CHAPTER 31°

1.4K 140 5
                                    

백현 ❤
송지효 ❤

°

Jihyo duduk dibirai katil sambil memandang Baekhyun sedang bersiap dihadapan cermin.Dahi Baekhyun berkerut apabila menyedari akan pandangan Jihyo yang asyik memandangnya.

"Ni dah kenapa tengok saya macam tu?"tanya Baekhyun.Tie yang dipakai dibetulkan supaya lebih kemas.

Jihyo berdeham."Nanti saya nak pergi rumah omma.Boleh tak?"tanya Jihyo.Meminta izin.

Baekhyun mengukir senyuman.Dia berdiri mengadap Jihyo."Boleh.Kenapa pula tak boleh.Bawa kereta yang satu lagi tu.Hati-hati"balas Baekhyun.Dia menghampiri Jihyo dan dahi isterinya itu dicium sayang.Selepas itu,dia terus keluar dari bilik.

Jihyo menyentuh dahinya sekilas."Aku kena kuat"ujar Jihyo.Memberi semangat dan kekuatan kepada diri sendiri.

••••••••••••••

Riak wajah Baekhyun bertukar masam dan langkahnya untuk kedapur terhenti apabila melihat Chaeyeon ada dimeja makan bersama dengan Puan Byun.Hilang terus semangat ceria dia pagi ini.Baekhyun melangkah kepintu.Tidak jadi untuk bersarapan.Seleranya mati.

"Baekkie.Marilah sarapan dulu"panggil Puan Byun apabila melihat Baekhyun.

"Tak apalah.Baekkie dah lambat"jawab Baekhyun dan terus keluar.

"Chae pergilah"suruh Puan Byun.Chaeyeon mengangguk.Dia bangun dan melangkah keluar dari rumah.

"Sarapan lah dulu.Nanti awak lapar macam mana.Awak kan ada gastrik"ujar Chaeyeon dan mendekati Baekhyun.

"Aku tak ada selera nak sarapan"Baekhyun ingin buka pintu kereta,tetapi dihalang oleh Chaeyeon.Mendapat pandangan marah oleh Baekhyun.

"Kau jangan rosakkan mood aku pagi-pagi boleh tak.Hilang mood aku tengok kau"

"Sampai hati awak cakap macam tu.Dulu kalau tak tengok saya sehari mesti tak boleh"ujar Chaeyeon bernada lembut.Lengan Baekhyun dipegang,tetapi pantas lengannya ditarik oleh Baekhyun.Tidak suka.

"Benda dah lepas.Kau tak payahlah nak ungkit balik"balas Baekhyun.Pintu dibuka dan dia terus masuk kedalam kereta.Memandu pergi tanpa menghiraukan Chaeyeon.

"Haishh..tak apa.Nanti muka aku ni je yang kau nak tengok.Muka Jihyo yang kau benci"

••••••••••••••

Selepas bersiap,Jihyo masuk kedalam bilik Geun.Ketika itu Geun sedang menyikat rambutnya dihadapan cermin.Pandai betul anak itu mengurus diri sendiri.Sangat pandai berdikari.

"Dah siap ke?"tanya Jihyo dan duduk dibirai katil Geun.

"Dah"jawab Geun ceria dan berdiri mengadap Jihyo.Jihyo tersenyum melihat Geun.Comel betul.

"Jom.Geun rindu halmeoni tak?"tanya Jihyo.Geun mesti merinduinya omma nya yang sudah menjadi halmeoni Geun.

"Rindu.Dah lama Geun tak jumpa halmeoni"jawab Geun.Mereka bersama sama menuruni tangga untuk keluar.Tetapi belum sempat mereka keluar,Puan Byun menghampiri dan berdiri dihadapan Jihyo.Pandangannya sinis.

"Kau nak bawa lari mana cucu aku ni?"tanya Puan Byun kasar tanpa berlembut.

"Omma nak bawa Geun jumpa halmeoni"jawab Geun.Lengan Jihyo dipegang.

"Tak payah Geun.Nanti entah apa-apa yang dia ajar Geun nanti"Puan Byun mengamit Geun kepadanya.Tetapi Geun menyorok dibelakang Jihyo.

"Tak nak!!..Geun nak jumpa halmeoni"

"Omma.Nanti kami balik awal"

"Disebabkan kaulah Geun jadi macam ni.Tak dengar cakap aku.Kau ni memang pembawa sial betul"herdik Puan Byun.Jari terlunjuk ditunjuk tepat kemuka Jihyo.

Jihyo tersentak dengan kata-kata Puan Byun yang begitu kasar itu.

"Omma.Saya bukan macam tu.Saya dah anggap Geun dah macam anak saya"balas Jihyo.

"Heyy perempuan!!"tiba-tiba Chaeyeon muncul dari dapur.

"Kau ni memang tak tahu malu betul.Geun ni anak aku.Aku yang lahirkan dia.Kau nak mengaku dia anak kau pula.Dasar perempuan perampas!!"herdikkan Chaeyeon betul-betul menyentak hati Jihyo.Kata-kata yang cukup kasar.

