CHAPTER 05

2.1K 210 6
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Seorang lelaki berdiri dihadapan Sungai Thames iaitu sebuah sungai utama di London yang membolehkan pelancong dan penduduk melihat pemandangan dan keindahan bandar besar ini dengan keselesaan sebuah kapal persiaran. Semua bot mempunyai dek atas terbuka dan salun luas yang lebih rendah dengan tingkap panorama. Bot-bot ini beroperasi setiap hari bermula pada jam 10:00 waktu tempatan dan bayaran sebanyak € 13,5.

Sudah tiga tahun dia tinggal dikota besar ini.Menyambung pelajaran dalam bidang music.Dia terlalu obsesi dengan music.Sebab itulah sanggup sambung pelajaran jauh dari Korea.Ingin mengapai cita-cita selama ini.

Sweater yang dipakai dibetulkan agar rapat dengan tubuhnya.Sekarang cuaca di London agak sejuk hingga ketulang.Yang pasti di Korea sekarang musim bunga.Tentu indah dengan timbunan bunga sakura dipokok pokok.Serta merta dia merindui family yang berada di Korea.Minggu depan dia akan menamatkan pelajaran dan kembali ke Korea.

Nafas dihembus."I miss them.."
Tiba-tiba seorang perempuan berdiri disebelah.

"Who do you miss??"pertanyaan itu membuatkan dia menoleh.Agak terkejut dengan kehadiran perempuan itu yang tiba-tiba muncul disebelahnya.

"Nancy.What are you doing here??when did you get here??"

Nancy mengukir senyuman."I'm here for you donghae.Apparently you're here.What are you doing here and who are you miss??"

Donghae kembali pandang hadapan.Setiap kali Nancy membuka kotak suara, setiap kali itu juga Nancy mengharapkan sesuatu darinya.Dia keliru.Dia dah Nancy berkenalan sejak pertama kali berjumpa di Universiti yang sama dan kelas yang sama.Nancy penduduk tetap kota London.Hanya bertutur dalam bahasa English.

"Just miss my family in korea.I want to back hotel"

"Donghae.."langkah Donghae terhenti apabila Nancy menyebut namanya."Next week you go back to korea.you will not come back here again?"tanya Nancy dengan nada sedih.

Donghae mengadap Nancy.Mereka saling berpandangan.Yes..Nancy seorang perempuan yang cantik.Bagaikan model.Tapi Donghae hanya menganggap dia kawan.Tidak lebih dari itu.

"Yes..I will not be back here.Don't expect anything from me.I don't want you disappointed"ujar Donghae hati-hati.Tidak mahu menguris perasaan Nancy.Tetapi nampaknya perasaan itu sudah terguris.

"Do you will forget all about me??"tanya Nancy.

Donghae hela nafas berat.Setiap butir bicara Nancy buatkan dia rasa bersalah.Donghae sekadar mengeleng.

"I hope you're happy there.Take care of yourself"

Donghae mengukir senyuman.

•••••••••

Jihyo turun terkocoh kocoh sambil mengalas beg dibelakang.Sekarang dia betul-betul kekalutan sebab bangun lambat.Dahlah hari pertama kerja.Habislah kena bantai dengan Baekhyun.CEO paling dingin diabad ini.Telah dilaber oleh Jihyo.Sesuka hati dia je melaber macam itu.

"Hari pertama kerja dah bangun lambat.Hyo Hyo.."gomel Puan Song sambil mengemas ruang tamu.Jam didinding dipandang.Jarum jam menginjak pukul 8:00.Bayangkan Jihyo kena masuk kerja pukul 7:30.Habislah.

"Kenapa Omma tak kejutkan Hyo.Tengok Hyo dah lambat bangun"

Puan Song bercekak pinggang."Amboi..boleh pula dia cakap macam tu.Omma ni rasa nak habis suara panggil Hyo.Ketuk pintu bilik tu.Nak kata Omma tak kejutkan pula"

••••••••••

[BAEKHYUN POV]

Aku melangkah kearah Areum yang sedang sibuk menjalankan tugasnya menyusun kertas-kertas kerja.Sesekali aku pandang pintu masuk pejabat.Cari orang yang naikkan tahap kemarahan aku pagi-pagi ni.Rasa geram pula aku rasa.Jam dipengelangan tangan aku lihat.Sudah pukul 8:15.

