Bab 36

4.2K 336 14
                                    

Kau ingin pergi dariku
Meninggalkan semua kenangan
Menutup lembaran cerita









🌷🌷🌷






Beg kertas yang penuh di tangan dimasukkan ke dalam but kereta. Macam macam barang untuk majlis nikah mereka.

Masuk saja ke dalam kereta, dia menjeling pada Amelia yang sedang terjenguk jenguk ke luar tingkap kereta.

"Kenapa Lia?" Tegurnya.

"Hah? Tak ada apa." Duduk dibetulkan. 

"Betul ni?" Hafiz bertanya lagi. Bukan tak perasan keresahan gadis itu sepanjang mereka berada di pusat beli belah tadi.

"Em, betul. Kita nak ke mana lepas ni?" Amelia menukar topik. Ceria suaranya bertanya.

Hafiz tersenyum. Kereta digerakkan. "Butik kawan saya. Dia ada buat pakej untuk wedding planner. Senang sikit. Barang hantaran nanti semua hantar pada dia. Dia uruskan. Katering, khemah semua, dia uruskan juga. Kita tinggal bayar saja."

"Tak mahal ke, ustaz?" Amelia berkerut kerut. Risau juga dia.

"Tak apalah. Kahwin sekali saja. Kita pun tak adalah buat mewah sangat. InsyaAllah, masih dalam bajet saya." Hafiz meyakinkan.

"Tak adalah. Kalau macam benda benda yang boleh buat sendiri tu, kita buat sendiri saja la. Jimat sikit. Kan?" Amelia mengeluarkan pendapat.

"Tak payah lah. Saya tak nak awak, Mak Nah atau famili kita berpenat. Lagipun kita dah tak banyak masa. Takut tak sempat nanti. Awak pun dah mula masuk belajar kan minggu depan?"

Amelia terdiam. Terkedip kedip matanya memandang Hafiz. Benar apa yang tunangnya itu katakan. Kenapalah dia tak berfikir sejauh Hafiz?

"Ke macam mana awak rasa?" Hafiz tetap bertanyakan pandangan Amelia. Risau gadis itu tak bersetuju dengannya.

"Em... Betul juga. Saya ikut saya apa yang ustaz rancangkan."

Hafiz tersenyum. Lama juga mereka berada di butik pengantin yang Hafiz singgahi. Siap menempah pakaian nikah mereka.

Dua pasang. Sepasang untuk majlis akad dan sepasang untuk kenduri kahwin.

Teruja. Amelia senyum saja sepanjang mereka berada di sana. Lupa sudah dengan ugutan Mukhriz padanya.

"Dah lewat ni. Kita berhenti solat maghrib dulu ya sebelum balik. Takut tak sempat." Hafiz berkata ketika dalam perjalanan pulang dari butik.

"Okey."

Hafiz mendiamkan diri. Wajahnya sesekali berkerut. "Kenapa dengan kereta belakang ni? Nak potong, potong saja lah." Dia merungut.

"Kenapa ustaz?" Amelia menoleh ke belakang.

"Entah. Dari tadi angkat turun lampu. Ikut dekat pula tu. Saya dah perlahankan dah ni kalau nak potong." Cermin sisi dipandang.

Amelia menelan liur. Entah mengapa rasa berdebar. "Lama lagi ke nak sampai masjid?"

"Depan tu saja. Selekoh kat depan tu." Hafiz memberitahu dan tak lama selepas itu, dia membelok masuk ke satu selekoh.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now