Bab 51

10.7K 428 24
                                    

Aku adalah Hawa mu
Kau pimpinlah
jiwa yang menanti
Hamparan bahagia








🌷🌷🌷






"Zul."

Zul yang sedang menghadap meja seorang staf terus menoleh ke belakang apabila seseorang menegurnya.

"Boleh aku cakap sikit dengan kau?"

Zul jongket kening. Dia pandang Kirana yang kalut kalut menghampiri mereka.

"Mukhriz...! Apa ni?" Kirana berbisik keras. Lengan Mukhriz dicengkam kuat.

Zul merenung tajam pada mereka. "Aku pun ada benda nak cakap pada kau."

Kirana hampir ternganga. Apa masalah mamat dua ketul di depannya ini? Baru hari ni jumpa dah macam nak berperang saja lagaknya.

"Kau tunggu dulu. Aku datang kejap lagi, kita lunch."

Kirana menggeleng. Bingung. Hanya memandang Mukhriz dan Zul yang sudah beriringan keluar dari pejabat.

Dia duduk di sofa. Tertanya tanya. Hampir 15 minit juga barulah Mukhriz kembali. Wajah tegang.

"Jom lunch." Senada.

Kirana segera bangun. Diam saja mengekori Mukhriz sehingga ke kereta lelaki itu.

"Kau dah kenal ke Zul tu?" Kirana bertanya setelah mereka berada di dalam kereta.

Mukhriz geleng.

"Habis tu? Macam dah kenal je? Kau cakap apa dengan dia tadi?"

Diam. Hanya fokus memandu.

"Mukhriz..."

Mukhriz berdecit. "Dia dah lama kenal kau ke? Lebih lama dari kau kenal aku? Berlagak betul!"

Kirana berkerut. "Mestilah aku kenal kau lagi lama. Tak. Sebenarnya apa masalahnya ni? Boleh terangkan pada aku tak?"

Geram!

"Nantilah."

"Sekarang." Kirana mendesak.

Mukhriz menjeling tajam. "Nanti."

Kirana menjulingkan mata. Merengus dan terus merebahkan badan pada tempat duduk kereta.

Mukhriz melepaskan keluhan. Kirana yang sudah kelat wajahnya dijeling sekilas.

"Jangan rapat sangat dengan dia. Aku tak suka."

Kirana berkerut kening. Buat wajah tak senang dengan arahan Mukhriz.

"Dan kenapa aku kena dengar cakap kau?"

"Sebab aku suka kau!" Mukhriz meninggikan suara, memotong Kirana yang masih mahu membantah kata katanya.

Kirana terdiam. Jantung mula laju berdegup. Dipandangnya Mukhriz lama. Bagai tak percaya dengan kata kata yang terluah dari bibir lelaki itu.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now