21. KENAPA DENGAN MEREKA?

5.9K 484 42
                                    

   Dia duduk meningung disebalik semak-samun. Di hadapan mata, rumah mewah tiga tingkat bak istana tersergam indah. Ia bukan istana tetapi serupa macam istana. Sungguh besar berbanding rumah yang lain!

Matanya meliar memerhati ke seluruh kawasan. Tangannya kadangkala menampar lengan kerana ada seranga yang hinggap. Dia memeluk tubuh menahan dingin angin malam. Dia menoleh ke sisi, mencari kelibat seseorang. Bulan pada malam itu sangat malap dilitupi awan.

"Mana, Anne?" bisiknya perlahan apabila didapati ahlinya tidak cukup. Kedudukan Dellson di belakang sedikit, dia membetulkan kaca mata yang dipakai seraya mengangkat bahu.

"Ada dekat belakang." Jari telunjuk ditunding ke belakang tanpa berpaling. Harez mengikuti arah yang ditunjuk. Sebatang pokok besar menjadi tatapan mata.

"Anne, what are you doing! Kau turun," Ujar Harez menahan nada suara. Anne tersengih sumbing.

"Dah dari tadi kau asyik duduk dekat situ je. Tak bergerak langsung. Lebih baik aku bertindak." bisik Anne. Dia duduk mengkangkang dan kaki terjuntai ke bawah pada atas dahan. Kepala dipaling ke hadapan. Tingkap bilik tingkat dua dipandang.

"Anne! Turun,"bisik, Dellson. Pantas Anne meletakan jari telunjuk pada bibirnya sebagai syarat untuk senyap. Mata Anne tertumpu pada tingkap dan gadis berambut merah jambu melintasi tingkap tersebut. Kelihatan gadis itu dalam keadaan tuala melilit pada tubuh.

"Anne apa kau nampak?" Harez berjalan perlahan tanpa mengeluarkan bunyi, lagaknya seperti pencuri. Dia mencangkung di bawah pokok di mana Anne berada.

"Ah, Harez ... tunggu ... tunggu ... Kau jangan panjat." larang Anne dengan nada perlahan. Harez sudah pun membuat aksi mahu memanajat pokok. Dia terhenti sesaat.

"Kenapa? Ada apa?" soal Dellson tetiba muncul di sebelah Harez yang menggaru kepala. Anne sekali lagi membuat isyarat supaya tidak buat bising.

"Anne, apa kau nampak?" Soal Harez seraya cuba memanjat pokok. Gadis itu menunduk ke bawah. Kelam kabut dia tidak bagi Harez dan Dellson memanjat pokok.

"Jangan! Jangan panjat!" dia kelam-kabut mahu berdiri dan tidak semena-mena kaki kanan berpijak di atas angin. Anne meneguk air liur dan dia jatuh menjunam ke bawah, sempat dia menarik baju Harez. Lelaki itu juga menjejaki langkah Anne serta Dellson tercegat di bawah menjadi mangsa.

Bam!

Puk!

"Argh!" jeritan terlepas dari mulut Dellson tanpa sengaja. Dua beban di atas badannya sungguh berat seperti batu yang menimpa. Dia jatuh tertiarap dan tergapai-gapai di bawah. "Pingang aku! Sakit! Bangunlah!"

"Weyh, diamlah!" marah Anne seraya menekup mulut Dellson.

"Kau pon sama," serentak itu Harez menyiku kepala Anne dari sisi dan gadis itu hanya menayangkan muka bengang. Maka berlakulah pergaduhan kecil diantara mereka bertiga. Bergoyang semak-samaun dibuatnya!

Bunyi tingkap dibuka kasar dari atas membuatkan mereka terdiam "Siapa tu?" pekik suara seseorang. Mereka bertiga membantukan diri di sebalik semak-samun. Masing-masing menekup mulut. Anne mengosok hidung yang gatal.

"Kalau kau penceroboh, aku akan bunuh kau!"

"Aaaa ...." serentak Harez dan Dellson memandang Anne yang sudah tergangga mahu bersin. Mereka kelam-kabut menutup mulut Anne.

"Baik keluar sekarang! kalau aku dapat ...."

"Ameow! Ameow!"

"Oh, kucing? Hmm ...." gadis berambut merah jambu kembali menutup cermin tingkap. Harez dan Dellson menghela nafas lega. Terpaksa buat bunyi kucing kerana tidak mahu tertangkap!

"Sorry, aku alahan dekat bunga ni." Anne tersenyum hingga menampakan gigi putih. Tangan menunjuk lurus pada bunga berwarna putih.

"AUNTY, apa ni?" Nyea mencebikan bibir sebelum mengelap perlahan dengan mengunakan belakang tapak tangan. Air liur diteguk perlahan. Muka berubah menjadi masam.

