ㆁ16.5

12.6K 639 138
                                    


Isyae & Qaisya pov .

" Tak guna betul dia orang ni . Apahal ikat kita ketat sangat ."

Isyae cuba merungkai tali yang telah diikat konco Akif pada pergelangan tangannya . Diikat ketat sehingga Berbekas . Wajah Isyae berona merah .

Sinaran lampu menyilau  . Terkena pada wajah Isyae dan Qaisya . Mereka berdua semakin lemah .

Pergerakan Isyae terhenti . Penat dan lelah menjadi satu .

" Weh,  aku tak larat . Mana oksigen ? "

Tanya Qaisya . Semakin pucat wajahnya . Kepala ditoleh ke arah Isyae .

" Sekejap Qai , aku tengah cari jalan . "

" kalau aku dapat dia orang,  aku sula sampai mati . "

Isyae mengangguk lemah . Matanya memandang sekeliling . Mencari sesuatu benda yang tajam . Tetapi tidak jumpa . Bilik ini sungguh bersih tanpa sampah dan kotor .

" Asal tak minta tolong dengan Reezril ?  . "

" kau gila ? Connection kita dah terputus . Mamat tinggi lampai tu punya pasal . "

Qaisya mengeluh kecewa . Tak sangka mereka cuai akhirnya . Sudahlah kena kurung. Makan pun tak bagi. Perutnya berbunyi . Lagi-lagi dia ada gastrik .

Perlahan-lahan mata Qaisya tertutup . Gelap serta-merta . Isyae menoleh ke tepi . Terbuntang matanya . Patutlah senyap sepi .

" Qai . Qai. Bangun weh . Weh! "

Isyae resah . Dia tidak tahu mahu melakukan apa . Harapkan bantuan daripada rakan-rakanny sahaja .

Pintu ditendang berkali-kali dari luar . Isyae terpejam mata .  Dia juga tidak larat . Akhirnya dua-dua pengsan .

Isyae 's parents pov .

Puan Mariam ralit memotong cili . Tangan kirinya mengelap peluh pada dahi . Tiba-tiba dia terhiris tangannya sendiri .

" Auu ."

Darah mengalir perlahan-lahan jatuh ke lantai . Puan Mariam menahan perit. Kebetulan suaminya lalu dapur . Terus digamitnya .

" Ya Allah , macam mana boleh jadi ni ? Awak ni cuai . "

" Abang,  saya rasa tak sedap hati . Takut terjadi sesuatu dekat anak kita sorang tu . "

Suaminya terpana sejenak .

" Takda apa-apalah . Jangan risau .."

Setelah mengubati isterinya,  dia terus beredar . Lagi lama dia berada di situ,  lagi lama dia rasa bersalah dengan anaknya itu .

Qaisya 's parents pov .

Datin Kila sedang mencabut rumput di dalam pasu . Pantang betul matanya melihat daun-daun panjang yang menyemak sekali dalam pasu bunga . Dicabut sampai habis .

Dia memandang sekeliling . Mencari kawasan yang baik untuk meletak pasu bunga ini . Pasu bunga diangkat . Baru dua tiga tapak dia berjalan , langkahnya tidak teratur . Tersadung pada batu kecil .

Pasu tersebut pecah berderai . Datin Kila kembali bangun . Mahu membersih serpihan pasu . Namun beberapa serpihan memakan jarinya .

Terus berdarah . Dadanya dipegang . Berdebar sungguh . Dia memandang darah yang mengalir .

" Qaisya , mama harap kamu baik sahaja , nak . Janganlah apa-apa terjadi pada kamu . "

Air mata yang mengalir perlahan dikesat tangan kanan . Dia mengaku dia rindukan anaknya . Hanya naluri ibu sahaja yang tahu keadaan anaknya sekarang .

Tbc .

Votes and comments As always.

Hai guys,
Nad nak tanya korang ni, korang ship Adreana and Akif or Adreana and Rafiq. So, nad nak response dari korang ,siapa layak jadi hero pertama dan hero kedua.

Hero pertama  :
Hero kedua :

Undian paling banyak dari korang akan menentukan siapa yang akan jadi hero untuk chapter seterusnya.

Story ni maybe lambat habis. Ke korang nak cepat habis? 😂

Nad perlukan response okay. ;)

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now