ㆁ3

21.4K 1K 32
                                    

' We must open new book and close old book .  '
___________________

Mafia Girls Pov.

Mereka bertiga memandu terus ke Mansion Vander selepas keluar dari perkarangan sekolah. Tempat tersebut jauh daripada orang sekeliling dan bandar.

Tidak hairan mereka apabila dua buah kereta mewah Lotus Exite yang diparking di dalam mansion sebaik sahaja mereka sampai . Kereta mereka diparking bersebelahan dengan kereta-kereta mewah .

Masing-masing sudah tersenyum apabila mereka keluar dari kereta. Empat orang sepupu Adreana sedang menunggu di pintu . menyambut kehadiran mereka dengan senyuman .

" Yow .What's up bro ."

Sapa Isyae kepada empat orang sepupu Adreana itu. Baru saja dia mahu membuat style 'hug man' , dirinya dahulu ditolak Adreana ke tepi .

Adreana yang perasan jelingan Isyae itu hanya mengendahkannya. Qaisya pula terus menerpa masuk ke dalam mansion.

" Shuh shuh . Tepi aku nak masuk. Semua gemuk belaka ."

Selamba Isyae bersuara . laju dia menolak adreana dan sepupu sepupunya keluar .

Mereka terpana apabila ditolak keluar dari pintu mansion  .Hampir saja mahu tumbang ke belakang.

" Nak cari pasal ke apa tho ? "

"..... "

Wajah tak puas hati ditayang kepada Isyae. Tersengih nakal Isyae dengan muka tidak bersalah. Kelam-kabut dia melabuhkan punggung di sebelah Qaisya.

Mereka berempat mengambil tempat di hadapan Qaisya , Isyae dan Adreana .

" Tak sangka kau orang balik sini , ingatkan dah lupa kita orang ." ujar Adreana .

" True friends tak akan lupakan kawannya .Lagipun rindu kat korang ni lah punca kitaorang balik sini."

Balas Rayyan ; sepupu Adreana sambil tersenyum ke arah Qaisya yang bersuara itu. Mereka berempat merenung antara satu sama lain .

" Kaulah tanya . "

" Kaulah . Kau dekat dengan Isyae . "

" Kau .."

Adam menolak bahu Naufal . Aryan pula melilau mata memandang ke arah lain .  Malas mahu masuk campur .

Rayyan mengeluh kasar. Sebatang pen di atas meja dicapai sebelum membaling ke arah Adam dan Naufal .

" Tak reti diam sekejap ke ? " Bentak Rayyan . Naufal dan Adam terdiam . Tidak berkutik .

Rayyan memandang ke hadapan semula .

" Aku dengar korang kena halau dan buang dari sekolah . Apa punca yang sebenarnya ? ."

Tangannya disatukan dengan tangannya sendiri dan membongkokkan badan sedikit ke hadapan .

" Aku tak tahu angkara siapa . Kalau aku dapat tahu , aku akan balas balik sebijik macam diaorang kenakan dekat kita orang ."

Isyae bersuara tenang .

" Boleh tak cerita dari A sampai Z . Bagi kita orang faham keseluruhan cerita ni . " Minta Adam . Dia sudah pening . Memikirkannya .

Isyae memandang Adreana . Menyuruh Adreana menceritakkannya . Tanpa membuang masa , Adreana menerangkan perkara tersebut dari A sehingga Z . Setelah habis , dia menelan air liur . Dahaga . gelas dia atas meja diambil lalu diteguk perlahan . Gelas tersebut diletakkan kembali atas meja .

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now