32. SAYANG KYRA TERHADAP NYEA.

5.4K 456 8
                                    

Satu tamparan melekap di pipi. Muka terpaling ke sisi. Dia menunduk ke bawah seraya msngusap pipi yang kian perit. Gadis dihadapannya tercegat tanpa sebarang suara.

"Macam mana kau jaga dia!" tengking Kyra setelah lama berdiam diri. Mata dijengkilkan. Dada berombak menarik nafas. Gigi diketap kuat. Kulit muka bertukar menjadi merah padam!

"Maaf ... Ini salah aku." balas Harez perlahan.

Keith terkedu mendengar kata maaf meniti dari bibir Harez. Padahal ini salah Keith. Salah dia kerana Nyea itu tanggungjawabnya. Mahu masuk campur ... Dia tidak berani kerana situasi sungguh tegang.

Ahli Elite juga turut berada di situ, mereka memencilkan diri. Tidak berani setelah melihat Kyra naik angin.

"God, aku tak patut beri kebenaran pada dia!" Kyra melepaskan tumbukan pada dinding sebelahnya. Berlubang dan retak dek tumbukan tersebut! Masing-masing meneguk air liur.

Garang! Nampak saja lembut tetapi beginilah perangai dia. Tak tahulah bagaimana Nyea boleh hidup dengan Kyra selama ini.

"Kyra ... sa ... Sabar dulu." Anne menegelabah mahu menenagkan keadaan. Dia rasakan suasana menjadi tegang. Namun usahanya tidak diedahkan langsung.

Kyra menoleh, dia menerpa secara tiba-tiba ke arah Harez lalu mengengam erat baju . Dia merentap Harez ke depan. Kaki menonjet sedikit, bagi menyamai ketinggian Harez. Maklumlah, lelaki tinggi.

"Aku nak kau cari dia sampai dapat. Jika dia luka atau calar sikit pun ... Siap kau!" Kyra memberi amaran keras. Harez berlagak tenang membalas renungan tajam,Kyra. Langsung tidak gentar dengan ugutan tersebut.

"Sayang betul kau dekat dia."

"Sudah tentulah, bodoh! Aku jaga dia dari kecil. Dia nakal aku yang bantai! Dia sakit aku yang rawat! Dan ... Bila dia sedih aku yang menemani ... Dia menangis ... Aku yang pujuk!" mata Kyra mula berkaca-kaca. Empangan air mata mahu jatuh tetapi dia tahan.

"Jangalah risau. Kami akan cari dia sampai dapat. Aku yakin dia hidup dan selamat." Celah Dellson seraya mendekati. Tangan Kyra mengenggam baju Harez dipegang sebelum meleraikan.

"Aku janji akan bawa dia pulang nanti."

Pandangan tajam Kyra dibalas dengan senyuman manis, Harez. Perempuan itu menarik muka masam. Jari menyeka air mata yang mahu tumpah.

Senyuman Harez begitu memang jarang diberikan kepada sesiapa. Jika dia buat, orang yang lihat dikira untung! Senyuman yang mampu mencairkan hati wanita ....

Mata Camelia pula tidak berkelip. Lilith dan Lesie terkaku. Manakala Anne cuba berlagak biasa. Kyle, dan Calvin berbalas pandangan. Walau pun begitu, hati Kyra tetap keras seperti batu!

"Dalam hal ini, sebenarnya saya yang salah." Keith mengosok belakang leher. Dia memberanikan diri untuk melontar suara. Kyra menjeling dari sisi.

"Pergi cari dia ... Jangan datang sini selagi tak jumpa!" marah Kyra. Jari menunjuk lurus ke arah pintu. Dia tidak melepaskan pandangan pada pintu tatkala mereka semua bergerak keluar.

"Anne ... Stay with me ...." Kyra berkata dengan nada perlahan. Anne menghentikan langkah lalu memusingkan badan. Kyra sudah duduk di atas sofa.

"Yeah, aku boleh temankan kau, jika mahu." senyuman kelat diukirkan. Anne melabuhkan punggung disebelah, Kyra.

"Aku risau."

"Ya, aku faham. Kau penjaga dia bukan?"

