Bab 9

4.9K 319 10
                                    

Melihatmu
Memandangmu
Bagai bidadari
Lentik indah matamu
Manis senyum bibirmu










🌷🌷🌷





Amelia memerhati Mak Nah yang sedang mengaji seusai Maghrib tadi. Dia masih bertelekung, bersila di tepi Mak Nah.

Selepas dua muka surat Mak Nah sudahkan, dia menutup kitab suci itu sebelum dicium. Amelia dipandang. Terus gadis itu tersenyum padanya.

"Pandai Mak Nah mengaji. Sedap." Pujinya ikhlas. Sememangnya suka sangat dia mendengar alunan surah dari bibir Mak Nah.

"Lia tak mengaji?"

Amelia menggeleng. "Lia...cuba mengaji semalam. Tapi, susah. Huruf pun Lia tak dapat nak sebut. Entahlah, agaknya disebabkan memori Lia atau... Lia sendiri yang dah lama tak mengaji."

Mak Nah tersenyum nipis. "Tak apa. Lia belajar perlahan lahan ya."

"Mak Nah boleh ajarkan Lia?" Bulat matanya memandang Mak Nah.

"Mak Nah tak pandai ajar. Takut salah nanti."

Riak wajah Amelia bertukar muram. Mak Nah mencapai tangan gadis itu sebelum dielus. "Lia belajar dengan Hafiz nak?"

Amelia membulatkan mata. "Eh, tak nak la Lia. Lia...belajar dengan Ammar saja nanti."

Mak Nah tersenyum. "Mak Nah dulu pun, belajar dengan Hafiz. Dia memang ajar budak budak kampung mengaji. Lia tak nak belajar dengan Hafiz? Mana tahu mudah faham."

Amelia hampir melopong. "Dia ajar mengaji?"

Mak Nah angguk. "Nanti Mak Nah suruh Hafiz datang lepas isyak ajarkan Lia. Siang hari dia sibuk. Lepas asar ke masjid, ajar budak budak mengaji."

Amelia terdiam seketika. "Susahkan dia pula, Mak Nah."

"Tak apa. Mak Nah tanya dulu. Kalau boleh, Lia belajar dengan Hafiz ya?"

Lambat lambat Amelia mengangguk. Belajar mengaji dengan Hafiz? Patutlah, Ammar pernah memberitahu, Hafiz stok stok ustaz.

Tanpa sedar senyuman nipis terukir di bibirnya.




🌷🌷🌷




Amelia hanya melilit selendang di kepalanya sebelum mencapai naskhah al-Quran dan memeluknya erat di dada. Perlahan dia keluar dari bilik dan mendapatkan rehal di atas almari.

"Hafiz tunggu kat luar tu. Lia mula dulu, Mak Nah pergi buat air kejap, nanti Mak Nah keluar." Mak Nah menepuk lembut bahu Amelia sebelum terus berlalu ke dapur.

Amelia keluar ke beranda, mendekati Hafiz yang sedang duduk bersila di ruang legar di situ. Amelia duduk berdepan dengan Hafiz. Rehal dan al-Quran diletakkan di antara mereka.

Dia memulakan bacaan sebaik saja Hafiz mengisyaratkannya untuk memulakan bacaan. Sesekali bacaannya dibetulkan Hafiz.

Seketika, Mak Nah keluar membawa minuman dan meletakkan di atas meja kopi di hujung beranda. Dia menunggu di sofa, memerhati ke arah Amelia yang sedang belajar mengaji dengan Hafiz.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now