ㆁ12

16.8K 725 41
                                    

Seorang lelaki  agak kacak walaupun sudah 40-an ralit termenung di hadapan tingkap kaca membelakangi Wong a.ka salah satu pengawal peribadinya. Tangan disilang .

"Macam mana dengan kehidupan budak-budak tuh? Kau dah siasat ke?"
Bersahaja 'dia' berkata.

"Budak-budak tu tinggal bersama anak saudara tuan muda yang baru balik dari Jepun yang merupakan seorang ketua yakuza di sana." Terperinci Wong memberitahu tuan mudanya .

'Dia' terus memaling muka memandang pengawal peribadinya . Dia berjalan ke arah mejanya.

" Jepun? Rayyan ke ? " Keningnya diangkat.'Dia' menyiku tangan di atas meja.

" Ya tuan muda. Kalau tuan muda tak percaya,ini gambarnya. Gambar mereka bertujuh ."

Wong meletakkan gambar-gambar dia atas meja. Dia memegang gambar-gambar itu lama.

" Satu lagi tuan muda,ramai musuh tuan muda sedang mencari mereka dan mungkin mereka dalam bahaya "

'Dia' mengangkat muka. Bibirnya diketap perlahan.

" Aku nak kau perhatikan mereka dari jauh setiap masa. Dan pastikan korang jaga rumah aku. Aku tak nak sesiapa pun cuai, get it? "  . Dia mengangkat keningnya sebelah . Jari telunjuknya digerakkan menghala ke pintu .

Wong faham isyarat itu terus menundukkan kepalanya dan beredar dari pejabat tuan mudanya . Sudah bertahun dia kenal perangai Tuan mudanya . 'Dia' merehatkan kepalanya pada kerusi itu. Belakang tangannya melekap di atas dahi.

" Papa harap Rayyan boleh jaga kamu bertiga . " Kata si 'dia' a.ka Alfine Eirman dalam hati.

Mafia girls pov .

'Dumm'

'Bukk'

'Dumm'

Mereka bertiga yang baru mematikan enjin motosikal berkuasa tinggi terus memandang ke arah muka antara satu sama lain.

"Something bad happen. "

Mereka menongkatkan motosikalnya lalu mencabut helmet dari kepalanya.Sempat juga melihat cermin membetulkan rambut yang agak serabai.

"Eii, apa masalah diaorang ni. Pagi-pagi dah mengacau keamanan sekolah." Kata Isyae sambil menutup mulutnya yang menguap.

Kunci motor dicabut dan mereka berjalan seiring menuju ke kelas mereka. Adreana dan Qaisya tertawa kecil .

"Amboi, hebat betul bahasa Melayu kau " Qaisya bersuara .Sikunya disondol ke lengan Isyae. Isyae menjeling tajam. Mengantuk dia tidak habis sebab tidur lewat melayari internet .

'Bamm'

Mereka bertiga menoleh pintu di sebelah mereka.

" Bunyi macam dekat sini je. " Gumam Adreana sendirian.

"Alah, buat sahaja tidak tahu. Mesti kerja-kerja jebon berlima tu. " Qaisya mengherotkan bibirnya.

" Jum kita intai diaorang nak ? "

Adreana memandang Isyae dan Qaisya. Mereka bertiga menyeret kaki ke arah pintu bilik rahsia .Adreana cuba memulas tombol pintu dan pintu terbuka sendiri. Isyae baru perasan bahawa pintu itu terkopak besar macam kena tendang.

" Kau masuk dulu la. "

" Kau tak nampak kaki aku tengah melangkah ni. "

Jeling Adreana. Qaisya dan Isyae hanya tersengih. Mereka menutup pintu perlahan. Adreana menyandarkan badannya pada pintu manakala Isyae dan Qaisya bersadar di penjuru dinding .

Badboys Vs Mafia Girls | completeWhere stories live. Discover now