ㆁ31

10.3K 534 36
                                    


" You're bad idea but i like bad ideas . "
_______________

Adreana merenung ke luar balkoni . Akif tiada di rumah kerana sibuk dengan resort yang tengah diuruskan olehnya . Dua hari yang lepas , baru dia tahu yang Akif bukan sahaja mafia , malah dia salah seorang ahli perniagaan yang berjaya .

Tidak sangka dirinya , hampir 3 bulan mereka melayari perkahwinan ini . Dan , sudah lama dia tidak mendengar khabar sepupu dan rakan baiknya . Di mana mereka ? Sihatkah ?

Ketukan pada pintu kamarnya menghentikan segala lamunan di mindanya . Adreana melangkah ke arah pintu dan memulasnya . Terpacul susuk tubuh pembantu rumahnya , Mak Esah .

" Ada apa Mak Esah ? " Tanya Adreana sambil mengulas secebis senyuman kepada pembantunya .

" Reana okay ? Ha . Mak Esah dah sediakan makan petang . Reana nak makan sekarang ? Atau nak tunggu Akif pulang ? "

Adreana menatap wajah Mak Esak sejenak . Terubat rindunya terhadap mummynya apabila melihat keprihatinan Mak Esah . Dia sudah menganggap Mak Esah seperti maknya dan hanya Mak Esah memanggilnya Reana .

" Reana okay . Erm . Reana rasa Akif mungkin balik lewat . Takpelah , Mak Esah teman saya makan , ye ? "

Mak Esah tidak menyahut , dia hanya mengangguk . Perlahan-lahan Mak Esah merapati ke arah Adreana . Bahu Adreana dipeluk dan pelukannya dibalas .

" Adreana ada masalah ke ? Dari tadi Mak Esah nampak kamu termenung . Dan sekarang , Mak Esah lihat mata kamu nak bergenang . Kalau ada masalah , share dengan Mak Esah ya ."

Mak Esah memegang kedua-dua bahu Adreana . Dia sudah menganggap Adreana sepertu anaknya sendiri . Adreana menggeleng dan menunduk kepalanya sedikit .

" Reana rindu arwah mummy . Reana rindu papa . Reana rindu sepupu dan sahabat Reana . Reana rasa macam Reana ni orang asing bagi mereka lepas Reana kahwin dengan Akif . "

" Reana , Mak Esah boleh jaga kamu . Jangan fikir bukan-bukan , nak . Selalulah Reana berdoa pada Allah , lembutkan hati mereka ya . "

"- Dah . Mak Esah turun dulu . Rehatkan badan tu sekejap . "

Ujarnya sambil menghulurkan senyuman nipis kepada Adreana . Bahu Adreana ditepuk perlahan sebelum keluar dari kamar gadis itu . Langkah Mak Esah hanya diperhatikan Adreana dari jauh .

+++++

Sehelai kertas keputusan pada tangannya ditenung lama . Bibirnya diketap perlahan . Tiba-tiba bayangan Adreana menerjah ke dalam mindanya . Dia bukan sibuk sangat di resort , tetapi dia mempunyai appoinment penting dengan doktor peribadinya selama beberapa jam di hospital dan bukan niatnya untuk menipu isterinya .

Dia mengeluh perlahan . Kertas yang dipegang diselit segera ke dalam sebuah fail apabila Adreana muncul di bilik kerjanya bersama mug yang dipegang erat . Segaris senyuman diukirkan .

"Abang nampak letih . Muka abang pun pucat . Abang okay ? "

Akif menggamit Adreana duduk di kerusi di hadapannya . Adreana memberi mug hot chocolate kepada suaminya . Tangan Adreana dielus lembut oleh Akif . Pertuturan mereka pun dah ditukar menjadi lebih romantik .

" I'm okay sayang . Mungkin penat kerja kut . "

Adreana menyengetkan kepalanya . Wajah Akif ditilik lama . Kening dikerutkan . Tanpa menghiraukan pandangan pelik daripada Akif , tangannya pantas melekap pada dahi suaminya .

" Hm . Tak demam . "

" Mana ada abang kata abang demam ."
Pintas Akif laju .

