Bab 49

6.6K 411 25
                                    

Telah ku siapkan
satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini
untuk kau isi sebagai isteri







🌷🌷🌷





Amelia menggeleng. Kepala dialihkan menandakan dia sudah tidak mahu menerima suapan dari Hafiz lagi.

Kedengaran suaminya mengeluh kecil. Mangkuk bubur nasi yang hanya sedikit dijamahnya diletakkan ke tepi.

"Sikit sangat Lia makan. Bila nak sembuh macam ni." Hafiz mengomel.

Straw minuman disua ke bibir Amelia.

"Minum dulu. Lepas tu makan ubat."

Amelia menurut. Bibirnya dilap oleh Hafiz setelah itu. Dia hanya memandang apabila Hafiz mula mengemaskan meja makannya.

"Dah...ma...kan?"

Hafiz pandang Amelia. Tersenyum. "Abang dah makan. Tadi abang pergi rumah Mak Nah sekejap. Mak Nah buat patin masak tempoyak. Sedap. Nanti Lia dah sihat, abang nak suruh Lia belajar dengan Mak Nah. Boleh masakkan untuk abang. Ya?"

Gigih bercerita. Sepatah Amelia bertanya, berjela jawapannya. Kerana dia tahu, Amelia takkan mampu untuk berbicara panjang lebar dengannya seperti dulu.

Selimut yang membalut dari pinggang sehingga kaki Amelia diselak.

"Abang urut Lia, ya." Hafiz berkata, menyelak kain batik isterinya.

Rutin kebiasaannya. Rutin setiap hari bahkan boleh dikatakan setiap masa. Kaki Amelia akan diurut. Urutan yang dia lakukan menurut nasihat doktor dan berdasarkan rawatan fisioterapi yang dijalankan setiap hujung minggu.

Sangat berharap agar Amelia pulih seperti dulu. Supaya isterinya dapat berjalan kembali.

Ya, kesan dari pembedahan yang dilakukan. Ketulan darah beku yang telah lama bersarang di kepala Amelia berjaya dibuang. Namun komplikasi yang terjadi semasa pembedahan telah menyebabkan Amelia lumpuh. Pertuturannya juga semakin tidak jelas dan lambat.

Tangan isterinya juga tidak begitu kuat. Untuk mengangkat gelas minuman pun sampai menggigil tangan Amelia.

"Sayang kena kuat tahu. Kena cepat sembuh. Nanti bila Lia dah sihat, abang nak bawa Lia jalan jalan." Hafiz menghentikan urutan.

Amelia dipandang. Terkelip kelip saja isterinya itu memandangnya. Hafiz tersengih.

"Kita kan belum honeymoon. Kesian Lia. Baru nikah abang dah terpaksa tinggalkan Lia. Abang minta maaf ya." Tangan Amelia dicapai dan terus dicium lembut.

"Abang takkan tinggalkan Lia lagi."

Amelia mengukir senyuman nipis. Betapa dia mahu mengucapkan terima kasih pada Hafiz. Dia mahu memberitahu Hafiz yang dia begitu menghargai kehadiran lelaki itu. Dia mahu memberitahu yang dia terlalu sayangkan Hafiz.

Namun dia tak mampu. Air mata akhirnya mengalir.

"Sayang..." Hafiz bangun dari sisi katil. Dia duduk pula di birai katil itu betul betul di sisi Amelia.

"Hey, tak nak menangis macam ni." Hafiz memujuk. Air mata yang membasahi pipi Amelia dihapuskan lembut.

"Kenapa? Kenapa Lia menangis? Tak apa. Cakap dengan abang. Abang tunggu." Lembut dia berkata. Mahu Amelia terus berlatih bercakap.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now