Bab 15

4.4K 331 10
                                    

Ketemukanlah hati kami
Hingga itu ku mohon
Kau jagalah dirinya









🌷🌷🌷





Hafiz memandu laju keretanya menuju ke rumah Mak Nah. Dalam masa yang sama, telefon sudah mendail nombor Ammar.

"Ya, Fiz. Aku busy ni. Tengah masak. Aku call kau balik nanti."

"Mar?"

Talian sudah diputuskan. Hafiz menggeleng. Wajahnya diusap kasar. Helaan nafas panjang dilepaskan.

Sampai di rumah Mak Nah, tergesa gesa dia keluar. Mak Nah dipanggil beberapa kali sehinggalah pintu rumah dibuka.

"Mak Nah... Lia?"

"Lia? Hah, Lia mana? Lewat balik hari ni." Mak Nah berkata dengan mata melilau mencari Amelia.

Hafiz telan liur. Dadanya berdegup kencang. Ke mana gadis itu? Tadi, berderau darahnya apabila pekerja di kebun memberitahu Amelia tiada di sana.

Dia ada menelefon, bertanya pada Qaseh tapi gadis itu memberitahu dia ada menghantar Amelia ke pekan.

"Lia tak ada kat kebun, Mak Nah. Saya call Ammar pun, dia macam tak tahu. Sibuk kat restoran."

Mak Nah terdiam. Jam dipandang. Sudah hampir ke 8 malam. Laju dia kembali memandang Hafiz.

"Ya Allah, Lia pergi mana ni Hafiz?"

Hafiz menggeleng. "Qaseh cakap Lia suruh tinggal dia di pekan. Dia ada nak beli barang."

"Barang apa? Ya Allah... Lia... risau Mak Nah ni, Hafiz. Dia bukan biasa kat sini. Dah malam ni. Cari dia Hafiz."

Hafiz ketap gigi. Dia mengangguk sebelum kembali ke kereta. Entah di mana mahu mencari Amelia. Kereta dihidupkan, meluncur laju ke pekan.

"Lia...awak pergi mana?"




🌷🌷🌷




Amelia membuka mata perlahan lahan. Dia menangkap kelibat seorang lelaki, sudah terlena di sisi katil.

Dia bangun, merapat ke kepala katil. Mata memandang sekeliling. Dia berada di hospital melihatkan serba serbi yang putih.

Pandangan dilemparkan ke luar jendela. Sudah malam. Matanya membulat.

Mak Nah pasti risau. Cepat cepat dia menyelak selimut, turun dari katil.

Mukhriz tersedar apabila katil bergerak gerak. Matanya digosok sebelum terbuka luas melihat Amelia yang sudah menyarung selipar.

"Mel...!" Dia bangun, merapati gadis itu. "Kau tak sihat lagi."

"Saya nak balik. Mak Nah risau nanti." Tangan Mukhriz dibahunya ditolak.

Mukhriz telan liur. "Nanti, Mel... Bagi aku peluang." Dia merayu.

Amelia memandang Mukhriz. Lama sebelum pandangannya dialihkan. "Awak ni siapa? Apa yang awak nak dari saya?"

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now