70. PERANG : LELAKI BERJUBAH HITAM.

4.5K 383 25
                                    

Pedang terpacak di dada musuh lalu dia menarik balik. Dia melibas pula pedang ke sisi. Habis musuh rebah ke tanah. Keith berdiri di atas kuda. Sayap hitam terpancar keluar dari belakang.

Hanya dia yang tinggal di situ. Pasukannya banyak yang telah terkorban akibat letupan anak panah sebentar tadi. Pasukan Kyle dan Calvin pun sama. Sekarang ini dia menunggu Luth dan Camelia memberi bantuan.

Keith terbang lalu hinggap di atas kepala musuh. Dia menujah kaki ke atas. Kaki kanannya pula menghayun kuat mengenai kepala! Tentera manusia itu tercampak mengenai yang lain. Mereka rebah ke tanah.

Kemudian dia terbang ke udara. Peluh yang menitis-nitis dia biarkan sahaja. Dia memusingkan tubuh ke sisi seraya melibas pedang. Keith mendarat kemas. Musuh-musuh mengepung. Lelaki itu tersenyum sinis.

Pedang dibawa ke sisi. Sepantas kilat dia terbang sambil menghayun pedang. Setelah memastikan semuanya tumpas, Keith menjejakan kaki ke tanah.

"Ah, lambatnya Luth!" Dia mengumam perlahan. Tidak sampai sesaat dia kembali dikepung!

Bam!

Keith jatuh tertiarap. Jaring berat menimpa tubuhnya. Dia cuba melepaskan diri tetapi renjatan elektrik meresap ke dalam kulit! Keith mengeliat sakit! Kulitnya seakan dibakar dan dipangang!

"Argh! Aku tak boleh mati!" dia terkapai-kapai dalam jaring. Elektrik semakin kuat dia rasakan! Bagaikan cacing kepanasan dia mengeletis. Dia terperangkap di situ dan musuh mula mengerumuni, Keith.

Pada masa yang sama, tentera manusia yang mengerumuni Keith tiba-tiba ditembak dengan cahaya hijau kemudian api hijau marak menjamah tubuh mereka!

"Maaf, lambat!" ujar Camelia menghela nafas lega. Dia bergegas mendapatkan Keith. Baru sahaja dia menyentuh sikit jaring, dia menarik tangannya kembali.

"Kau tak boleh sentuh."

"Elektrik? Oh sekejap." terus dia meletakan hujung tongkat magis di atas jaring tersebut. Jaring itu terapung sebelum lenyap ke udara.

Bunyi lembing melepaskan tembakan tidak putus-putus kedengaran. Camelia menolong Keith untuk bangun. Setiap kali musuh mendekati, pasti musuh ditembak oleh tentera pari-pari.

"Terima kasih. Kyle macam mana?" Keith membongkok seraya mengutip pedang miliknya.

"Kyle bersama, Luth." balasnya sambil menujah lembing ke depan. Cahaya hijau memancar mengenai dada musuh sekaligus hangus dijilat api!

LESSIE berhenti dari menembak. Bibir digigit perlahan seraya mata menghala ke bawah. Anak rambut dia tolak ke belakang. Dia melepaskan keluhan berat. Perang. Ditambah lagi dengan cuaca yang amat sejuk! Namun itu bukanlah penghalang bagi mereka. Perang tetap perang. Lilith masih lagi menembak musuh sedangkan dia tahu itu hanya sia-sia.

"Tak ada guna kita serang." Lessie berkata tanpa memandang kembarnya.

"Hmm ... kalau macam itu."

"Kita nak buat apa?"

Lilith mendiamkan diri beberapa saat. Mata mencerlung ke bawah. Dari atas dia melihat Luth dan Kyle sedang bertarung. Kemudian matanya bergerak naik dan tertumpu pada belah kiri. Calvin dan beberapa tentera pari-pari yang tinggal juga sedang memerah tenaga untuk melawan. Akhir sekali barulah dia menumpukan perhatian kepada Keith dan Camelia.

"Dengar sini, kau dan separuh tentera kita bantu Calvin. Manusia berjubah itu biar aku yang uruskan." terang Lilith sambil jarinya menunjuk ke bawah.

"Aku tak setuju kau pergi. Aku rasa ... tak sedap hati." Lessie menarik tangan Lilith. Genggam kuat seperti tidak bagi lepas.

"Ah, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Aku akan okay." Lilith tersenyum. Ikatan rambut gaya ekor kuda diperkemaskan lagi. Tongkat magis disimpan.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now