Bab 4

5.6K 357 4
                                    

🌷🌷🌷


Hafiz menghentikan kereta di tepi jalan, berhadapan dengan rumah Ammar. Matanya tertancap pada susuk tubuh seseorang. Terbongkok bongkok menyapu daun daun kering di halaman rumah.

Dengan lengan yang berbalut, kepala yang bertampal plaster, gadis itu leka dengan kerjanya.

Hafiz keluar dari kereta. Singgah di gerai di seberang jalan. Niatnya memang mahu berhenti membeli pisang goreng untuk ibu saudaranya. Tak disangka, sekali lagi dia berjumpa dengan gadis itu.

Kembali saja ke kereta, mata Hafiz masih terpaku pada tubuh itu. Jarinya diketuk ketuk pada stereng kereta sebelum dia kembali keluar.

"Assalamualaikum." Dia menegur setelah gadis itu didekati.

Serta merta gadis itu berpaling memandangnya. Mata membulat seolah olah terkejut menghadirkan senyuman kecil di bibir Hafiz.

"Wa...Waalaikumussalam. Ya?"

"Kita...pernah jumpa sebelum ni." Hafiz memberitahu apabila Amelia kelihatan terpinga pinga.

"Hah? Em, ya. Hari tu, kat kubur kan?" Amelia memegang kejap batang pencakar sampah.

Hafiz hanya tersenyum, membiarkan andaian Amelia.

"Em, Ammar tak ada kat rumah." Amelia memberitahu apabila lelaki di depannya itu hanya diam memandangnya.

Kali ini Hafiz tergelak kecil. "Ya, saya tahu Ammar tak ada kat rumah time macam ni."

Amelia gugup. "Jadi, kenapa..."

"Saya singgah kedai depan tu. Nampak awak kat sini. Tak salah saya datang tegur kan?"

Amelia diam. Tersenyum kekok sebelum mengangguk.

"Ni, boleh saya tolong?" Tangannya dihulur mahu mengambil pencakar dari tangan Amelia.

"Eh, tak apa. Saya boleh buat." Amelia melarikan pencakar sampah itu.

"Tangan masih berbalut, dah buat kerja. Awak patut rehat." Hafiz berkata.

Amelia sedikit mencebik. Lebih kurang saja dengan ayat Ammar.

Hafiz menjongket kening. "Saya buat awak tak selesa ke?" Dia berkata menyedari cebikan Amelia.

"Hah? Eh, em tak adalah. Cuma saya tengah bersihkan laman ni. Nanti lambat pula siap." Bersopan dia memberi isyarat agar Hafiz meninggalkannya.

Hafiz tersenyum nipis. "Okey. Kalau macam tu saya minta diri dulu."

Amelia mengangguk sebelum melarikan wajah. Hafiz berpaling namun dia kembali menoleh pada Amelia.

"Siapa nama awak?"

Amelia teragak agak seketika. "Amelia."

Hafiz mengangguk. "Saya Hafiz."

Amelia melarikan pandangannya ke arah lain apabila Hafiz masih lagi memandangnya.

"Jumpa lagi. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." Amelia menjawab perlahan apabila Hafiz sudah berlalu dari situ.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now