"Posyen. Sedap tak?"

"Wek! Boleh tak jangan buat benda yang pelik?" Nyea menjelirkan lidah. Posyen kali ini terasa lain berbanding dengan sebelum ini. Lebih pekat dan likat! Dia hampir tak dapat menelan sebentar tadi. Ia tersangkut pada kerongkong! Kyra membalas demgan senyuman sumbing.

"Kamu tahu tak? Kamu dalam bahaya jika tak minum? Sayap kamu sudah berubah."

"Hmm ...." Nyea memgemam bibir lalu menunduk ke bawah. Tangan bermain jari. Makanan ditepi  dibiarkan menjadi sejuk. Kyra mengangkat tangan lalu mengusap kepala Nyea.

"Kamu ingat apa yang berlaku?" soalnya lembut. Nyea diam buat seketika sebelum mengangkat muka.

"Ingat ... Nyea dalam keadaan sedar. Cuma tak mampu buat apa-apa. Kenapa aunty?"  balasnya sambil menyandarkan kepala pada dinding beralaskan bantal.

"Kamu ... Tak macam pari-pari lain."

"Ha?"

"Kamu pelik! Hahahaha!"

Kyra tertawa besar, tangan menepuk-nepuk tangan terus gadis itu menarik muka masam tanda tidak berpuas hati. Ingat lawak!

Pelik? Apa yang pelik? Dia tengok diri dia biasa saja, macam pari-pari lain. Ada kaki, tangan, mata, hidung dan sebagainya. Sempurna apa? Cantik pulak tu. Tak ada cacat cela pun.

Ketawa Kyra semakin reda. Nyea masih kekal dengan muka tidak puas hati. Dalam hatinya tidak henti mengutuk-gutuk, Kyra! Nasib itu penjaga dia kalau tak memang dah kena!

"Kamu nak pergi akademi ke besok?" ujar Kyra seraya mendekatkan muka. Rahang Nyea dipengang perlahan lalu dipalingkan ke sisi. Dia menelek beberapa kali wajah Nyea. Gadis itu hanya membiarkan.

"Nyea dah okay, besok dah boleh pergi akademi."

"Oh, sebelum itu, kamu kena bawa posyen sekali. Kalau ada apa-apa tak adalah susah nanti. Pipi kamu ni ...." Kyra mencucuk kasar pipi Nyea.

"Apa ni? Suka hati makcik je main cucuk pipi, Nyea!" Mengekek Kyra ketawa apabila Nyea naik angin.

SEAWAL pagi buta lagi, dia sudah jejakan kaki ke akademi. Entah mimpi apa sampaikan dia boleh bangun awal sebegini. Selalu padah liat mahu bangun!

Nyea duduk di dalam kelas seorang diri. Sebelah tangan menongkat dagu manakala sebelah lagi mengetuk-gentuk meja kayu. Sesekali dia menguap perlahan. Nak tidur nanti ... terlebih tidur pula.

Satu persatu pelajar kelasnya masuk melepasi pintu. Nyea hanya duduk menanti dua ekor sahabatnya masuk ke situ. Lama juga dia tunggu sampaikan naik bosan! Dia beralih posisi menyandar pada kerusi. Kaki disilangkan.

"Hi, Nyea ... awal sampai! Aku dengar kau tak sihat?" Aron menegur di muka pintu. Dia berjalan ke tempatnya lalu menarik kerusi sebelum melabuhkan pungung. Nyea membalas dengan senyuman manis.

"Ha'ah ...  Demam. Aron, kau ada nampak Fyira dan Violet? Mana mereka?"

"Ada ... Kejap lagi dia masuklah tu."

Tidak lama kemudian, dia mendengar suara seseorang sedang ketawa sakan.  Suara macam kenal! Lantas  Nyea memalingkan muka, Fyira dan Violet  sedang bergurau senda turut menghentikan langkah apabila melihat kehadiran, Nyea. Mereka bertentangan mata beberapa saat.

"Hi, Violet? Fyira? Rindu aku?" tegur Nyea sambil menyimpulkan senyuman manis bak gula-gula. Dua sahabatnya saling berbalas pandangan. Mereka tidak membalas teguran Nyea malah buat tidak edah, seolah-olah tidak nampak!

Anak matanya tidak lepas dari memandang Violet sebelum beralih pada Fyira. Gadis itu berjalan tanpa memandangnya langsung! Nyea mula rasa pelik. Selalu sebelum duduk Fyira akan berhenti dan berbual- bual tetapi sekarang? Pandang pon tak mahu! Kenapa dengan mereka?

Hohoho! Saya ucapkan selamat berpuasa semua🎉🎉
Isnin ni saya ada temuduga, ujian medsi. Jadi doakan saya supaya berjaya ya!😆💕









Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now