ㆁ1

33.3K 1.2K 20
                                    

' Tersilap langkah , apa-apa boleh terjadi .'
________________

Badboys pov

Dua pasang mata yang menyorok di koridor itu memandang tajam ke arah sekumpulan pelajar nakal yang melepak di kawasan bilik rahsia mereka.

" Wah ! Beraninya dia orang lepak dekat tempak kita. Cari nahas ke apa ?"

Faqiy yang baru melangkah dua tapak terus menoleh ke belakang apabila lengannya ditarik Reezril, rakannya itu.

"Kau ni dah kenapa ? Tepi .Aku nak sound budak-budak tu . Buat macam tempat sendiri padahal itu tempat kita pulak .Damn ! "

" Chill bro  . Awal lagi nak belasah dia orang .Tak lari mana pun budak-budak tu . "

" - Lagipun kita kena tunggu mamat tiga ekor tu juga mana aci ..."

Tidak sempat Reezril nak menghabiskan ayat , Tiga gerangan memotong percakapannya .

" Siapa mamat tiga ekor tu ? Ha ? Dah la korang hilang tak bagitahu aku pergi mana . Nasiblah aku nampak bayangan korang dari jauh.  "

Rafiq menjeling mereka berdua . Ditumbuknya bahu Reezril dan Faqiy . Tetapi tidaklah kuat mana .

Berkerut dahi mereka menahan kesakitan. Muka Rafiq yang dingin tanpa senyuman dipandang Reezril .

Faris di sebelah kiri Rafiq hanya berdiam diri . Dia lebih suka memerhati dari bertikam mulut.

" Setahu aku lah kalau dah hilang, memang tak perlu diberitahu kut. Lagipun hilang dalam sekolah bukan dalam tong sampah ke apa ke".

Bicara Faqiy mendapat jelingan hangat dari rakan-rakannya. Lagi hangat apabila Reezril dan Faqiy hi-5 di hadapan mereka . Rasa nak tarik rambut kedua-dua rakannya itu.

" Ah, sudahlah. Malas aku layan perangai childish korang ni. Baik aku gerak dulu. "

Rakan-rakannya ditinggalkan Faris di belakang. Dengan gaya badboy, mereka masuk ke dalam kawasan mereka yang menjadi tempat larangan bagi semua pelajar Crowniz Young School. Raezz pula meraup rambut blondenya ke belakang sebelum melangkah pergi mengikuti jejak rakan-rakannya .

******

Mafia Girls Pov

" Ahhh! Tak guna betul .Kalau aku dapat tahu siapa yang perangkap kita ni memang nahas dia, memang mati dia aku kerjakan. "

Adreana meramas rambut perang aslinya .Mukanya yang putih menjadi merah. Ditumbuk dinding di tepi dia bagi melepaskan amarah .

"Aku pun tak sangka jadi macam ni, kalau kita tidak dipanggil untuk pergi berjumpa dengan pengetua , kita tak akan jadi macam ni. Patutlah aku rasa tidak sedap hati dari tadi. "

Ujar Qaisya pula .Terkejut apabila masuk sahaja bilik pengetua, mereka bertiga telah dikurung dan pintunya telah dikunci dari luar.

Dia menghela nafas . kawan baiknya seorang lagi yang sedang menyelongkar rak yang berdekatan dengan meja guru dipandang sekilas .

" Kau cari apa tuh Isyae ? Bising doh , aku nak bercakap pun tak senang. "

" Aku tengah cari kunci lah ni. Apa kata korang tolong aku cari kunci ni. Nanti kalau kita lewat keluar dari sini kita pula dituduh menceroboh bilik pengetua ."

Isyae bersuara selamba .Mereka berdua mula melangkah ke arahnya dan bersama-sama menyelongkar kawasan itu.

" Weh, kita ada musuh ke sampai dia orang perangkap kita guna cara ni . "

"Aku pun rasa macam tuh .al-maklumlah , kita ni terlebih nakal sampai digelar the troublemakers dalam sekolah ni."

Adreana mengangkat kening sebelah apabila Qaisya dan Isyae berkata begitu namun dia menyambung kembali pencariannya .Qaisya melilaukan matanya perhati bilik pengetua dan terhenti apabila barang yang dia cari tertancap di hadapan mata .

Terbuntang mata Qaisya .Dia menepuk lengan rakan-rakannya .Terus dia menunjuk ke arah kunci yang tergantung elok dalam almari bercermin .

Tersenyum lebar mereka bertiga .

" Kau tinggi kan ? Kaulah ambil ."

" Apa pula ? Dalam kita bertiga ni .Kau yang paling tinggi ."

Adreana mendengus mendengar rakan-rakannya bercakar mulut .
Dia dengan selamba mengambilnya berhati-hati dan dimasukkan kunci bilik itu dengan teliti.

'Klik '

" Jantung aku berdebar-debarlah weh ."

" Semua orang jantung dia berdebar-debar .Bukan kau sorang .Kalau dia tak berdebar .Itu bukan manusia  ."

Bisik Adreana pada mereka berdua .
Pintu terbuka dan mereka melangkah keluar dengan gembira .Tanpa sedar , seseorang mengintai mereka bertiga dari jauh sambil tersenyum sinis .

Tbc.

Vote and Comments always .

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now