24. KEMBALI SENYUM

5.7K 486 19
                                    

   Nyea sudah cerita semua perkara pada Keith. Dari A sampai Z, tidak ada satu pun yang tinggal. Sambil bercerita, teresak-esak dia menahan tangisan. Tangan kasar menyeka air mata. Keith mampu memberi pandangan sayu.

"Sudahlah ... ramai lagi yang boleh dibuat kawan." pujuk Keith. Kain sapu tangan dihulur dan Nyea menyambut.

Dari dahi hingga ke muka semua Nyea lap. Bersih habis! "Kau tak faham Keith. Persahabatan ini amat bermakna bagi aku. Kau apa tahu?" batang hidung digosok perlahan. Sekali lagi air mata kembali bergenang. Cepat dia menyeka.

Keith menarik nafas dalam. Tangan gadis itu dicapai lalu mengengam erat "Okay ... tengok sekarang ni, kau ada aku. Yes kau masih ada aku disisi. Jika mereka tak ada, aku sudi berada di sisi kau. Dan jangan lupa pula ... Lilith, Lesie, Calvin, Kyle, Camelia dan Luth. Mereka juga akan sentiasa ada, Nyea."

Nyea menunduk ke bawah. Bunga tulip berwarna keemasan menjadi tatapan mata. Hanya bunga itu sahaja yang tumbuh. Ia jauh berbanding dengan bunga lain di tengah-tengah taman. Bunga itu nampak kesunyian di mata, Nyea. Walaupun, warnanya cantik dan mekar tetapi tidak ada satu pun tumbuhan lain menemani di sisi. Terasa itu diri dia.

Dia mencapai bunga tersebut sebelum cabut dengan penuh berhati-hati. Perlahan dia mengangkat dekat pada muka.

"Aku pelik. Macam mana mereka boleh ingat padahal semua yang ada di Colloseo telah dipadam ingatan?"

"Manalah aku tahu. Tanyalah mereka ...." kelopak bunga tulip dibelek sekejap. Keith memegang dagu dan menjeling ke sisi.

"Nah, ambil ni bunga ros ni. " hulur Keith. Nyea menyambut perlahan." Itu kau dan ni aku. Balik rumah nanti terus tanam tahu?"

"Hidup ke kalau tanam?"

Keith sudah mengaru pipi. "Hidup kut." dia tersengih seperti kerang busuk.

Bibir gadis itu perlahan mula melebar. "Terima kasih Keith. Jadi kawan aku jelah!" Nyea tersenyum menampakan barisan gigi putih. Lelaki itu terdiam melihat Nyea senyum sebegitu rupa. Nyea kembali tersenyum! Dia senyum macam tu?Comel gila!

"Oh, baru kau nak terima aku jadi kawan? Dulu aku nak jadi kawan kau tapi kau tolak! Sombong nak mati!"  kata Keith seraya memuncungkan bibir. Nak buat ala-ala merajuk!

Nyea tergelak kecil, bahu Keith dipukul kuat dari sisi. "Tak perlu buat muka macam tu, Keith! Sumpah tak comel! Bertmbah buruk tahu?" ketawa Nyea semakin kuat, sampaikan dia menekan perut. 

"Kau ni! Nasib aku jenis lelaki baik. Kalau tak memang aku dah terkam!" Dia membuat gaya mahu menerkam. Gadis itu ketawa sambil menghentak kaki.

"Oh, ya? Berani buatlah ... Aku belasah kau nanti," cabar Nyea dengan sisa-sisa tawanya.

"Roar!" terus Keith mengeletek pingang, Nyea.  Terkejut gadis itu dan tidak sempat nak lari. Nyea hanya mampu mengeliat dan berguling-guling dia di atas rumput. Mulut tidak berhenti dari meledakan ketawa, menahan kegelian yang dia tanggung.

"Haahahahaha! Berhentilah bongok!"

"Tidak! tanpa berjanji dengan aku,"

"Hahahahaha! Janji apa pula? Aku tak larat nak ketawa. Tolonglah hentikan!" ujar Nyea lagi dalam keadaan cacing kepanasan.

Keith berhenti lalu meletakan tangan  kiri di tepi kepala Nyea sebelum tangan kanan. Ketawa Nyea semakin surut. Lelaki berambut merah berada di posisi atas. Apabila Nyea membuka mata, terus pipinya membahang. Terasa helaan nafas. Wajah Keith terlalu dekat dan anak mata merah tepat memandang mata dia. Pandangan Keith mendalam! Nyea mula rasa gugup. Air liur diteguk laju.

"Keith? Ja ... jan ... janji apa?"

Tangan diletakan atas kepala Nyea. Gadis itu kaku. "Jangan menangis lagi kerana benda remeh lepas ni, boleh?" bisiknya perlahan.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now