat kerja kau.Tak payah nak masuk campur"

Moon mengangguk dan melangkah masuk kedapur.

"Annyeonghaseyo..."ucap seseorang iaitu Chaeyeon.Ceria betul suaranya.Senyuman yang penuh kemenangan.

"Chae pergi mana??Baekkie cari Chae"tanya Puan Byun.

"Chae ada urusan sikitlah auntie.Nampaknya Baekhyun tak boleh nak berpisah dengan Chae sekarang"jawab Chaeyeon.Suaranya yang penuh kebanggaan.Akhirnya apa yang dia mahukan tercapai.

Puan Byun menampar bahu Chaeyeon perlahan."Kamu ni kan orang yang dia cinta.Tak macam perempuan pembawa malang tu.Kerjanya bawa malang je"

Chaeyeon ketawa mendengarnya.Dia betul-betul bahagia sekarang.Apa yang dia mahukan tercapai tanpa perlu usaha yang banyak dan keras.Sedikit sahaja lagi Baekhyun mesti akan menjadi miliknya kembali.Sejujurnya dia hanya mahukan Baekhyun.Tidak pula dia fikir yang dia mahukan Geun juga.Baginya anak hanya menyusahkan.Kalau dia dapat Baekhyun.Hidupnya senang lenang.Dapat pula bersuamikan Baekhyun kembali.Lelaki yang cukup segala pakej.

Senyuman sinis dan penuh kemenangan terukir dibibirnya.

Tanpa Puan Byun dan Chaeyeon sedari, Baekhyun sedang memerhati mereka dari tangga teratas.Reaksinya penuh tanda tanya.Tidak faham apa yang Puan Byun dan Chaeyeon katakan.Dia tidak mengingati apa-apa.Jadi susah untuk dia faham apa yang mereka berdua katakan.

Baekhyun juga rasa pelik kerana anak lelakinya,Geun sampai menangis teruk kerana tidak mahu Jihyo pergi.Banyak benda yang dia mahu ingat.Tetapi ianya sangat susah.

••••••••••••••

Jihyo berdiri dihadapan tasik.Langkahnya diatur perlahan lahan kearah tasik.Fikirannya terisi dengan kesakitan dan kelukaan.Airmatanya bagaikan jadi kebiasaannya sekarang.Airmata bagaikan satu permainan.Satu persatu benda berlaku.Dugaan yang harus dia hadapi.Tanpa belas dia dilukai.Dia diherdik.Dipanggil perempuan murahan oleh suami sendiri.

Jihyo semakin hampir dengan tasik.Akhirnya berdiri ditepi tasik.Dia nekad.Tetapi belum sempat dia terjun kedalam tasik,seseorang menariknya.

"Lepas!!!..lepaskan!!"Jihyo meronta ronta supaya dilepaskan.

"Jihyo.Ni saya Jinwoo"

Jihyo terdiam.Tetapi selepas itu dia kembali meronta."Jinwoo lepaskan saya.Biar saya terjun dalam tasik tu.Tak ada guna saya hidup"tangisan Jihyo kuat.Minta dilepaskan.

Tetapi Jihyo tidak melepaskan Jihyo.Risau jika dilepaskan,Jihyo terjun kedalam tasik.Tasik itu agak dalam.Tidak mustahil Jihyo akan lemas.

"Jangan Jihyo.Awak tak boleh macam ni.Tolonglah jangan macam ni.Masih ramai yang sayangkan awak"Jinwoo memeluk Jihyo.Jihyo meronta ronta.Tetapi selepas itu dia terdiam.Hanya esakkan kuat yang kedengaran.Jinwoo betul-betul tidak sanggup untuk melihat orang yang dia sayang berkeadaan begini.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now