Bab 11

4.6K 331 6
                                    

Biarlah waktu ini kau bebas berlari
Jika tersasar hilang arahmu
Pulang ke pangkal ku menunggu








🌷🌷🌷







Amelia terus masuk ke dalam rumah setelah kereta Hafiz berhenti di perkarangan rumah Mak Nah. Langsung tidak berkata apa apa pada Hafiz. Mak Nah yang sedang menyiram pokok bunga di tepi rumah hanya ditegur sekilas.

"Kenapa dengan Lia tu? Tak dapat kerja ke?" Mak Nah bertanya pada Hafiz yang sudah turun dari kereta. Paip air Mak Nah tutup rapat.

Hafiz garu kepala. "Em, dapat. Saya bawa dia ke kebun abah. Suruh dia tolong kat sana."

"Habis tu apa yang dirajuknya tu." Sempat Mak Nah menjeling ke dalam rumah.

Hafiz tidak terus menjawab. Dia menghala kaki, duduk di birai pangkin. "Saya ada termarah dia tadi."

"Kenapa?" Mak Nah bertanya, berkerut kening. Hafiz didekati.

"Benda kecil saja. Tapi saya marah pula. Tu diam saja balik tadi. Saya cakap pun tak hirau."

"Ish, kamu ni Hafiz. Jangan la dimarah sangat budak Lia tu. Kesian dia. Tak sembuh sepenuhnya lagi tu."

Hafiz hanya tersengih. Ya, kesian gadis itu. Tapi, entah lah. Dirasakan moodnya tadi bersimpang siur setelah Amelia memukul bahunya. Bagai merentap seluruh tenangnya. Tidak pernah mana mana gadis diguraunya begitu.

Salah dia juga. Dia yang memulakan. Di tambah lagi setelah gadis itu hampir terjatuh ke dalam kolam. Berlari dia mendapatkan Amelia. Tak dapat ditebak hatinya ketika itu. Risaunya tak dapat diungkap.

Amelia disentuhnya. Bersalah juga. Tapi darurat kan? Senyuman tipis terukir tanpa sedar di hujung bibirnya. Tangannya digenggam. Bagai masih terasa tubuh gadis itu di dalam pegangannya.

"Hafiz!"

Hafiz tersentak. Jauh dia mengelamun. Entah bila Mak Nah sudah berlalu dari sisinya dan tercegat di pintu dapur.

"Ya, Mak Nah?"

"Lepas ajar budak mengaji asar kejap lagi, singgah la sini. Mak Nah ada buat kuih sikit."

"Ya lah." Hafiz bangun. "Saya balik dulu." Pintanya dan setelah Mak Nah mengangguk, dia terus beredar dari situ.

Petang itu, setelah selesai kelas mengaji di masjid, Hafiz singgah di rumah Mak Nah. Turun saja dari kereta, dia terus ke pintu dapur. Biasanya Mak Nah kalau berada di dapur, tak dengar jika dia memanggil di luar.

Melihatkan pintu dapur yang terbuka luas, Hafiz segera menjengah. Baru saja nak memberi salam, telinganya disapa suara lembut seseorang. Menyanyi kecil dengan tangan yang lincah memasukkan kuih ketayap ke dalam bekas kecil.

Hafiz tersenyum, tercegat berpeluk tubuh. Dia bersandar pada pintu menanti mungkin gadis itu akan terperasankannya.

"Ehem." Hafiz berdehem kecil apabila tiada ura ura Amelia mahu menoleh ke belakang.

Nyata terperanjat dengan kehadiran Hafiz di situ, bulat mata Amelia menoleh ke arah lelaki itu. Nyanyian halusnya serta merta terhenti.

"Ustaz dah sampai?" Tegurnya kalut.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now