Adreana mengangkat keningnya sebelah . Dia memeluk tubuhnya sendiri . Mata Akif ditatap tajam .

" Abang . Are you sure you're in okay ? Ke abang ada masalah ? Nak Adreana picitkan kepala abang ? "

" Tak apalah sayang . Abang nak bersendirian sekejap . "

Akif menggeleng . Tangannya melepaskan tautan pada tangan Adreana .

" Ouh . Baiklah . Adreana masuk tidur dulu . Abang jangan lupa rehat dan habiskan hot chocolate okay ? "

Adreana mengusap lehernya . Dia mengangkat punggungnya dari kerusi . Kepalanya dipaling ke belakang sebelum memulas tombol pintu . Ucapan selamat malam diberi kepada suaminya dan hanya dibalas dengan senyuman manis .

Setelah Adreana beredar , dia merehatkan kepalanya pada kerusi lembut sambil melekapkan belakang tangan pada dahi . Matanya dipejam . Tiba-tiba beberapa butir air mata mengalir perlahan . Dia hanya ada beberapa bulan sahaja untuk hidup bersama isterinya .

Akif pun sudah jarang melawat markasnya . Dia memberi sepenuh kepercayaan pada anak buahnya untuk menjaga markas serta kumpulan mereka dengan baik . Tetapi dia belum mengetahui bahawa sepupunya ; Daniel Najmi seorang sahabat yang sanggup tikam belakangnya .

" One day , abang kena rela lepaskan sayang jauh dari abang tapi abang akan sentiasa sayang isteri abang walaupun perbuatan jahat telah banyak abang lakukan . "

+++++

Rafiq membuang pandangan di dada langit . Lighter di dalam poket seluar dikeluarkan . Didekatkan dengan sepuntung rokok yang di tepi bibirnya . Matanya dipejamkan sebelum menghempuskan asap rokok ke udara . Sejak akhir-akhir ini , dia mula berjinak-jinak dengan rokok .

Di sekolah pula , dia masih seorang badboy . Dan perlakuannya semakin kejam . Sehingga mangsa yang dibuli dimasukkan ke dalam hospital . Kuat sungguh cintanya terhadap Adreana . Oleh sebab itu , dia cuba melupakan Adreana dengan melakukan perkara-perkara yang tidak elok tetapi dia masih berpegang teguh yang dirinya akan sentiasa dingin dengan semua orang .

Salah dirinya ke kerana terlambat menghalang perkahwinan gadis yang dia sayang ? Adakah gadisnya sudah berbahagia dan telah melupakan dirinya ?

Kelibat Adreana di sekolah pun sudah jarang mereka lihat . Kalau ikutkan hati , mahu sahaja dia merapatkan dirinya dengan Adreana seperti dahulu tetapi disebabkan Adreana telah berkahwin , dia membuat keputusan untuk dijauhkan daripada gadisnya . Biar Tuhan sahaja yang tentukan jodohnya .

Phonenya di atas meja bulat , bergetar . Dikerling sekilas sebelum menyambut talian tersebut . Senyuman sinis terlakar di bibirnya setelah diberitahu sesuatu perkara .

" geuleul ttogbalo chyeoda boala. ( cari dan bunuh dia terus ) "

Akif mengangguk perlahan.
" Nae . Arraseo .. "

Lantas dimatikan talian . Masih kekal senyuman sengetnya . Ikon whatsapp dibuka . Dihantar pesanan tersebut kepada the badboys . Setelah itu , phone di tangannya digenggam .

" Daniel , kau takkan ke mana . Never mess with me .. " Senyuman evil terhias . Dia melangkah masuk ke dalam . Pintu gelangsar ditutup dan dikunci . Jacket hitam disarung ke badannya . Kunci motosikal berkuasa tinggi dicapai . Pintu bilik dikuak dari dalam dan keluar dengan langkah laju ke arah pintu rumah .

" just wait for new Rafiq . "

Tbc .

Vote and comment always .
Tak lama lagi , story ni akan habis . Agak-agak pengakhiran dia macam mana ?

Sad or happy ?

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now