ㆁ28

10.8K 551 34
                                    

Let it out from your minds .
____________

Eithan's plans + ceroboh + geram
____________

Kayinata Aisyeike dan 5RF ralit mendengar penerangan rancangan yang dikemukakan oleh Eithan sendiri . Detik jam yang sedang berlalu tidak diendahkan walaupun berpasang mata-mata mulai tersengguk-sengguk ke hadapan .

Satu hentakan pada meja kopi membuatkan mereka segar kembali . Riak wajah Eithan sudah berlainan walaupun masih boleh dikawal .

" Kenapa ? Bosan sangat ke dengar pandangan aku ? Kalau begitu , semua boleh naik atas dan tidur . "

Suara yang garau amat sinis terkena sipi sipi di telinga mereka . Eithan menjeling apabila tiada jawapan untuk dirinya . Tangannya mencapai laci meja dan membukanya . Satu kotak rokok dikeluarkan dan diletakkan atas meja . Tersinggung satu senyuman sinis pada bibirnya .

" Aku dah agak korang masih letak benda ni pada tempat yang sama . Takda langsung minat korang nak pelbagaikan tempak letak rokok ni . Dari situ , aku dah nampak di mana letaknya kebijaksanaan korang . Dan , kurang efisien kalau torture kau orang masih di bawah tempurung kelapa . "

Bicara Eithan terus menyelinap masuk ke dalam urat darah mereka . Tidak semena-mena semua menegakkan badan menghadap Eithan . Mata yang mahu memberat ditepis kasar semata-mata rancangan Eithan .

Pandangan Eithan mula beralih ke arah Rafiq and the badboys . Mata mereka yang redup terus menanam tepat pada mata Eithan .

" Esok . Rafiq dan Raezz , aku nak kau orang berdua siasat latar belakang pengetua kau orang . Cari punca sekolah kau orang tutup sehingga minggu depan   . "

Rafiq dan Raeez mengangguk laju . Takut mahu ingkar lagi . Eithan memegang kotak rokok lalu memutarnya atas meja . Putaran tersebut berhenti betul-betul dihadapan Naufal dan Aryan . Terjegil mata mereka berdua .

" Hari ni , bulan ni , tahun ni , tiada bantahan dari korang berdua . Penat aku tak habis lagi . Jadi jangan buat aku naik angin . So , aku nak kau orang berdua reka satu benda yang seolah-seolah serupa bom sebenar . Tak kisahlah bahannya dari mana janji benda tu settle minggu ni juga . "

Naufal dan Aryan memandang satu sama lain . Dan spontan , mereka menggarukan pipi . Satu mission agak berat bagi mereka untuk memulakannya . Rayyan mengangkat kening apabila mata Eithan terarah kepada dirinya .

" Kerja kau senang . Cari satu inisiatif yang membolehkan mereka semua ni tak ada sikap culas . Cubalah langgar arahan aku kalau nak merasa pedang samurai aku  . "

Rayyan mengangguk . Merah telinganya apabila dibahas sebegitu rupa . Eithan mula meregangkan badannya .Tangannya menekup mulut yang terasa mahu menguap .

" Ouh ya ! Untuk hari ni , aku bagi tugas untuk korang berlima dahulu . Okaylah ! Aku pun dah mengantuk . Jadi , midnight . Penatnya ! "

Kelibat Eithan yang bergegas naik ke atas dipandang menyampah mereka bersembilan di ruang tamu .

" Dia penat sebab cakap macam peluru berpandu . Bagus sangat dia dah naik atas . Kalau tak . Huru-hara jadinya ." ujar Adam selamba . Kotak rokok tersebut dicampak ke dalam tong sampah yang berdekatan .

+++++

Rafiq & Raezz pov.

Pukul 8 pagi , Rafiq dan Raezz  bertolak ke sekolah dengan pakaian serba hitam . Mask dipakai bagi mengelakkan daripada dikecam pelajar-pelajar . Turun sahaja daripada kereta , mereka terus menyusur di belakang blok . Pintasan ke pejabat guru .

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now