ㆁ25

10.8K 674 34
                                    

Monster- Exo

🍃🍃🍃🍃




Alfine Eirman pov.

Alfine memandu laju keretanya di jalan raya yang diliputi dengan pelosok hutan . Dia mengecilkan mata apabila terpandang kelibat seseorang yang sedang berlari anak-anak . Pergerakan sangat perlahan. Terus dia berhentikan keretanya ke tepi .

" Anak siapa pula yang keluar malam-malam ni ? " Gumam Alfine bersendirian . Dia membuka pintu keretanya lalu budak perempuan itu dihampiri .


" Anak ni — "

Terbuntang matanya . Terkaku mahu bersuara .

" Ya Allah ! Anak aku ! ."

Adreana terkulai di pangkuan Alfine ; ayahnya. Alfine mencempung anaknya masuk ke dalam kereta . Pipi anaknya diusap . Setelah lama tidak bersua , akhirnya ..mungkin takdir yang menemukan mereka kembali .

" Maafkan papa . Papa ego . Papa dah agak kamu mesti dalam kesusahan . Hati papa rasa lain . Rupa-rupanya kamu Ad . Anak papa . "

Alfine memandu keretanya kembali . Telefon pintarnya yang berbunyi diangkat .

" Hello . Ada apa kau call aku ni ? "

Suara yang cemas menyapanya . Hati Alfine mula berasa tidak sedap hati .

" Tuan muda . Rumah Tuan Muda diceroboh . Semuanya tunggang- langgang . Isteri tuan muda , saya tak jumpa ."

Alfine mengetap bibirnya . Penumbuk tangannya digenggam . Dia melirik matanya ke arah Adreana.

" Cari isteri aku sampai dapat .Kau check cctv siapa yang berani culik isteri aku . Memang mati dia aku kerjakan . "

Terus talian diputuskan . Dia meningkatkan kelajuan keretanya. Kemarahannya tidak dapat dibendung . Sekali dicabar , berkali-kali dia akan membalasnya dengan kejam .

Tidak sampai beberapa minit,  telefonnya berbunyi menandakan chat masuk . Dia ambil dengan sebelah tangan kerana sebelah tangan lagi tengah memegang stereng. Mata sesekali melihat ke depan.

Chat dari bodyguard dibuka.

Salinan Rakaman CCTV dilihat dengan jelas .Mata Alfine terbeliak. Shit! Dia kenal gerangan yang menculik isteri dia.

" Berani kau culik isteri aku. Tunggu kau nanti . Bodoh punya gangster ! "



🍃🍃🍃🍃


Qaisya & Faqiy pov.

Faqiy bermain jarinya dengan jari Qaisya . Qaisya hanya membiarkan kerana matanya tertumpu ke arah Tv di hadapannya.

" Sayang . "

Qaisya menoleh memandang Faqiy .

" Jom kita date . Bosanlah asyik duduk dalam rumah saja . " Rungut Faqiy sambil mencebik bibir.

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now