"Areum mana Song Jihyo??dia tak datang lagi ke?"Areum sedikit tersentak dengan pertanyaan aku.Dia memberhentikan kegiatannya menyusun kertas kerja.

"Dia belum sampai lagi Tuan Baekhyun"jawab Areum.Aku hela nafas kasar.Hampir meletup kemarahan aku ni.Pantang betul orang tak tepati masa ni.

Tiba-tiba tengah aku tak puas hati tu, Song Jihyo muncul depan aku dengan nafas tercungap cungap.Terkejar kejar lah tu.

"Saya terlambat.Saya.."

"Masuk pejabat aku.Now!!!"aku pintas percakapan dia dengan suara keras.Yang pasti dia tersentak sampai bahu terangkat.Areum pun turut terkejut.

[BAEKHYUN END POV]

Jihyo pandang Areum.Wajahnya minta simpati.Habislah dia nanti.Si CEO tu bukan main marah lagi.Sampai suara tinggi macam tu.Inilah akibatnya bangun lambat.Kan dah tak datang lewat Hari pertama kerja pula tu.Dah buat masalah.

"Apa aku nak buat ni?"tanya Jihyo pada diri sendiri.

"Pergilah masuk.Tuan Baekhyun tak akan makan kau pun"tegur Areum.

Jihyo pandang Areum.Ada ke patut cakap macam tu.Makin menyeramkan Jihyo rasa.Dah macam nak hadapi raksasa dekat Nami Island.

•••••••••

[JIHYO POV]

Aku berdiri tegap dihadapan meja Bos singa aku ni.Dia dari tadi pandang computer depan dia.Sambil tu kedengaran dia menekan nekan keyboard.Sibuk nampak.Aku ni dah macam budak sekolah berdiri dekat perhimpunan.Suara langsung tak berbunyi.Tapi tergiang giang bunyi cengkerik ditelinga aku.Cengkerik yang aku dengar cuma khayalan.Sebab aku yakin cengkerik betul tak akan berani masuk bilik yang menyeramkan ni.

Dia angkat wajah.Kedua dua tangan menongkat dagu.Amboi panahan mata boleh buat aku buta ni.

"Apa alasan yang kau nak bagi?"ok..suara dia walaupun kedengaran macam prince charming, tapi tetap dingin ditelinga aku.

Aku berdeham.Mengawal perasaan.Kena terangkan satu persatu dekat dia ni.

"Saya terlambat bangun.Omma saya dah kejutkan.Tapi mybe saya terlampau penat.Saya.."

Ok..kenapa dia perlu pintas bila aku nak bercakap.??

"Trite reason.Aku tak berapa suka nak dengar alasan yang bagi aku selalu orang guna"

"Tapi awak tanya alasan.Saya bagilah.Itu je penyebab saya bangun lewat"ujar aku.Alasan apa lagi dia nak??memang tu alasan yang aku ada.Tak akanlah aku nak cakap yang aku mimpi aku jumpa Exo dekat Exo'rdium.Sebab tu aku tak nak bangun tidur.Tak pasal-pasal pandangan maut dia bagi.

"Jadi jangan bagi alasan"

Haishh..tadi tanya.Tak faham betul aku.

"Saya..saya kena pecat ke?"aku tujukan soalan itu dengan nada gugup.Dia aku tengok bangun dan kemas fail atas meja dia tu.

"Kau dah sarapan?"

Aku pandang dia peluk bila dia tanya soalan tu.Tiba-tiba tanya aku dah sarapan.Aku geleng je lah.

"Jom ikut aku"dia jalan ke pintu.Aku masih tak faham apa maksud dia.

"Kita nak pergi mana?"

"Sarapan lah.Jom.Sebelum aku ubah fikiran"dia keluar lepas cakap macam tu.Aku cepat-cepat keluar.Sebelum dia ubah fikiran jadi singa.

TO BE CONTINUED

Vote✅
Comment✅
Copy❎

Support tau :)
➡EXO CHATROOM

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now