"Auntie bukan Omma Geun.Omma Geun tak akan tinggalkan Geun"ujar Geun kepada Chaeyeon.

"Geun sayang.Ni omma Geun.Dia ni bukan Geun.Omma yang lahirkan Geun.Bukan dia"Chaeyeon cuba mendekati Geun,tetapi Geun menyorok dibelakang Jihyo.

Pang!!

Tiba-tiba Chaeyeon menampar pipi Jihyo."Ini semua sebab kau perempuan tak guna!!"tengking Chaeyeon.

"Omma"Geun memegang erat lengan Jihyo.Wajah Jihyo dipandang.Airmata Jihyo mengalir.

Puan Byun senyum sinis.

•••••••••••••

Jihyo cepat-cepat mengesat airmatanya apabila terdengar pintu bilik dibuka dari luar.Baekhyun sudah balik.Jihyo memusing kebelakang.Berbalas senyuman dengan Baekhyun yang sedang mengambil tuala dan masuk kedalam bilik air.Nampak suaminya itu penat.Mungkin banyak kerja dipejabat.Dia tidak akan memberitahu apa yang telah berlaku.

Jihyo duduk diatas kerusi yang sememangnya ada dibalkoni.Ditengah tengah terdapat sebuah meja.Jihyo meletakkan kepalanya diatas meja.Berlapik dengan lengan.Hatinya betul-betul sedih sekarang.Pelbagai tuduhan dan tohmahan dilontarkan kepadanya tanpa rasa bersalah.

Tanpa diduga airmata Jihyo mengalir.Dadanya rasa sesak bagaikan tidak tertahan kesedihannya itu.

"Sayang.Mengantuk ke??kenapa tak tidur kat dalam?"tegur Baekhyun mengejutkan Jihyo.

Jihyo pantas mengesat airmatanya tanpa disedari Baekhyun.Dia mengangkat kepala.Baekhyun sedang mengelap rambutnya yang basar baru sahaja lepas mandi.

"Kenapa ni?"tanya Baekhyun.Dia duduk diatas kerusi berhadapan dengan Jihyo.Lengan diletakkan atas meja.

"Tak ada apa-apalah"jawab Jihyo.Tidak mahu Baekhyun tahu apa yang telah berlaku.

Dahi Baekhyun berkerut.Dia perhatikan mata Jihyo."Kenapa mata awak merah tu??awak nangis kan??apa yang dah berlaku?"

Jihyo mengeleng laju."Tak.Saya tak menangis.Mata saya masuk habuk"bohong Jihyo.Tetapi tidak mudah untuk membohongi Baekhyun.

"Tak.Mata awak tak masuk habuk.Awak tak payah tipu saya.Cakap.Apa yang dah berlaku?"

"Betul.."percakapan Jihyo dipintas.

"No!!..saya tahu awak menangis.Awak jangan tipu saya.Ni mesti omma.Omma ada cakap apa dekat awak??bagitahu saya?"tekan Baekhyun supaya Jihyo memberitahunya.Baekhyun sudah berdiri.

"Baekhyun please...lupakan"Jihyo turut berdiri.Ingin memujuk Baekhyun.

"Tak tak.Saya kena tanya omma"ujar Baekhyun mengejutkan Jihyo.Baekhyun melangkah kearah pintu bilik.

"Awak tak payahlah.Baekhyun.."panggilan Jihyo tidak dihiraukan.Baekhyun malah terus keluar dari bilik.

••••••••••••••

Baekhyun menuruni tangga dan melangkah kearah ruang tamu.Ketika itu Puan Byun sedang menonton tv dengan Chaeyeon.Sedari tadi Chaeyeon langsung tidak balik.

"Omma.Apa yang omma cakap dengan Jihyo??sampai dia menangis?"pertanyaan tiba-tiba Baekhyun mengejutkan Chaeyeon.

Puan Byun berdiri."Kenapa??dia mengadu lah ni dengan Baekkie??oohh..dah pandai mengadu yang bukan-bukan pula sekarang ye"

"Jihyo tak mengadu pun dengan Baekkie.Omma please..tak payahlah omma nak benci Jihyo sangat.Dia tak salah pun"balas Baekhyun.Dia cukup buntu ingin mengatakan apa lagi dekat omma nya yang begitu membenci Jihyo.

"Omma tak akan benci dia kalau perangai dia tu elok"marah Puan Byun.

"Perangai tak elok apa yang Jihyo buat omma?"

"Baekhyun.Sanggup awak melawan omma awak sebab perempuan tu"Chaeyeon berdiri.

Baekhyun pandang Chaeyeon tajam."Perempuan??Jihyo isteri aku.Yang kau tak faham bahasa ni kenapa??aku dah tak cintakan kaulah.Tolonglah faham!!"tengking Baekhyun keras kepada Chaeyeon.

BERSAMBUNG..

[ C ] tomorrow with you s1 + s2 • bbhWhere stories live. Discover now