Bab 6

5K 351 9
                                    

Biarkan dunia berputar
Seiring waktu berjalan
Sampai saat nanti tiba
Waktu merestui
Cinta untuk kita berdua









🌷🌷🌷







Amelia gelisah. Badannya terasa seram sejuk. Dari petang tadi lagi tubuhnya terasa lemah. Kepala sakit berdenyut.

Nak mengadu pada Ammar, sepupunya itu masih belum pulang dari restoran. Jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi.

Memang tak dia nak memberitahu Mak Long atau Yasmeen. Tak pasal pasal dia pula yang dimaki hamun.

Mata cuba dilelapkan namun hanya seketika dia kembali terjaga.

Hujan di luar yang tadinya merintik kedengaran semakin lebat diselangi dengan bunyi guruh.

Kepalanya masih sakit, terasa semakin berdenyut kuat.

Amelia bangun dari katil, menghampiri meja kecil berhampiran katil. Plastik ubat diselongkar sebelum mencapai botol kecil berisi pil.

Tangannya menggeletar membuka penutup botol. Suasana suram di dalam bilik meyukarkan pergerakannya. Tangan cuba meraih gelas kaca di meja, namun sebaliknya berlaku. Dia terlanggar gelas kaca tersebut sehingga jatuh dan pecah.

Amelia terkaku seketika. Pil di tangan ditelan terlebih dahulu sebelum dia mencapai botol air. Sakit di kepalanya terasa mencengkam. Diteguk air di dalam botol itu sebelum berteleku di tepi katil.

Amelia bangun, mahu kembali ke katil. Namun, tiba tiba saja kakinya terasa ngilu. Serentak itu jeritan kecil terluah di bibirnya.

Kakinya terpijak kaca.

"Lia..." Pintu bilik diketuk sedikit kuat.

"Ammar! Tolong aku..." Dia menyahut dalam kesakitan.

"Kenapa Lia? Tunggu sekejap. Aku ambil kunci." Suara Ammar kedengaran panik.

Kalut kalut dia mencari kunci dan membuka pintu bilik Amelia.

Gelap gelita. Suis lampu ditekan.

Amelia tercegat berdiri di tepi katil.

"Kenapa?" Pantas Ammar menghampiri.

"Gelas pecah." Amelia menerangkan ringkas. Menunduk memandang kaca yang bertaburan di sekitar kakinya.

"Kaki kau luka ke?" Tinggi suara Ammar bertanya. Matanya membuntang melihat darah merah mengalir dari celahan kaki Amelia.

"Tak sengaja. Aku terpijak..."

"Kenapa kau cuai sangat ni?" Ammar merungut kesal. Tubuh Amelia dicapai dan terus diangkat ke katil.

"Tunggu sini. Aku bersihkan kaca kaca ni dulu. Kau boleh tahan sekejap kan?" Tapak kaki Amelia dibelek. Memastikan tiada kaca yang tertanam.

"Sakit ni..." Wajah Amelia berkerut kerut.

"Okey. Kejap kejap." Luka itu ditutup dengan kain.

I Remember You | ✔Kde žijí příběhy. Začni objevovat