ㆁ 30

10.7K 555 85
                                    

' You always be my queen in my heart .'
______________

Adreana membuka matanya sedikit demi sedikit . Cahaya yang menyelusuri dari tingkap menyebabkan dia terbangun dari pengsan yang berpanjangan . Matanya memandang sekeliling .

" Bilik siapa ni ? "

Adreana cuba mengangkat tangannya tetapi gagal apabila tangannya diikat ketat pada kerusi . Bibir diketap menahan kesakitan. 

Tiba-tiba pintu terkuak dari luar.  Adreana mendongak dan memandang tepat ke mata yang sedang menyinis ke arahnya .

" Lepaskan aku .."

Ronta Adreana gigih sehingga dia terjatuh ke lantai bersama kerusi yang diikat pada badannya . Serentak dagunya diraih seseorang yang sedang mencangkung di hadapannya. 

" Lepaskan kau ! Mudahnya kau cakap . Kau nak pergi dekat Rafiq balik kan ?! "

Adreana menggeleng . Cengkaman tangan Akif pada dagunya membuatkan dia merintih perlahan .

" Apa yang kau nak lagi daripada aku ! "

" Kahwin dengan aku . "

Adreana tertawa sinis.  Ingin saja dia meludah ke arah muka Akif kerana geram dengan ucapan selamba dari lelaki itu .

" Tak ingin aku nak berkahwin dengan syaitan macam kau ! "

Lantas pipinya terpaling ke tepi setelah ditampar hebat oleh Akif . Darah yang mengalir di tepi bibir dikesat kasar Akif . Telinga Adreana didekatkan dengan bibirnya .

" Kau kena kahwin dengan aku . Kalau tak , nyawa ayah kau -- kawan-kawan kau akan aku tamatkan . "

Adreana mengetap bibirnya . Ugutan dari Akif bukan main-main bagi dirinya . Kepalanya dikalih untuk menatap wajah dingin Akif .

" Kalau itu yang kau nak .. Aku terima ."

Akif tersenyum puas . Dia menoleh ke arah pintu.  Daniel yang bersandar pada pintu , Akif gamit ke arahnya .

" Call tok kadi . Suruh dia datang secepat mungkin . "

Daniel mengangguk . Sempat dia menjeling tajam ke arah Adreana yang menunduk dari memandang mukanya sebelum keluar dari bilik tersebut .

Tali pada kerusi terurai setelah Akif melepaskan dirinya . Baru Adrena hendak bangun , badannya didakap erat oleh Akif . Dagu Akif dilabuhkan pada bahu Adreana .

" You are mine ..even just for a while ."

Sengaja dia berbisik perlahan . Adreana tercengang apabila bajunya basah . Kepala ditoleh ke tepi  dan sangkaannya benar . Akif menangis ! Tanpa dipinta , tangannya mula mengusap kepala Akif . Ini bukan lakonan tetapi ikhlas dari hati nan murni .

Setelah Akif mengangkat wajahnya , Tangan Adreana pantas mengesat air mata Akif . Wajah pucat Akif ditatap .

" Aku akan terima kau seadanya sebagai bakal suami aku . Walaupun kau telah mengorbankan nyawa orang aku sayang.  "

" Aku minta maaf sebab aku bunuh mama kau . Maaf atas segalanya . "

Adreana tertawa kecil . Sekarang dia pula yang mahu mengeluarkan air mata . Sebak mendengar ucapan kemaafan dan kerinduan kepada mamanya . Tangannya diraih Akif dan keluar dari bilik tersebut .

Lalu Akif membuka pintu biliknya . Dia menolak Adreana ke dalam .

" Pergi siap . Aku dah letakkan baju kau atas katil .

Lantas pintu itu tertutup . Adreana memerhati sekeliling . Baju perkahwinan di atas katil dipandang lama dan diusap .

*****

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now