Bab 24

4.1K 321 9
                                    

Aku tak pernah pergi
Selalu ada di hatimu
Kau tak pernah jauh
Selalu ada di dalam hatiku











🌷🌷🌷







Hafiz meraba telefon dari dalam beg galas. Dapat saja, terus dinyahaktif daripada mod kapal terbang.

Mesej daripada Fikri masuk, memberitahu sudah sampai di lapangan terbang.

Nombor Fikri terus didail. Hanya beberapa kali deringan, panggilan berjawab.

"Oh, abang kesayanganku. Di manakah kau berada?" Fikri berdrama.

Hafiz tersengih. "Dekat pintu utama ni. Mana kau?"

"Okey, okey. Tunggu situ. Orang pergi sekarang." Talian ditamatkan.

Sekejap saja, sebuah Hilux terhenti di hadapannya.

Fikri turun dengan senyuman lebar.

"Bro..." Hafiz menegur. Fikri terus melompat memeluknya.

"Macam budak budak kau ni." Hafiz mengomel. Leher Fikri dipautnya ke kereta.

"Ada bawa buah tangan tak untuk orang?" Fikri bertanya, mencapai beg Hafiz, diletakkan di tempat duduk belakang.

"Itulah yang kau nak kan, beria peluk tadi." Hafiz jegil mata dan Fikri terus tergelak.

"Mana ada. Orang rindu abang Fiz la." Fikri berkata, membuka pintu di sebelah pemandu apabila Hafiz bergerak ke tempat pemandu.

"Abah macam mana?" Hafiz bertanya setelah kereta digerakkan.

"Macam tu juga, bang." Perlahan dia berkata.

Hafiz diam. Wajahnya serius. "Mak Nah sihat?"

"Sihat. Hari tu ada juga demam dua tiga kali. Rindu abang Fiz la."

Hafiz tersenyum. Tempoh hari semasa dia menelefon, ada juga Mak Nah mengadu tak sihat.

"Em, Lia?"

Fikri tersengih, merapatkan tubuh pada Hafiz. "Dia okey je orang tengok. Tak ada nak rindu pun kat abang Fiz."

Hafiz menjeling tajam pada Fikri. "Serius la?"

"Ya, bang." Fikri meyakinkan.

Hafiz terus berdiam diri.

"Alah. Orang gurau je. Manalah orang nak tahu dia rindu ke tak dengan abang. Abang tanya la sendiri."

Fikri sudah tergelak gelak. Hafiz menggeleng. Nak dihempuk, tengah memandu pula.

Mereka sampai di rumah Hafiz hampir ke maghrib. Seperti biasa, berdrama air mata juga abahnya sebaik saja dia menjejakkan kaki ke rumah.

"Abang nak pergi rumah Mak Nah malam ni ke?" Fikri bertanya ketika mereka sedang berbuka puasa.

"Esok la. Terawih pun abang buat kat rumah je malam ni. Penat sangat ni."

I Remember You | ✔Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang