4.KEITH

8.8K 672 48
                                    

Keith membuka luas kakinya seraya menunduk ke bawah. Tumbukan Nyea tersasar ke tepi, dia terdorong kehadapan beberapa tapak. Lantas Keith menarik lengan Nyea ke belakang. Gadis itu sempat lagi mahu memijak kakinya. Keith terpaksa melepaskan pegangan tangan Nyea dahulu sebelum berganjak ke belakang.

"Tch, boleh tahan juga,"

"Apa ? kau fikir aku ni apa? tak pandai berlawan huh?"

Usai berkata Nyea terus meluru. Dia mahu tamatkan perlawanan ini secepat mungkin. Kalau cepat lebih bagus bukan? lagipun dia tidak betah berlama-lama untuk berlawan ni. Bukan apa dia cuma tidak berapa suka. Lagipun Aunty Kyra pernah kata berhati-hati ketika berlawan semasa kelas pertarungan dan kawal diri. Masa itu Nyea tidak banyak pula tanya kenapa... jadi dia akur dengan nasihat, Aunty Kyra.

"Kau kalah," bisik Keith.

Nyea menjeling sekilas. Tidak sempat dia membalas butir-bicara, Keith. Satu hentaman kuat hinggap di bahu kanan. Nyea mendesis sakit. Dari situ Keith mengambil peluang. Kaki di hayunkan mengenai tubuh Nyea.

Nyea terjerit kecil. Tubuhnya melayang mahu jatuh. Tetapi sepantas kilat dia memaut lengan Keith sekali. Mereka berdua sama-sama rebah ke tanah.

"Ops! "

Fyira menekup mulut manakala Violet menutup muka. Pelajar-pelajar yang lain tercengang melihat Keith dan Nyea. Miss Anne hanya terkebil-kebil. Keith secara tidak sengaja menindih Nyea. Jarak mukanya hanya beberapa inci sahaja.

"B-bangun!" bentak Nyea. Wajahnya bertukar menjadi merah padam. Tak tahulah samaada marah tau pun menahan malu.

"Eerr... sorry?" ucap Keith tetapi dia masih tidak berganjak.

"Aku cakap bangun! bangun!"

Nyea memekik geram. Matanya mencerlung tajam. Tanpa membalas Keith terus berganjak. Keith memperbetulkan bajunya sedikit lalu menghulur tangan kepada Nyea. Gadis itu menepis kasar.

'Eh, dia yang salah... siapa suruh tarik aku tadi. Lepas itu nak meroyan?' omel Keith dalam hati.

"Kamu berdua okay?" Miss Anne menyoal sebaik sahaja menghampiri. Nyea dan Keith dipandang silih berganti.

"Saya okay," Balas Keith seraya menghadiahkan senyuman. Nyea sudah menayangkan muka ketat.

Miss Anne segera membatu Nyea untuk bangun. Pelajar-pelajar yang lain tidak lekang dari memandang mereka. Yep, mereka menjadi tumpuan.

"Wow!"

"Sweet!"

Kata Violet dan Fyira sebaik sahaja Nyea mendekati mereka. Anak mata berwarna kuning menjeling maut. Mukanya masam mencuka. Tak guna punya kawan! boleh pula cakap macam tu. Sekurang-kurangnya cakaplah ' Nyea kau okay ke?' or 'Kau ada luka atau cedera dekat mana-mana tak?'

"Kepala otak kau sweet!" Dia mendengus kasar. Dengan rasa panas hati, dia mengorak langkah keluar dari kelas pertempuran. Suara Miss Anne yang memanggil namanya tidak dipedulikan.

'Aduhmak! macam mana boleh terjadi? Cis, buat malu betul! tercalar imej aku yang suci bersih ni. Argh! tak guna! tak guna!'

Selepas itu, sepanjang waktu di academy sikap Nyea terus berubah menjadi dingin. Moodnya berubah tiga ratus enam puluh darjah! Semua benda tidak kena dihadapannya. Setiap masa mahu sahaja naik angin. Bagi Fyira dan Violet, mereka sudah masak dengan perangai Nyea. Jadi mereka tidak kisah.

Nyea mengeluarkan sayapnya. Dia mengibas-gibas seraya menoleh ke kiri dan kanan. Kelihatan pelajar-pelajar sedang melakukan perkara yang sama dan ada yang sudah terbang bebas di udara. Violet? dan Fyira? baru sahaja pulang. 'Ceh, hampeh... takguna punya kawan! ada ditinggalkan aku pula?' Nyea mengeluh perlahan sebelum terbang naik ke atas.

NYEA terbang membelahi udara. Sambil itu dia bernyanyi-nyanyi kecil. Angin menderu membelai rambut kuningnya sehingga mengerbang ke belakang. Panahan cahaya matahari, menambahkan lagi kilauan rambutnya.

Kerajaan pari-pari putih jika dilihat dari pemandangan atas sungguh cantik. Terdapat tasik. Istana juga tersergam indah di tengah-tengah, kelilingnya di pagar parit kecil. Bangunan kedai dan rumah penduduk berteraburan di serata tempat. Tumbuh-tumbuhan menghijau dan berwarna warni menambahkan lagi seri. Tetapi Nyea tinggal agak jauh sedikit dan terpencil iaitu kampung Kurze yang terletak di sempadan kerajaan pari-pari putih.

Nyea terbang rendah. Dia terasa ada sesuatu yang tidak kena. Seperti ada yang mengekori dia dari belakang. Sejak dari tadi dia dapat merasai tetapi dia cuba buat tidak edah. Siapa pula yang rajin sangat ikut dia balik ni?

Nyea cuba berlagak biasa. Dalam hatinya dia sudah berkira-kira mahu berpaling ke belakang atau pun tidak. Nafas dihela panjang lalu berkata.

"Siapa!" Sepantas kilat dia memusing seraya melemparkan pisau cahaya. Lelaki berambut merah mengelak ke sisi. Mukanya terkejut.

"Keith? kau ikut aku?" Nyea melemparkan pandangan tajam. Apahal dia ikut ni? Dia nak apa sebenarnya.

"Ah, buat apa aku ikut kau? aku mahu pergi ke rumah pak cik aku!" balas Keith selamba. Muka toya ditayangkan.

"Alasan... Kau memang ikut aku kan?"

Keith tersenyum sinis. Dia menatap anak mata, Nyea.Panahan mata Keith membuatkan Nyea kaku. Auch! menusuk ke jiwa.

"Beri seribu satu sebab kenapa aku ikut kau?" bisik Keith. Nyea tersentak mendengar bisikan Keith lalu menghalakan pandangan ke tempat lain.

"Aku manalah tahu apa niat kau,"

Tubuh dipusing ke hadapan. Tanpa menunggu balasan Keith, dia terus mengibaskan sayapnya sebelum kembali terbang. Tanpa sedar senyuman manis terukir di bibir Keith. Dia mengikuti jejak Nyea.

"Hoi, tunggulah..."

"Ish, kau nak apa?" Balas Nyea tanpa menoleh Keith yang sudah berada di sisinya.

"Alang-alang mahu pergi tempat yang sama, apa salahnya kita saing sekali,"

Nyea tidak menjawab. Dia hanya melihat Keith dari ekoran matanya. Dia melepaskan keluhan. Keith menjongket kening ke atas.

"Hurm... suka hati kaulah... aku sudah penat tahu?"

"Good girl, nak aku temankan kau balik ke?"

"Tak perlu..."

"Okay aku teman!" Balas Keith laju.

"Bila masa aku suruh kau teman! aku cakap tak perlu!" Nyea melirikkan pandangan tidak puas hati. What the hell? aku tak suruh dia teman pun!

"Tadi... aku dengar kau cakap perlu"

"Ish, mana ada!"

"Ada!"

"Ugh! jangan ikut aku!"

"Yep, aku ikut juga!"

Nyea mengemam bibir. Keith tersenyum sumbing seraya menyilangkan tangan ke dada. Dia berlagak santai. Okay, makhluk berambut merah di hadapannya ini memang menyakitkan hati! Rasa nak lempar je ke bawah. Biar pecah berderai! Nyea berhenti lalu pusing menghadap Keith.

"Jangan ikut aku!"

"Okay, aku ikut,"

"Stop it!" Jerit Nyea lantang. Kali ini dia betul-betul meletup. Mukanya yang putih melepak bertukar menjadi merah. Keith pula sebaliknya menunjukkan muka selamba, seperti tidak kisah dengan perubahan Nyea.

Lama mereka mendiamkan diri. Pandangan Nyea masih lagi tidak berganjak malah semakin galak merenung. Keith menyisir rambut ke belakang.

"Maaf,"

Ucap Keith perlahan. Okay, kali ini dia mengalah. Dia terpaksa, kerana gadis itu tidak menunjukan tanda-tanda mahu mengalah. Lagi pun memang salah dia kan?

"Sedar pun... dan jangan ikut aku" Balas Nyea mendatar.

"Okay, aku janji..."

Nyea tidak membalas. Segera dia memusingkan badan ke depan. Tanpa berlengah, dia terbang meninggalkan Keith seorang diri.

Keith tersenyum sinis. Dia kembali mengekori Nyea dari belakang secara senyap-senyap. Bukan apa, dia cuma mahu pastikan yang Nyea selamat je.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now