Bab 22

4.3K 323 22
                                    

Jaga dirimu, sayangku
Disaatku bila tiada disisimu
Semoga cinta kita kan bersama
Dihatimu...









🌷🌷🌷








Hafiz naik berjalan ke dek depan kapal. Beberapa orang anak kapal masih berembun di situ walaupun jam sudah larut malam. Bila lagi, mereka mahu merasa angin laut.

Depan tubuh disandarkan pada besi penghadang. Melihat ke bawah. Percikan air yang terhasil saat kapal bergerak dipandang lama.

"Hoi." Bahunya ditepuk.

Hafiz menoleh. "Em..." Jawabnya sambil lewa, kembali memandang laut yang terbentang luas.

"Apahal ni? Moody je. Habis budak budak junior tu kau sound."

Hafiz tergelak kecil. Mengerling sekilas pada rakan sekerjanya, Faliq. "Buat salah, memang aku sound la. Benda bukan main main. Jahanam kapal ni kalau buat kerja tak betul."

Faliq sengih. "Kalau yang tu alasannya, aku setuju. Yang aku tak setujunya, muka tahi ayam kau ni."

Hafiz pantas menoleh pada Faliq. Dengan tubuhnya sekali dibalikkan menghadap Faliq.

"Apa kau cakap? Muka tahi ayam?" Membuntang matanya memandang Faliq.

Faliq sudah bantai gelak. "Mana tak nya. Kau cermin la muka kau tu. Sememeh! Macam orang mati bini!"

Pap!

Bahu Faliq ditepuk kuat. Terdiam Faliq seketika sebelum merungut sakit.

Hafiz sengih. Menggeleng. Kali ini bulan yang tergantung di dada langit dicari.

"Kau dah kenapa ni? Sendu je aku tengok." Kali ini serius Faliq bertanya.

Lama Hafiz diam sebelum menjawab. "Aku rindu orang jauh."

Faliq memakukan matanya pada wajah Hafiz. "Hmm, biasa kau cakap risau dengan abah kau. Rindu dengan Mak Nah kau. Tak pun rindu kampung halaman. Tak pernah pula kau cakap rindu orang jauh."

Pinggang Hafiz disenggol. Hafiz tersengih lagi. Faliq memang sudah kenal sangat dengannya.

"Siapa perempuan tu?" Faliq selamba meneka.

"Memandai saja kau ni." Hafiz menongkat siku. Rambut yang rancak ditiup angin, dilurut beberapa kali.

"Ni mesti pasal perempuan ni. Macam mana? Cantik tak?" Faliq menggiat.

Hafiz hanya tersenyum. Mata terpejam seketika. Bagai terbayang wajah si dia di ruangan mata.

"Cantik. Dia cantik. Innocent." Komennya ringkas.

Faliq tersenyum mengejek. "Angau!"

"Ish, aku rindu betul kat dia ni." Hafiz memandang Faliq.

"Beritahulah aku siapa dia ni. Tak pernah lagi aku nampak kau angau macam ni." Faliq membetulkan duduk menghadap Hafiz, bersedia untuk mendengar cerita Hafiz.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now