Bab 18

4.3K 334 15
                                    

Jaga selalu hatimu
Saat jauh dariku
Tunggu aku kembali
Ku mencintaimu selalu












🌷🌷🌷








Mak Nah duduk setelah meletakkan dulang di hadapan Hafiz.

"Sedap ni." Puji Hafiz melihat kuih muih dan teko kopi yang Mak Nah letak.

Petang petang begini, seronok ambil angin di pangkin di tepi rumah Mak Nah. Kena pula ada makan petang. Dengan angin sepoi sepoi bahasa, pokok rendang di belakang pangkin, betul betul membuatkan kawasan pangkin menjadi redup.

"Makan belum lagi dah sedap." Mak Nah memerli.

Hafiz tergelak. "Mak Nah buat mestilah sedap." Tangan terus mencapai seketul karipap.

Mak Nah memang suka memasak, buat kuih, buat kek. Semua dia pandai. Yang untungnya, Hafiz la. Jadi tukang makan. Nasib tak buncit orang tu.

"Lepas ni, kempunan la saya nak rasa air tangan Mak Nah." Mak Nah dipandang, menanti reaksi wanita itu.

Mak Nah menuang kopi, dihulurkan cawan kopi pada Hafiz. "Balik la sini, Fiz. Tak payah pergi dah." Pujuk Mak Nah, memandang Hafiz.

Hafiz tersengih. Setiap kali dia mahu berangkat, begini lah jadinya. Mak Nah asyik buat ayat sedih. Belum abahnya lagi. Memang berat hati nak tinggal. Bukannya sekejap. Tapi apa boleh buat. Sudah tugasnya begini, terpaksa berjauhan dari keluarga.

"Nanti Mak Nah. Kan saya tengah minta nak tukar." Hafiz pula memujuk.

"Tahun lepas pun cakap nak tukar. Tapi pergi juga." Dalam merungut, pinggan kuih dirapatkan pada Hafiz.

"Ya lah. Tahun lepas tak lulus. Minta tahun ni pula. Ala, Mak Nah... Lia ada kan boleh temankan Mak Nah." Hafiz sudah mencapai lengan Mak Nah. Diurut urutnya di situ.

"Anak lelaki tak sama dengan anak perempuan, Fiz." Ujar Mak Nah. Sendu.

Hafiz terdiam. Serta merta ingatannya menjengah pada anak perempuan Mak Nah, Syazira. Kalau dia buka mulut pasal gadis itu, marahkah Mak Nah?

Jadi, dia hanya mendiamkan diri. Badan direbahkan. Kepalanya dijatuhkan di sisi Mak Nah. Mata dipejamkan.

Mak Nah menggeleng. Tahulah Hafiz mahu mengelak daripada menjawab kata katanya.

Ketika itu, kereta Ammar masuk ke halaman rumah Mak Nah. Betul betul berhenti di depan pangkin.

Hafiz hanya membuka mata sekilas sebelum kembali memejamkan mata.

Amelia keluar. "Mak Nah." Tegurnya.

"Ya, Lia. Mari minum dulu. Ajak Ammar tu."

Amelia memandang Ammar yang sudah membuka tingkap kereta. "Mak Nah ajak minum."

Ammar menjenguk melihat Mak Nah. "Lain kali saja, Mak Nah. Saya dah lewat. Nak ke restoran."

"Oh ya la."

"Pergi dulu ya." Setelah menyapa, Ammar terus menggerakkan kereta meninggalkan rumah Mak Nah.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now