ㆁ21

12.1K 681 61
                                    


Adam menarik rambut Amri kuat sehingga kepalanya terdongak ke atas . Luka pada jari yang dihiris menambahkan lagi kesakitan . Setelah dua hari lepas, mereka diberi rehat untuk menghadapi penyeksaan seterusnya .

" Kau ni memang liat eh nak bagitahu tentang bos kau ? Setia betul kau dengan tuan kau tak guna tu. "

Adam bertanya lagi . Giginya diketap kejap . Tugas yang diketuai oleh Rayyan dua hari lepas diberikan kepadanya memandangkan dia juga dikenali sebagai 'dark psycho'.

Amri mengaduh perlahan lalu menggeleng kepala .

" Sorang dah mati , lepas ni giliran kau pula . "

" Aku rasa maut dia dah nak sampai. "

Tegur Naufal dingin . Dia yang duduk bersilang kaki terus berdiri dan melangkah ke almari besar . Pada tangannya , dia memegang sesuatu botol kecil dan kakinya dibawa menuju ke arah Amri.

Naufal yang mahu memberikan botol kepada Adam terhenti . Dia menoleh ke belakang; tempat the badboys berdiri .Sengaja dia mengukirkan senyum sinis terhadap the badboys .

" Apa kata kita suruh salah seorang dari mereka yang uruskan . Nak tengok juga sejauh mana 'the badboys' diaorang tu . "

Adam dan Naufal tersenyum sinis . Bicara Adam yang tajam ibarat menghiris pergelangan tangan dengan pisau itu mampu menyentakkan ulu hati Badboys . Ada yang berdecit. Mereka walaupun belum ada pengalaman menyeksa orang,tetapi kekuatan membelasah boleh membuatkan mangsa terus nyawa-nyawa ikan .

Jangan pandang rendah kepada mereka .

Rayyan yang berada di tepi sudah menjongketkan kening ke arah the Badboys. Mencabar kumpulan tersebut . Tanpa sebarang suara, lekas Raezz berdiri dengan wajah dingin .

Dia berjalan menuju ke Naufal dan Adam. Disambut botol kecil kasar sambil menolak Adam ke tepi. Dia dalam mood bengang . The badboys dan Kayinata Aishikei  mencebik bibir.

Raezz membongkokkan badan sama paras Amri yang tengah duduk . Dengan muka tiada emosi , botol kecil itu dia buka penutupnya lalu dihalakan mulut botol itu pada jari yang telah Rayyan hiris tadi . Mereka ternganga! Bukan apa, mereka ingatkan Raezz masukkan cecair itu ke dalam mulut , cepatlah mati Mamat tak guna tu .

Setitik .

Dua titik .

Tiga titik . Kesannya mula bertindak.

' Argh'

Amri merintih . Jarinya yang dihiris tadi mula mereput secara perlahan-lahan . Raezz tergelak halus lalu memaling mukanya ke arah mereka yang berada di belakangnya .

" Apa ? Terkejut ? " Ujar Raezz selamba. Huh! Ini baru pertunjukan yang sedikit .

Raezz menoleh mukanya ke hadapan kembali . Dia memandang jari yang reput di atas lantai . Kepala automatik menggeleng perlahan.

" Tengok tangan kau ni , dah jadi bangkai . Ini kalau nak bagi binatang makan pun , confirm kena tolak . Dah cukup baik dia orang bertolak ansur dengan kau ,tapi kau yang degil . Keras kepala . Tanggunglah sendiri ."

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now