Bab 47

6.2K 402 16
                                    

Dia anugerahkanku kasih
Untuk berbagi denganmu
Ku berharap kau menjadi
yang terakhir untukku
Atas restu Allah
Ku mencintai dirimu









🌷🌷🌷







Hafiz tersedar dari lena, Amelia sudah tiada di sisinya. Dia bangun dari katil mendengarkan bunyi dari bilik air.

Kaki dihala ke situ. Semakin jelas. Pintu ditolak. Isterinya terbongkok di sinki, memuntahkan isi perut.

"Lia." Hafiz masuk ke dalam bilik air. Belakang tubuh Amelia diusap usap. "Kenapa ni?"

"Abang..." Amelia menolak tangan Hafiz. Menjarakkan tubuh. "Lia... Lia okey." Menggigil.

Hafiz merenung wajah Amelia. Pucat. Semasa mereka bertembung di hospital dulu, bukan dia tak perasan wajah Amelia yang pucat.

"Lia sakit ke, sayang?"

Amelia kelu. Dadanya diurut urut. Rasa mual masih terasa.

"Sa...sakit? Sakit apa? Lia okey. Agaknya salah makan."

Hafiz semakin ragu. Lengan Amelia dicapai. "Kita pergi hospital, ya."

"Apa abang ni? Lia cakap Lia okey. Kenapa sampai nak ke hospital pula?" Amelia membentak. Tangan Hafiz ditepis sebelum dia terus keluar dari bilik air.

Hafiz mengekori. Amelia sudah mencapai tudung dan beg tangan.

"Lia nak ke mana?"

"Balik."

Hafiz menyekat langkah si isteri. "Balik ke mana? Ni rumah Lia."

"Jangan halang Lia. Lia penat. Lia nak balik." Lelah suara Amelia. Dia melangkah ke pintu.

"Penat kenapa? Lia sakit? Kalau bukan sakit, apa? Lia mengandung ke? Anak Mukhriz?" Meninggi suara Hafiz.

Amelia tersentak. Berderau darahnya mendengar tuduhan Hafiz. Serta merta menoleh pada Hafiz.

"Abang!"

Hafiz alih wajah. Tangan sudah digenggam kemas.

"Sanggup abang tuduh Lia macam tu!?"

Hafiz diam. Langsung tak memandang isterinya.

"Suka hati abang la. Fikir apa yang abang rasa nak fikir. Lia ni memang jahat. Memang dari dulu tak layak untuk abang." Sebak suara Amelia.

Dia kembali ke pintu. Baru saja mencapai tombol, suara amaran daripada suaminya kedengaran.

"Abang tak izinkan Lia keluar dari rumah ni. Jangan sampai abang ucap yang bukan bukan pada Lia." Keras!

Sekali lagi Amelia menoleh. "Abang nak cerai Lia? Cerailah! Memang tu yang Lia tunggu."

"Nur Amelia!" Memetir suara Hafiz. Pertama kali meninggikan suara pada isterinya.

Amelia ketap bibir. Pandangannya bergetar. Tubuhnya menggeletar. "Lia dah cakap apa yang Lia nak. Tunaikan permintaan Lia. Abang tak boleh halang Lia keluar dari sini."

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now