Bab 48

7.1K 422 55
                                    

Idea asal - memang sad ending. Lia dan Hafiz berpisah. At the end of the story, Lia meninggal.

Sebab tu la kenapa Lia tak beritahu awl2 pasal penyakit dia pada Hafiz. Sebab mmg Hafiz takkan tahu sampailah Lia meninggal.

Tapi - readers request tak nak sad ending.

So - saya ubah idea asal. Mereka tak berpisah tapi sy belum decide lagi ending mereka. Berharaplah agar happy ending 😂





✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳✳







Kini aku terlontar
ke dasar cintamu
Kini aku mengenal
akan kepastian
Agungnya cintamu










🌷🌷🌷











Tangan diangkat, menadah penuh khusyuk. Doa dan zikir dialun perlahan sehingga rasa sebak bertandang di hati.

"Ya Allah... Berikan kesembuhan kepada isteriku. Mudahkanlah segala urusannya. Lindungi dan peliharalah dia, ya Allah. Sesungguhnya aku amat mengasihi dirinya.

Andai seluruh nikmat ditarik dariku, aku reda asalkan isteriku tetap berada di sisiku. Berikanlah aku peluang untuk terus menjaganya. Berikanlah aku peluang untuk terus menyayanginya.

Pinjamkanlah dia di dunia ini untukku. Aku akan berusaha membawanya ke syurga kelak, ya Allah.

Redailah kami, bantulah kami. Hanya Engkau tempat aku memohon pertolongan. Hanya Engkau tempat kami berharap. Mudahkan urusan kami, ya Allah...

Amin. Amin ya Rabbal alamin."

Tangan diraup ke wajah. Mata yang bergenang diseka pantas. Menghalau rasa sebak yang menghimpit di dada.

Hafiz menoleh pada Amelia di katil. Lena dibuai mimpi. Dia bangun, sejadah dilipat dan diletakkan di kerusi. Kopiahnya turut dibuka, dia melangkah ke sisi katil, melabuhkan duduk di kerusi.

Tangan Amelia diraih.

Esok, pembedahan akan dijalankan. Betapa dia terlalu risau. Beberapa malam ini, dia langsung tak lena.

Mata dipejamkan rapat. Tangan Amelia dicium lembut.

Lama.

"Abang..."

Hafiz membuka mata. "Abang ganggu tidur Lia, ya?"

Amelia menggeleng. Masih terpisat pisat. "Abang kenapa tak tidur? Dah lewat ni..." Pergelangan tangan Hafiz dibelek, mahu melihat jam yang terlilit di situ.

Hafiz tersenyum. "Abang belum mengantuk lagi. Lia tidur ya." Kepala Amelia diusap beberapa kali.

Amelia diam. Terkelip kelip memandang Hafiz. "Lia buat abang risau ke?" Tanyanya setelah seketika.

"Mana ada. Abang tahu Lia akan okey. Tak ada apa yang nak dirisaukan. Esok, Lia jangan takut. Abang ada dengan Lia." Tangan Amelia dielus.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now