Bab 29

4.3K 325 17
                                    

Hadirkanlah padaku
Sentuhan kasih sayang mu
Usah biarkan ku
Terkapai-kapai mencari
Tulusnya cintamu










🌷🌷🌷






Mata Hafiz terkadang mencari wajah Amelia yang berkerut kerut dari tadi, membakar lemang di halaman rumah Mak Nah.

Dia tersenyum. Setelah kesemua pelita dipasang di sekeliling kawasan rumah Mak Nah, Amelia didekati.

"Boleh Lia?" Hafiz menegur.

"Boleh tapi ni...bahang." Amelia mengadu. Batang buluh dibalik balikkan. Wajahnya sudah merintik peluh.

Hafiz tersengih. "Tak apalah. Tinggalkan. Biar saya tengokkan. Dah berapa minit ni?"

"Baru 15 minit. Mak Nah suruh balik balikkan setiap 15 minit."

Hafiz angguk. "Sini saya buat. Dah, jauh sikit."

Amelia mengengsot ke belakang apabila Hafiz mengambil tempat di sisinya.

Wajah Hafiz dari sisi dipandangnya. Amelia tersenyum nipis. Lama direnungnya wajah itu.

Tak semena mena, Hafiz menoleh. Amelia terus terpegun.

"Kenapa, Lia?" Hafiz menegur.

Amelia mengetap bibir. "Em...tak ada apa." Wajah dilarikan.

Hafiz jongket kening. Terus bangun. Jam di pergelangan tangan dipandang. Lama lagi nak masak lemang mereka ni.

"Jom naik. Tolong Mak Nah kat atas." Hafiz mengajak.

"Lemang ni?"

"Nanti 15 minit lagi, kita turun balik."

Amelia mengangguk. Turut bangun. Belakang bajunya dikibas kibas. Baru saja dia mahu melangkah ke rumah, Hafiz memanggil.

"Ya?" Amelia kembali berpaling pada Hafiz.

"Nak main bunga api tak?"

Amelia menjatuhkan pandangan pada pek bunga api di tangan Hafiz. Senyuman terukir. Hafiz dipandang sebelum dia mencebik.

"Macam budak budak." Amelia menyelar, sengaja mahu melihat reaksi Hafiz.

"Ya? Fine, saya main seorang saja. Jangan menyesal kalau dah habis nanti." Selamba Hafiz meninggalkan Amelia, menuju ke arah pelita.

Pek bunga api dikoyak.

Amelia tergelak kecil. Langkah Hafiz diekori. Dia hanya memerhati apabila Hafiz menyalakan kesemua bunga api dalam satu pek itu.

Percikan api menyala. Hafiz menjeling pada Amelia yang bulat mata memandang bunga api di tangannya.

"Wah..." Amelia tergelak. "Kenapa nyalakan semua sekali?" Teruja pertanyaannya.

Hafiz menarik nafas panjang. "Lia..." Dia menegur, mahu meraih perhatian gadis itu yang hanya tertumpu pada bunga api dalam pegangannya.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now