Kyra menunduk ke bawah. Siku diletakan pada lutut lalu mengurut perlahan dahi. Risau dia dengan kehilangan, Nyea.

"Penjaga bukan sekadar penjaga. Aku sudah sayang dia macam ahli keluarga sendiri. Aku tak ada keluarga lain, Anne." cecair jernih menitis jatuh tanpa dia sedar.

Ya, dia terlalu sayangkan, Nyea! Apa-apa terjadi nanti dia sukar untuk memaafkan dirinya sendiri! Anne memberi pandangan sayu. Tangan melingkar ke bahu Kyra, perlahan dia memeluk.

"Aku temankan kau."

"Terima kasih, Anne."

DIA menghirup udara perlahan. Rambut beralun lembut tatkala dibelai angin. Dia duduk memeluk lutut bersendirian di bawah pokok. Di bawah cahaya bulan biru, terpancar rambut kuning miliknya.

Sayap sebelah putih dan hitam muncul secara tiba-tiba tanpa diseru. Ia melebar besar. Nyea hanya membiarkan lepas. Kesan posyen semakin hilang. Sudah tiba masa untuk minum posyen tetapi ia tertinggal dalam beg pula.

Biarlah, di sini tiada siapa yang marah. Di sini tiada siapa yang menghalang dan dia tidak perlu bersembunyi lagi. Dia bebas tanpa penghalang. Berbeza di sana sudah tentu dia dilarang oleh Kyra. Nyea agak mesti Kyra risau gila!

Pandangan tertacap pada beberapa buah khemah. Apa yang dia nampak, keadaan dunia ini sudah berubah. Geografi, bulan dan suasana di situ sungguh berbeza dan tidak sama semasa kali pertama dia datang ke sini.

"Oh, wow ... Berapa lama aku tinggalkan dunia ni? Semuanya sudah berubah." omelnya bersendirian. Rumput bertukar menjadi kering. Tidak kurang juga dedaun pokok semuanya berwarna coklat. Semuanya hilang seri.

Rambut diselitkan ke cuping telinga. Dia menghela nafas seraya meletakan dagu ke lutut. Mata dipejam sekejap.

Dia tertanya-tanya, dimanakah Irene? Jujur dia katakan yang dia sungguh rindu! Kata mereka Irene hilang? Sukar dia hendak dipercayai! Jawapan mereka membuatkan Nyea tidak berpuas hati.

Desiran pasir kedengaran halus ditelinga, telah menganggu Nyea. Kepala ditoleh ke belakang seraya mengerutkan dahi. Namun begitu, tidak ada apa-apa pun di situ. Bahu diangkat, memalingkan kembali muka ke depan. Sayap disimpan kembali.

Erina, Alice, Rena dan Ryan sudah keluar. Katanya mereka ada kerja yang perlu dibuat. Dia mahu ikut tadi tetapi semua menghalang keras!

Sedang Nyea termenung jauh. Sepasang tangan secara tiba-tiba menekup kuat mulutnya. Dia tersentak lalu meronta-ronta. Lengan kasar memeluk erat lehernya. Nyea dilanda perasaan takut, dia hampir tercekik!

"Well, ini ahli baru pemberontak ke?" bisik suara garau. Nyea menjadi bertambah takut. Suara itu sungguh seram di telinganya!

"Mari bunuh dia! Hapuskan pemberontak!"

Seorang lelaki muncul dihadapan Nyea sambil membawa sebilah pedang. Mata Nyea membulat! Dia terkedu buat seketika. Dari sinaran bulan, dapat dia melihat lelaki itu mempunyai parut di bahagian mata kiri.

Nyea meronta-ronta dan cuba melawan tetapi dia tidak sekuat tenaga lelaki dewasa. Mahu menjerit juga? Mulut telah ditekup kuat, tak ada guna bersuara tetapi tidak keluar!

Lelaki berparut menghampiri sambil mengheret pedang di atas tanah. Terlakar garis panjang di situ. Hal ini membuatkan Nyea semakin takut! Rasa mahu menangis pun ada ketika ini. Nyawanya kini bagai telur di hujung tanduk!

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now