Bab 35

4.5K 336 30
                                    

Engkau insan yang ku sayang
Yang paling ku kasih dirimu
Amat bererti dihidupku








🌷🌷🌷





Dua hari tanpa khabar daripada Hafiz. Dia menelefon langsung tak berangkat. Kelu dia mahu memberi alasan pada Mak Nah yang bertanya.

Marahkah Hafiz padanya?

Keluhan dilepaskan. Termangu mangu seketika sebelum kembali mencapai telefon.

Fikri dihubungi.

"Ya, Kak Lia?" Suara Fikri kedengaran, Amelia melepaskan nafas lega.

"Fik, em... abang Hafiz ada dengan Fik tak sekarang?"

"Eh, tak ada. Fik kat rumah ni. Hantarkan makan tengah hari untuk abah. Abang Fiz kat kebun lagi masa Fik keluar tadi. Kenapa kak?"

"Tak ada apalah. Dia busy ke?" Serba salah Amelia mahu berterus terang. Bimbang jika Fikri dapat menghidu hubungan mereka yang dingin.

"Em, busy juga la. Ni pun, abang Fiz suruh Fik bungkuskan makanan."

Amelia membulatkan mata. "Dia tak makan tengah hari lagi? Fik dah bungkuskan ke makanan dia?"

"Belum, baru nak keluar rumah ni."

Amelia tersenyum lebar. "Fik, Kak Lia nak minta tolong boleh?"

"Ada apa tu? Insya Allah Fik tolong."

"Fik datang ambil Kak Lia boleh. Fik tak payah beli makanan. Kak Lia bungkuskan makan tengah hari yang Kak Lia masak tadi. Bawa Kak Lia jumpa abang Hafiz. Boleh?"

Fikri tersenyum senang. "Boleh kak. Kejap lagi Fik sampai, ya."

"Okey. Terima kasih, Fik. Jangan beritahu apa apa pada abang Hafiz, ya."

Setelah mengatur janji, Amelia segera ke dapur. Makanan tengah hari untuk Hafiz dibungkuskan ke dalam mangkuk tingkat.

Usai itu, dia masuk ke bilik. Menyiapkan diri. Tersenyum dalam debaran. Pertama kali membawa makan tengah hari untuk Hafiz.

Namun, risau juga. Dia tahu Hafiz kecewa dengan sikapnya. Dia tahu Hafiz masih marahkannya. Jika tak, tak adalah dua hari Hafiz tak pedulikannya.

"Kak Lia, Fik nak cakap sikit ni."

Amelia yang hanya termenung ke luar tingkap kereta segera menoleh pada Fikri.

"Ya? Kenapa Fikri?"

"Kak Qaseh..."

Amelia berkerut kening.

"Dia kerja balik kat kebun tu." Perlahan Fikri memberitahu.

Amelia terpempan. Qaseh? Apa lagi yang gadis itu mahu? Rasanya masih terngiang kata hinaan dan cacian dari Qaseh padanya dulu.

"Siapa yang ambil dia kerja balik?"

Lama juga Fikri diam sebelum menjawab, "Abang Fiz."

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now