Bab 50

7.1K 369 18
                                    

Aku adalah Adam mu 
Ku dambakan cinta ini 
Kau takdir yang
tak kan ku lepaskan 






🌷🌷🌷





Mata dibuka. Berkali dia cuba melelapkan mata namun tetap terasa masih segar. Ada sesuatu yang mengganggu fikiran.

Tubuh diterbalikkan. Daripada mengiring ke kanan, dia mengiring ke kiri.

Dalam samar lampu tidur, dia dapat melihat seraut wajah tenang isterinya. Kelihatan sangat lena dibuai mimpi.

Lama diperhatikan wajah itu.

'Lia cacat.'

'Kalau selama lamanya Lia macam tu, kau masih sayangkan dia?'

Kata kata Amelia dan Ammar beberapa minggu yang lalu kembali menerjah fikirannya.

Mata dipejamkan. Nafas dihela perlahan. Buka saja mata, tubuh didekatkan dengan tubuh si isteri. Tangan perlahan dilekapkan di pipi Amelia.

"Abang sayangkan Lia..." Perlahan dia berbisik.

Mata tidak beralih dari wajah Amelia. Wanita yang sangat bererti dalam hidupnya. Dan juga hatinya.

Selimut ditubuh Amelia dibetulkan.

Hafiz bangun. Perlahan lahan. Risau jika isterinya terjaga. Dia keluar dari selimut. Dipandang lagi isterinya sebelum masuk ke dalam bilik air.

Mengambil wuduk.

Setelah itu, dia keluar membentangkan sejadah. Sesudah melakukan beberapa solat sunat, Hafiz kembali ke katil.

Masuk ke dalam selimut, Hafiz memandang ke arah Amelia dan keningnya terangkat melihat Amelia yang sedang merenungnya.

"Lia tak tidur?"

"Lia terjaga." Serak suara Amelia. Hafiz tersenyum. Jelaslah memang isterinya baru saja tersedar dari lena.

"Tidurlah." Hafiz menarik Amelia ke pelukannya. Bahu isterinya itu ditepuk lembut.

"Abang..."

"Emm." Hafiz masih menepuk di bahu Amelia. Seolah olah mahu mengulit si isteri untuk kembali tertidur.

"Boleh Lia tanya sesuatu?"

"Apa dia, sayang?"

"Setiap malam abang bangun. Buat solat sunat. Boleh Lia tahu apa yang abang minta dari Allah?"

Hafiz mendiamkan diri seketika. Tidak terus menjawab.

"Abang doakan kesembuhan Lia ke?" Sebak Amelia bertanya. Entah mengapa dia tidak begitu mengharapkan Hafiz menjawab ya pada jawapan itu.

"Ya."

Amelia terdiam. Matanya mula bergenang. Begitu terdesakkah Hafiz mengharapkan dia kembali seperti normal. Bagaimana jika Allah takdirkan untuk menolak doa suaminya? Adakah Hafiz akan kecewa?

"Tapi ada yang lebih utama daripada tu."

Amelia angkat wajah, memandang Hafiz. "Boleh Lia tahu?"

Hafiz memberikan senyuman untuknya. Tangan naik, melekap lembut di pipi Amelia.

"Abang doa, semoga hati abang, sayang dan cinta abang pada Lia takkan berubah sampai bila bila."

I Remember You | ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora