ㆁ22

11.1K 563 16
                                    

Adreana Pov.

Kukunya asyik digigit perlahan . Resah dengan keadaan di tingkat bawah . Kalau dia bantu, nanti apa pula Akif kata. Tidak pasal-pasal dia kena kurung dalam bilik kerana tidak mendengar cakap. Ah! Kau pedulikan marah Akif tu! Sekejap je dia marah . Dia kan sayang kau. Hatinya menggetus .

Bersama perasaan ragu-ragu, dia mula menghampiri tombol pintu . Pesanan Akif tidak diambil peduli . Kepalanya dijenguk keluar ke kiri dan kanan .

" Mana mamat ni ? "

Lehernya yang tidak gatal digaru . Tiba tiba matanya tertancap pada pintu bilik di hadapannya . Adreana mengetap bibir . Pintu itu dituju dan memulas tombolnya . Dia mengeluh lega.

" Eh . Bilik siapa ni ? Selama ni aku tak perasan pun . "

Kaki Adreana melangkah ke meja lampu di tepi katil . Beberapa photo frame gambar Akif dan seorang perempuan dicapai . Cantik! Adik dia ke? Ke kekasih dia ?

Tidak sempat dia mahu menjelajah dalam bilik itu, suara Akif naik meninggi kedengaran di telinganya.

Adreana memusing badan ke belakang.

" Adreana ! Kau buat apa dalam bilik ni ? Berapa kali aku nak ulang JANGAN MASUK DALAM BILIK NI . Lagi-lagi orang luar. Aku tak izinkan. Kau keluar sekarang ! "

Adreana terkejut dengan sergahan Akif menyebabkan photo frame yang dipegang terjatuh ke lantai . Akif laju mendekati Adreana lalu tangan Adreana ditarik kasar keluar dari bilik .

" Kalau kau berani masuk lagi sekali .. Aku akan kerjakan kau cukup-cukup . Rogol kau pun aku mampu . "

Akif melepaskan tangan Adreana yang digenggam erat . Merah padam mukanya merenung Adreana tajam . Ayat bicara Akif menyakitkan hati , kenapa sampai maruah dilibatkan. Namun, dia mengawal reaksi muka sehabis mungkin .

" Kenapa saya tak boleh masuk pula ?"

" Sebab kau orang luar . Berapa kali aku nak cakap . Sampai mulut aku berbuih? Huh? Dan kau tak berhak nak tahu apa yang ada dalam bilik tu . Faham ? "

Adreana menjeling Akif tajam . Dia menyilangkan tangannya pada perut dan menghalakan jarinya ke arah Akif .

" Then , kalau kau sendiri dah anggap aku ni orang luar , biarkan aku keluar dari rumah berhantu ni . Betul jugak kata kau sebab aku ini bukan siapa-siapa bagi kau ."

Akif membulatkan matanya .Rambut diserabutkan . Terus tangannya menolak bahu Adreana ke dinding.

" Jangan harap ! Kalau kau berani keluar , jangan menyesal suatu hari nanti aku buat apa . "

Selepas amaran diberikan, Akif melonggarkan eratan tangannya pada bahu Adreana sebelum menuruni tangga ke ruang tamu . Riaknya marah dek muka dia merah padam.

" Huh ! Dah ada awek , sibuk nak simpan aku dalam rumah ni . Tapi Tak sangka mamat tu tak perasan apa yang aku curi dari dia ."

Sebuah pistol dan kunci rumah di dalam tangannya ditatap . Dilambung sambil tersenyum senget . Telefon di dalam poket diseluk tanpa keluarkannya . Well ,dia lupa siapa Adreana sebenarnya . Itulah sebab dia ceroboh masuk dalam bilik itu .

" Kaja . Home sweet home. "

Adreana mahu melangkah terhenti. terdengar bunyi beberapa das tembakan rawak dilepaskan .Dia mengetap bibir sambil meraup rambutnya ke belakang.

" Haish ! Tak habis lagi ke ? "




🍃🍃🍃🍃



Laju Adreana menuruni tangga . Dia membulatkan matanya apabila Akif cedera di lengan kirinya . Seorang lelaki memapah Akif bangun dari duduk atas lantai . Terasa gerak gerinya diperhatikan , lantas lelaki itu mendongak memandang Adreana .

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now