CHAPTER 12°

1.9K 200 8
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Jihyo mengosok mata yang masih mengatuk.Dia terlelap sepanjang perjalanan ke Pohang.Baekhyun tengah fokus memandu.Geun pula nampaknya asyik main game dengan Ipad.Jihyo pandang kekanan.Rupanya sudah sampai di Pohang.Cuma rumahnya masih belum sampai.

"Lena kau tidur"tegur Baekhyun.Jihyo hanya pandang Baekhyun sekilas.

"Auntie ni tidur lama lah.Geun dah bangun"giliran Geun pula menegur.

Jihyo sekadar senyum.

"Ni rumah kau dekat mana??kan terlepas pula.Aku penat nak main patah balik"tanya Baekhyun.Jihyo sempat pula jeling tu.Maklum sahaja nada suara Baekhyun bukan main menyindir lagi.

••••••••••

[JIHYO POV]

"Akhirnya!!!!..."jerit Jihyo happy apabila kereta Baekhyun berhenti dihadapan sebuah rumah Tradisional Korea.Iaitu rumah halmeoni kesayangan aku.Omma pasti dah ada ni.Sebab Omma dari semalam dah datang sini.

"Jangan nak terjerit sangat boleh tak.Macamlah kau tak pernah balik kampung kau ni"muka aku yang bahagia bertukar masam apabila si Mr. Ceo tegur macam tu.Dia ni buat aku hilang mood betul lah.Melayang macam layang-layang.

"Entah auntie ni.Macam budak-budak"

Amboi!!..dua beranak ni bukan main.

Aku keluar dari perut kereta.Baekhyun dengan Geun turut keluar.Wahhh...segarnya udara dekat kampung aku ni.Tenang je rasa.Dari jauh aku nampak kebun sayur halmeoni.Ada dua orang lelaki tengah uruskan kebun sayur tu.Nasib baiklah halmeoni ada pembantu.Kalau tak terbiar macam tu je kebun sayur.

"Tenang je kampung kau ni ye"

Aku toleh pandang Baekhyun apabila dia cakap macam tu.Dia aku tengok pandang sekeliling.Dah tertarik lah tu dengan kedamaian dan ketenangan kampung aku ni.

"Mestilah.Kan saya dah cakap kampung saya ni damai,boleh hilang stress"aku balas dengan bangga sambil angkat-angkat kening.Dia jeling pandang aku.Huahaha.

"Kening auntie kenapa??sakit ke??"tanya Geun dengan naif dan slumber nya.

Erkk...

Dan bunyilah ketawa yang menjengkelkan dari Mr. Ceo aka Byun Baekhyun.Geun ni dah macam Appa dia dah aku rasa.Suka mengenakan aku.Teruk nasib aku kalau macam ni.Dua sekali kenakan aku.

"Bos.Tak lawak ok"aku pamer muka menyampah.Dia habiskan sisa-sisa ketawa dia yang menjengkelkan itu.Makan pelempang aku baru tahu.Nasib lah kau Bos.Kalau tak orang makan nasi,kau makan pelempang free.

"Heyy dah sampai dah"

"Omma.."aku melangkah laju kearah Omma.Tubuh itu aku peluk.Baru sehari tak jumpa aku dah rindu dekat Omma kesayangan aku ni.

"Dah kenapa duduk dekat luat ni?"pelukan diuraikan.

"Saja nak hirup udara segar"aku sengih.Omma tampar pipi aku perlahan.

"Ni siapa ni?"tanya Omma dan pandang Baekhyun dengan Geun.Bukan main manis lagi senyuman Baekhyun dengan Geun.Aku asyik nak kenakan je.

"Ni Byun Baekhyun.Bos Hyo.Ni pula Geun.Anak"aku perkenalkan Baekhyun dengan Geun.Mereka saling menunduk hormat kepada Omma.Dah dibalas oleh Omma.Pandai pula aku tengok Geun ni.

"Ooo..ehh mari masuk.Berdiri je dekat luar ni.Hyo..halmeoni dari tadi tunggu nak jumpa Hyo"

"Halmeoni.."aku terus masuk kedalam rumah apabila Omma cakap macam tu.Aku pun rindu nak jumpa dengan halmeoni.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now