Bab 39

4.7K 357 21
                                    

Aku ingin hatinya
Aku ingin dirinya
Dan aku ingin cintanya
Jadi milikku






🌷🌷🌷








Pernikahan mereka berjalan dengan lancar. Baru sebentar tadi dia diijab kabulkan dengan Hafiz. Hanya dengan sekali lafaz, Amelia sah menjadi isteri Hafiz.

Dia asyik menjeling pada Hafiz yang tersenyum saja sepanjang majlis. Tanpa sedar dia turut tersenyum.

Tetamu terakhir yang hadir semasa majlis akad nikah mereka sudah meninggalkan rumah Mak Nah selepas sedikit jamuan ringkas. Lusa, kenduri akan diadakan di rumah Hafiz sempena perkahwinan mereka.

"Lia..." Hafiz menegur.

Amelia menoleh ke muka pintu bilik. Hafiz hanya berdiri di situ. "Ya?"

"Dah makan?"

"Belum. Nanti saya makan."

"Nak makan sekali?"

"Ustaz pun belum makan ke?" Amelia bangun dari meja solek apabila Hafiz melangkah masuk ke bilik, duduk di birai katil.

Dada Amelia berdebar. Dia mengerling ke pintu bilik yang ditutup rapat oleh Hafiz.

Hafiz menggeleng dengan pertanyaan Amelia. Tadi dia sibuk melayan tetamu yang hadir. Tak sempat nak makan.

"Em..." Entah mengapa Amelia berasa begitu segan dengan lelaki yang telah sah bergelar suaminya itu.

"Lia..." Hafiz memanggil.

Kali ini Amelia hanya menjongket kening.

"Masih nak panggil ustaz lagi?"

Amelia tersipu dengan kata kata Hafiz. Tangan dimainkan sesama sendiri.

"Sini." Hafiz menggamit.

Amelia telan liur. Dada makin ganas berdegup. Perlahan langkahnya mendekati Hafiz.

Tangannya dicapai Hafiz.

"Kenapa sejuk sangat tangan ni?" Hafiz tersengih. Tangan Amelia digosok gosok. Makin menggelabah gadis itu. Bukan setakat sejuk, dah menggigil pula.

"Em, malam ni sejuk sangat. Ustaz tak rasa sejuk ke?" Kalut kalut, Amelia tarik tangannya, disembunyikan di belakang tubuh.

Hafiz mencebik. Wajah Amelia direnung ralit. "Panggil ustaz lagi?"

"Habis tu nak panggil apa?" Amelia bertanya blur.

"Lia rasa?"

Ketap bibir, Amelia garu kepala. Wajah dililaukan ke seluruh bilik.

"Abang. Cuba panggil abang." Hafiz memberi cadangan melihatkan wajah terkulat kulat isterinya.

"Abang?" Mata Amelia kembali ke wajah Hafiz. "Tapi...semua orang panggil ustaz abang. Ira..., Fik..., budak budak mengaji tu pun panggil abang. Kalau saya pun panggil abang, apa yang istimewanya?"

Hafiz jongket kening. "Yang jadi istimewa bila Lia yang panggil."

"Tak nak lah." Amelia membantah. Bibir sudah memuncung.

"Okey." Lengan Amelia dipegang, menarik gadis itu semakin dekat padanya. "Lia nak panggil apa?"

"Em..." Wajah seperti sedang berfikir fikir. Mata melilau sebelum kembali pada wajah Hafiz. "Biy..."

"What? Apa tu?" Berkerut wajah si suami.

"Biy... Stand for hubby or... baby?" Amelia memberitahu.

I Remember You | ✔Where stories live. Discover now