CHAPTER 17°

1.9K 179 5
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

PIN!!

Setelah terdengar bunyi didepan rumah,Jihyo tergesa gesa keluar dari rumah.Melangkah kearah sebuah kereta.Nampak sangat pemandu kereta itu berwajah masam.Marahlah tu sebab lambat.Jihyo masuk kedalam kereta.Seatbelt dipakai.

"Lambat betul"gomel Baekhyun.Kereta dipandu meninggalkan kawasan rumah Jihyo.

Jihyo mengengam tangannya erat.Rasa berdebar debar walaupun belum lagi sampai di rumah Baekhyun.Apa lagi kalau jejak kaki dalam rumah tu nanti.Berhadapan dengan Puan Byun dan Donghae.Kelu dan kejung rasanya.Silap² macam patung cendana tak bernyawa.

"Bos.Saya takutlah"

Baekhyun pandang Jihyo sekilas.Dahinya berkerut tanda pelik dengan kata-kata Jihyo.

"Takut??apa yang kau takutnya?"

"Nak pergi rumah Bos"jawab Jihyo.Jelas sekali riak wajah Jihyo yang resah.Macam nak pergi jumpa raksasa.

"Family aku tak makan orang.Diorang makan nasi macam kau juga"balas Baekhyun.

"Saya tahulah makan nasi.Tapi saya tak biasa"

"Habis tu bila lagi kau nak biasakan?"tanya Baekhyun dan menghidupkan radio.Kedengaran lagu The Wave nyanyian Apink.

Jihyo dah malas nak berbalas kata dengan Baekhyun.Sampai bila pun dia tak akan menang.Ada sahaja yang keluar dari mulut lelaki itu.Sampai dia tak terkata.Jihyo menekan radio.Mengalihkan saluran dan bertukarlah kepada lagu Lucky nyanyian boyband Exo.Baekhyun pula menukar kembali saluran.

"Bos..bagilah saya dengar lagu Exo.Dahlah saya tengah nervous"

"Oo..kalau dengar lagu Exo kau dah tak nervous lah?"

Jihyo angguk.Sememangnya macam tu lah Jihyo.Minat sangat dengan Exo.Sebab tu lagu Exo salah satu untuk dia menghilangkan nervous dan stress.Baekhyun mengalih kembali saluran mengikut kehendak Jihyo.

"Kau ni memang lagi pentingkan Exo dari aku kan.Kalau macam tu kahwinlah dengan Exo"ujar Baekhyun geram.

"Kalau boleh dah lama saya kahwin"balas Jihyo.Rasa geli hati bila cakap macam tu.

Baekhyun jeling Jihyo.Jihyo ketawa melihat reaksi Baekhyun.Dia rasa kelakar dengan reaksi itu.

"Apa yang lawaknya?"

"Bos jealous ke?"

"Tak ada masa aku nak jealous.Waste time"balas Baekhyun.Sangkal sangkaan Jihyo.

"Bos ni sweet juga kan.Jealous dengan Exo"ujar Jihyo ingin mengusik Baekhyun.

Baekhyun pandang Jihyo sekilas.Jeling Jihyo.

"Jeling pula Bos ni"belum puas dia ingin mengusik Baekhyun.

"Kau dah kenapa??nak balas dendam aku kenakan kau sebelum ni?"tanya Baekhyun tak puas hati.

"Ye..betul tu"jawab Jihyo slber dan ketawanya pecah melihat wajah Baekhyun yang masam mencuka.

•••••••••••••

[JIHYO POV]

Sejak sampai tadi aku langsung tak bersuara.Nak bersuara macam mana kalau Puan Byun dengan Donghae asyik mengenakan aku dengan Baekhyun.Naik malu aku dibuatnya.Aku rasa bernasib baik sebab mereka menerima aku dengan baik.Tak adalah aku terasa takut dan kekok sangat.

"Jihyo.Auntie harap Jihyo banyakkan bersabarlah melayan perangai Baekki.Dia memang perangai suka membantah,tak nak kalah.Tapi manja juga tu"ujar Puan Byun dan pandang Baekhyun yang hanya berwajah kosong.Setuju benar ye perangai dia macam tu.Tapi manja.Orang macam dia pun manja juga ye.

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now