Bab 7

5.1K 347 6
                                    

     Andai perit luka ini
Takkan pernah ku peduli
Biarkan aku terus menanti



🌷🌷🌷




Hafiz menjeling pada Amelia dari cermin pandang belakang. Gadis itu sudah tertidur selepas pulang dari klinik.

Kereta terus dipandu sehingga ke rumah ibu saudaranya, Mak Nah.

"Assalamualaikum, Mak Nah..." Salam diberi bersama ketukan di pintu rumah.

Agak lama, barulah Mak Nah membuka jendela rumah. "Ya Allah, Hafiz. Ada apa pagi pagi buta ni datang rumah Mak Nah?"

"Em..." Hafiz menoleh ke dalam kereta.

Mak Nah berkerut, turut memandang ke dalam kereta. "Anak dara orang mana pula kamu bawa ni?"

"Sepupu Ammar, Mak Nah. Ada masalah sikit. Ingat nak tumpangkan dia kat rumah Mak Nah." Serba salah Hafiz menerangkan.

"Kejap, Mak Nah buka pintu."

Mak Nah menghilang dari jendela dan muncul di muka pintu.

"Saya tak tahu nak bawa dia pergi mana. Sebab tu saya bawa datang sini."

"Tak apa. Panggil dia masuk." Mak Nah menyuruh, terjenguk jenguk ke dalam Nissan Xtrail milik Hafiz.

Hafiz akur. Dia turun dari beranda rumah Mak Nah dan merapati kereta. Pintu belakang dibuka.

"Amelia...bangun." Perlahan saja Hafiz mengejutkan. Bimbing gadis itu terkejut.

"Amelia..."

Terpisat pisat Amelia membuka mata. Melilau dia memandang sekeliling. "Kat mana ni?"

"Jom turun." Hafiz mengajak, mengabaikan soalan Amelia.

Gadis itu memandangnya dengan wajah keliru. Dia hanya mengangguk meyakinkan.

Amelia turun dari kereta, mengekori Hafiz yang sudah mencapai begnya menuju ke rumah Mak Nah.

"Mak Nah, ni Amelia. Sepupu Ammar." Hafiz kemudian berpaling pada Amelia. "Ni Mak Nah. Awak duduk dengan Mak Nah dulu. Esok, Ammar datang. Ya?"

Amelia mengangguk. Mak Nah dipandang segan sebelum menunduk.

"Mari naik, Amelia." Bahu Amelia Mak Nah paut. "Demam ke? Panas badan ni."

Hafiz dipandang, meminta jawapan daripada lelaki itu.

"Ya, dia demam. Kaki tu pun luka. Tadi baru balik dari klinik."

Mak Nah menggeleng. "Mari Mak Nah tunjukkan bilik."

Amelia terkebil kebil seketika sebelum perlahan lahan masuk ke dalam rumah Mak Nah.

"Amelia kalau nak mandi dulu, guna tandas kat bawah. Lepas tu rehat la." Mak Nah berkata setelah berada di salah satu bilik di rumah itu.

Hafiz hanya berdiri di muka pintu bilik, meletakkan beg di situ.

"Mak Nah keluar dulu."

I Remember You | ✔Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt