ㆁ26

11.2K 596 18
                                    

| Overdose - exo |
__________

Adreana Pov.

Adreana membuka mata . Bilik yang tidak asing dengan dirinya dipandang sekeliling . Dia mula mengingati peristiwa semalam dimana dia melarikan diri dari rumah Akif dan diselamatkan ayahnya sendiri .

" Tak sangka aku balik rumah aku sendiri. "

Adreana bangun dari katilnya . Langkah kaki menghampiri polaroid-polaroid yang digantung kemas . Pandangan mata asyik meneliti gambar-gambarnya bersama rakan-rakannya sewaktu di sekolah lama dan iris mata terhenti . Satu polaroid yang digantung dicapai .

" Siapa budak ni ? Masa bila pula dia menyelit dalam gambar ni  ? Musykil bin hairan. "

Getus dia bersendirian .Tajam dia merenung satu susuk tubuh yang berada di belakangnya bersama seorang lelaki sedang menghulurkan tangan dalam gambar . Jari telunjuknya diusap pada dagu .

Adreana menterbalikkan polaroid  . Terdapat tarikh dan ucapan pendek yang sudah sedikit pudar tulisannya .

" Ini waktu hari anugerah kecemerlangan tahun lepas di sekolah lama . Apa dia buat dalam gambar ni . Aku patut siasat hal ni . Selagi budak yang sabatoj tu tak dapat , selagi tu aku tak akan mengalah. "

Polaroid itu digoyang-goyang dan dimasukkan ke dalam beg silangnya . Tuala yang tersangkut di penyidai segera digapai sebelum dia masuk ke dalam bilik air . Badannya yang lemah tidak dia pedulikan.






🍃🍃🍃🍃





Adreana menuruni tangga perlahan-lahan . Langkahnya menuju ruang tamu . Dia mencari kelibat ibu bapanya tetapi tidak kelihatan .

" Mana semua orang ni ? Pagi-pagi dah lesap ? Ke pergi dating ? "

Adreana tidak mengetahui bahawa ibunya hilang semalam . Dia mendekati meja kopi . Di atas meja kopi , sehelai memo ditindih bersama pasu bunga . Adreana mencebik bibir . Kertas itu diambil dan dibaca .

' Tolong jaga rumah . Jangan lupa sarapan . Papa keluar sejekap . '

Adreana meletakkannya kembali . Langkah diatur ke arah dapur . Gelas yang mengandungi air teh'o panas dicapai dan dihirup . Sekeping roti dicebiskan dan dicicah ke dalam air .

Usai bersarapan , dia mengambil secebis kertas dan sebatang pen lalu dilekatkan pada tv Lcd 44 inch . Adreana tersenyum puas melihat hasil kerjanya . Done .

' Adreana keluar sebentar . Mencari pasal di sekolah lama . Maaf , tak dapat jaga rumah sebab Ad balik lewat . '

Even papanya menghalau dirinya , Adreana tetap sayang keluarganya . Kata-kata amarah yang pernah dilontarkan sewaktu di bilik pengetua segera dia padam awal kerana dia tahu papanya buat bersebab.

Adreana bergegas naik ke atas . Dia mengambil topi NIKE dan hoodie disarung ke tubuhnya . Lantas , Adreana mengambil kunci kereta berjenama Audi Sport yang terletak di atas meja bersebelahan pintu rumah. Pintu rumah ditutup dan dikunci .




🍃🍃🍃🍃




Adreana memandang sekolah lama di hadapan matanya . Kaca mata hitam yang dipakainya semasa memandu  segera ditanggalkan lalu dia melangkah keluar dari kereta Audi Sport miliknya itu .

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now