Bab 28

4.2K 309 21
                                    

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati







🌷🌷🌷

Hafiz sampai awal di sebuah restoran pada petang itu. Dia menunggu Qaseh datang. Pelayan sudah mula menghidangkan juadah berbuka di mejanya ketika Qaseh tiba.

"Maaf, Hafiz. Qaseh lambat." Kerusi di hadapan Hafiz ditarik.

"Eh, tak apa. Saya pun bukan lama sangat." Hafiz memandang Qaseh yang kelihatan bersolek lebih dari kebiasaannya.

"Kenapa Hafiz?" Gadis itu menegur.

Hafiz tersenyum. "Tak ada apa lah. Kita berbuka dulu. Lepas berbuka baru saya cakap ya?"

"Ok, boleh. Pak cik macam mana? Tak apa berbuka sendiri kat rumah?"

"Eh, tak sendiri. Fikri ada temankan kat rumah. Saya datang ni pun abah sendiri yang suruh."

"Oh ye ke? Hal penting agaknya Hafiz nak cakap?"

"Penting Qaseh." Ringkas Hafiz berkata.

Qaseh sudah menahan debar di dada. Dia sudah dapat mengagak perkara yang ingin disampaikan oleh Hafiz setelah ayahnya pulang dari rumah Hafiz tempoh hari.

Dia yang beria ia, menyuruh ayahnya bertanyakan Hafiz.

Tidak lama selepas itu, azan maghrib berkumandang dan mereka mula menjamu selera. Selepas makan, mereka menunaikan solat maghrib terlebih dahulu sebelum Hafiz menunggu Qaseh di sebuah meja di luar restoran.

"Hafiz." Qaseh memanggil sebelum duduk berdekatan lelaki itu.

Hafiz menghulurkan cawan minuman kepada Qaseh.

"Saya tak tahu awak suka apa. Jadi saya pesan kopi. Awak minum kan?"

Qaseh mengangguk. "Ada apa Hafiz nak cakap dengan Qaseh?" Matanya tepat memandang wajah Hafiz.

"Pasal niat ayah Qaseh nak jodohkan kita." Kata kata berterus terang Hafiz membuatkan dia tertunduk menahan malu.

"Jadi, apa kata Hafiz?" Qaseh masih tidak memandang Hafiz. Tangannya mengacau ngacau kopi di hadapannya.

"Awak pula macam mana?" Masih tidak mahu memberikan jawapan.

"Qaseh...memang suka Hafiz."

Hafiz terkedu dengan pangakuan jujur gadis itu. Dia memandang Qaseh dengan perasaan bersalah. Tidak tahu bagaimana mahu menolak gadis itu tanpa menyakiti hatinya.

"Sejak bila?"

"Qaseh tak tahu. Qaseh tak ingat. Apa yang Qaseh tahu, Qaseh mula gembira nak ke kebun setiap hari sebab nak jumpa Hafiz. Qaseh mula ternanti nantikan Hafiz bila Hafiz jauh. Qaseh gembira walaupun dengan hanya berborak dengan Hafiz." Qaseh meluahkan perlahan.

"Qaseh, awak gadis yang baik, anak yang baik. Tapi, saya minta maaf. Saya tak boleh terima Qaseh." Berhati hati Hafiz menyusun kata.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now