Bab 1

8K 420 4
                                    

🌷🌷🌷

Amelia membuka mata yang terasa memberat perlahan lahan. Namun hanya seketika. Matanya kembali ditutup dek silaunya cahaya di bilik itu.

Sekali lagi, dia mencuba. Pandangannya berbalam. Berkali kali Amelia mengerdipkan mata sebelum mencerna suasana sekeliling. Bilik bercat putih yang kosong. Hanya katilnya di situ dan dia sendirian.

"Ibu..." Amelia memanggil. Kepalanya sakit. Sangat sakit. Dia tidak ingat apa apa yang menyebabkan keadaannya begini.

Seluruh badannya terasa sakit dan kebas. Terutama di bahagian kepala dan tangan.

Ketika itu, pintu bilik dibuka dan seorang gadis muncul di situ. Amelia menoleh dan gadis itu kelihatan terkejut melihatnya.

"Mel, kau dah sedar. Kejap ya, aku panggil doktor."

Belum sempat Amelia berkata apa apa, gadis itu menghilang. Doktor? Dia di hospital?

Tak lama selepas itu, gadis tadi kembali. "Kau tunggu kejap ya. Kejap lagi doktor sampai. Kau macam mana? Rasa okey tak?"

Amelia mengerutkan kening. "Em, ibu... Ibu mana?"

"Er, ibu kau...tak ada kat sini. Aku temankan kau ya?"

"Awak ni siapa?"

Pertanyaan Amelia membuatkan gadis itu membulatkan mata. "Mel...ni aku la. Kirana. Aku kawan baik kau. Kenapa ni? Kau tak ingat aku ke?"

Amelia diam dan ketika itu seorang doktor masuk bersama dengan dua orang jururawat. Amelia hanya memandang kosong ke arah doktor yang sedang memeriksa dirinya.

Apa yang berlaku. Dia langsung tidak ingat apa-apa. Ibunya. Mana ibunya. Jika dia sakit, kenapa ibunya tiada di sisi.

Kirana hanya memerhati Amelia yang kelihatan bingung. Terpinga pinga seperti keliru.

"Cik boleh keluar dulu. Doktor nak buat pemeriksaan ya." Jururawat yang bersama mereka bersuara dengan senyuman.

Kirana mengangguk dan terus keluar. Dia hanya menunggu di depan bilik Amelia. Hanya seketika, Ammar dan seorang wanita berusia datang menghampiri.

"Doktor ada kat dalam. Mel dah sedar." Beritahu Kirana tanpa dipinta.

"Dah sedar?" Ammar bertanya lagi mahukan kepastian.

"Ya tapi..." Wajah Kirana berkerut. "Dia macam tak ingat saya."

Ammar terkaku. Dia hanya memandang Kirana sebelum mengalih pandang ke pintu bilik. Keluhan dilepaskan. Berharap sepupunya baik baik saja.

Maknya yang sudah mengambil tempat di bangku berdekatan dikerling. Kelat saja wajah itu apabila dipaksa datang menjenguk Amelia.

Agak lama selepas itu, pintu dibuka dari dalam. Ammar dan Kirana segera mendapatkan doktor yang baru keluar dari situ.

"Macam mana Amelia, doktor?"

"Keluarga Amelia ya?"

"Ya. Saya sepupu dia. Yang ni Mak Long dia." Ammar memberitahu. Mak Long Atifah juga sudah bangun menghampiri mereka.

I Remember You | ✔Onde histórias criam vida. Descubra agora