ㆁ8

18.9K 910 13
                                    

' just crazy about you,  my dear.  '
_______________

The badboy pov.

At night when the stars
Light up my room
I sit by myself
Talking to the moon
Tryin' to get to you
In hopes you're on
The other side
Talking to me too
Or am I a fool
Who sits alone
Talking to the moon

Gitar yang dipetik Raezz itu terhenti. Entah mengapa lagu  itu yang menjadi pilihan untuk dimainkannya .Mungkin rindu pada bondanya yang jauh darinya. Jauh dari hidupnya.

Pernah beberapa kali dia bertanya ayahnya . jawapan yang dia dapat hanyalah pandangan dingin . Ayahnya dingin dengannya sewaktu dia kecil lagi. Dia pun tak tahu apa salah dia pada ayahnya.

Air di tubir mata Raezz itu dikesat perlahan di belakang tapak tangannya. Ya, mungkin dia terkenal dengan sifat dingin, beku, susah nak senyum tapi dalam hatinya, hanya Allah sahaja yang tahu .

Raezz's Flashback

Sejak kecil dia dipulaukan ayahnya . Ditinggalkan dengan Make Esah,  orang gaji ayahnya sahaja . Lewat malam baru ayahnya balik . Dia tidak pernah tegur ayahnya . Kerana ayahnya terlalu dingin .

Sehingga satu hari itu, dia mencari ayahnya di bilik kerja . Masuk sahaja dalam bilik ayahnya , dia ternampak satu kad jemputan di atas meja kerja .

Tanpa ragu ragu, dia mengoyakkan sampul kad jemputan . Terhenti pergerakan dia apabila membaca kad itu.

Jemputan perkahwinan Dato' Amirraes & Shiefa Amani .

Bersepah meja kerja ayahnya itu hasil buatan darinya. Marah kerana ayahnya menyorokkan hal itu darinya. Apa? Dia ni bukan anak kandung ayahnyakah sehingga perkara penting seperti ini tidak memberitahunya.

Terus dia keluar dari bilik kerja ayahnya. Pintu dihempas kuat menghasilkan bunyi dentuman. Destinasinya sekarang hanya untuk menenangkan fikiran yang serabut . Di sesuatu tempat .

Malam itulah dia kenal dengan sahabat, sahabat-sahabat yang pertama yang ingin berkawan dengannya. Malam itu jugalah bermula segala -galanya.

End Flashback.

" Hoit " bahu Raezz ditepuk kuat Reezril membuatkan Raezz membaling gitarnya ketepi. Bukan sengaja tetapi terkejut, tindakan refleks.

" Tak sayang gitar ke apa cik abang yang hensem lagi kacak bergaya "Kata Reezril dengan selamba.

"And one more thing, jum cari makanan. Lapar lah pulak. " Ditepuk perutnya itu .Matanya beralih memandang perut Reezril itu.

"Aku rasa kau baru je makan, takkan dah lapar kut "

Matanya memandang tajam ke arah Reezril persis helang.

"Apahal kau tenung aku sampai nak tembus mata aku tengok. Jangan cakap kau dah jatuh hati kat aku .Oh my!! " Tebak Reezril itu. Matanya menyescan Raezz dari atas sampai ke bawah.

'Bukk'

Tangannya itu menghempuk kepala Reezril.

"Jangan nak jadi bitch di sini. Kang ada jugak aku hantar kau sebelah tembok china. "Bersuara Raezz pula dengan mendatar.

"Btw, mana yang lain? "Tanya Raezz lagi apabila dia tidak nampak batang hidung rakannya itu dari rehat tadi.

"Entah, aku ingat diaorang ada kat belakang aku tapi bila aku pusing, takda langsung. Mana perginya tah." Bebel Reezril tanpa henti. Tiba tiba dia terhenti seketika apabila teringat pasal tadi.

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now