ㆁ19

12.4K 636 64
                                    


Can you hear my heartbeat ?
___________________





" Hey Adreana Sayang . Bangunlah . Kita dah sampai ni . "

Gemersik suara yang halus mengejutkan Adreana dari tidur . Dia yang masih mamai memandang muka Akif lama .

" Erm, kita sampai dah ? "

" Yes , Adreana . Kau nak aku bukalan pintu ke , pimpin kau macam cinderella masuk dalam istana ? "

Adreana menggigit bibir bawah .

Mati terus lamunan Adreana apabila disindir tajam oleh Akif yang selamba bersandar pada pintu kereta . Adreana terus berpaling dan membuka pintu . Langkah yang panjang diatur ke arah jalan yang bertentangan .

Akif berdehem .

" Kau nak ke mana tu ? Agak agak la kalau marah sekalipun dengan aku tapi janganlah sampai tak tengok jalan. " Ujar Akif sinis .

Kedua dua poket diselukkan tangan lalu berjalan di koordinasi Adreana yang berhenti . Membelakangi dia.

Akif mendekati Adreana . Kedudukan mereka sangat rapat .Seinci lagi kalau Akif makin menghampiri , tiada jurang antara mereka berdua . Akif meletakkan kedua tangan di sisi pinggang Adreana .

" Ap..apa yang kau buat ni ha?" Tergagap-gagap Adreana bertanya. Dia kelihatan kekok berada dengan Akif . Bukan sebab dia mulai suka, tapi sebabnya dia takut. Akif mafia. Mafia psycho.

Akif tersenyum senget . Pelukan makin diketatkan dalam suasana malam yang indah dengan kerlipan bintang bintang di langit .

" Peluk kau la ." Balas Akif selamba .

Muka Adreana merah-kemerahan saat itu balasan selamba daripada Akif . Tangan di pinggang Adreana memimpin badan Adreana masuk ke dalam mansion tanpa mahu melepaskan pelukan terhadap gadis itu.

" Ad . Even kau tak suka aku . Aku akan tetap jaga kau , lindungi kau dari musuh musuh yang akan datang nanti . "

" Kau ni bipolar eh ? Sekejap baik, sekejap jahat . Apa muslihat kau sebenarnya ? Nak jatuhkan aku ? "

" Entah . Aku sendiri pun tak tahu kenapa aku culik kau . Bawa kau lari . Mungkin terpaut dengan pandangan pertama . " Ujar Akif sambil berjalan . Adreana memalingkan muka ke arah Akif.


" Kau tahu aku ni cuba bunuh kau ? Tak rasa ke yang aku ni jahat . Lagipun kau tahu kan , aku boleh lari bila-bila masa aku nak . "

" Aku tahu . Tapi biarlah aku lindungi kau buat sementara waktu ni . Mesti kau confuse kan sama ada aku ni baik ke jahat ? "

Adreana diam .

Tiada tindak balas daripada Adreana membuatkan Akif tersenyum sinis . Dia dah agak ! Namun , Akif sekadar menghiraukan .

Akif membuka pintu dan memberi laluan kepada Adreana masuk ke kediaman mewah itu .

" Jom . Aku tunjukkan bilik tidur untuk kau . "

Adreana ingin menepis tangan Akif yang mahu memimpinnya ke dalam lift tetapi melihat wajah dingin Akif dia hanya membiarkan sahaja .

Kan dah cakap tadi . Akif ni bipolar ! Mesti rumah ni berhantu . Bebola mata bergerak memerhati sekeliling .

Adreana melangkah keluar dari lift bersama Akif . Dia berjalan sambil matanya tidak lepas-lepas melihat lukisan seni visual yang digantung pada di setiap sudut dinding .

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now