Bab 26

4.4K 324 10
                                    

Bersamamu
Kurasakan cinta
Ku merasa rindu
Ku bisa jatuh hati
Kurasakan sesuatu











🌷🌷🌷







Ammar menghentikan kereta di hadapan rumah Hafiz. Dia turun, menghampiri pintu rumah.

"Fiz? Hafiz? Assalamualaikum!"

Pintu dibuka. Hafiz keluar. "Waalaikumussalam, kenapa Ammar?"

"Kau buat apa pada Lia?" Ammar terus bertanya.

Hafiz terkedu. "Buat apa?"

Ammar melepaskan keluhan. "Lia menangis suruh aku ambil dia kat kebun tadi. Dia cakap kau marah marah dia, suruh berhenti kerja. Kenapa ni? Lia ada buat salah apa?" Tegang suara Ammar.

Hafiz menelan liur. "Aku...tak suruh dia berhenti pun."

"Habis tu kenapa Lia menangis?"

Hafiz diam.

"Apa salah Lia? Sampai kau marah marah dia? Kau tak boleh tegur dia, kau beritahu aku. Biar aku saja yang tegur dia."

Helaan nafas panjang, Hafiz lepaskan. "Aku marah dia..." Mata dipejamkan seketika. "Sebab dia keluar dengan Mukhriz."

Ammar terdiam. Kelu.

"Aku cakap dengan Lia nanti. Aku minta maaf, Mar."

"Hafiz." Sepatah Ammar memanggil. Serius. "Apa perasaan kau pada Lia?"

Hafiz berbalas pandang dengan Ammar. "Aku tak pernah berterus terang pada sesiapa perasaan aku pada dia. Biarlah...biarlah dia yang jadi orang pertama yang tahu perasaan aku pada dia."

Wajah Ammar berkerut sebelum akhirnya dia mengangguk. "Kalau itu yang kau cakap, tak apalah. Tapi aku nasihatkan kau, Fiz. Sayang...jangan sampai melukai."

Hafiz diam. Menghantar kepulangan Ammar. Seharian dia memikirkan perbuatannya pada Amelia. Malam itu, selepas tarawih, dia ke rumah Mak Nah. Tak betah perasaannya, mengetahui Amelia terluka dengan perbuatannya.

"Mak Nah, saya nak jumpa Lia. Boleh?" Perlahan saja dia meminta kebenaran.

Mak Nah tersenyum. Mengangguk sebelum masuk ke dalam rumah. Agak lama selepas itu, Amelia keluar. Berpijama dengan selendang melilit penuh di kepala.

"Nak apa?" Malas malas Amelia bertanya, menjatuhkan duduk berhadapan dengan Hafiz.

Hafiz diam seketika. Serba salah. "Saya minta maaf, Lia."

Amelia terus memandang Hafiz. Lelaki itu langsung tak mengalih pandang dari wajahnya.

"Kenapa nak minta maaf pula?" Amelia menunduk.

"Kalau saya buat awak menangis."

Amelia tersentak. "Apa yang Ammar cakap pada ustaz?"

Hafiz tersenyum nipis. "Lia... Saya memang nak datang jumpa awak. Nak tanya khabar awak. Awak sihat ke tak. Tapi balik saja, saya dah sakitkan hati awak macam ni."

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now