16. HATI TISU

6.3K 497 24
                                    


Kaki menampak perlahan ke dalam rumah sebaik saja melepasi pintu. Bunyi dentam dentum dari dapur tidak dihiraukan malah tidak memandang langsung. Kali ini entah apa yang di masak oleh Kyra tidak dihiraukan. Biasanya dia sudah menjenguk paling kurang pun menyergah.

Anak tangga didaki laju. Riben merah tersemat pada leher dilerai dengan kasar. Badan dihumban ke atas katil. Anak patung beruang sebesarnya dicapai lalu memeluk erat.

Kata-kata Victoria bermain-main difikiran.

"Anak terbuang! Tak ada ibu bapa! Kurang kasih sayang!"

Bibir dikemam. Patung beruang didakap erat dan bergolek ke sisi. Sedih bila perempuan itu cakap macam itu. Apa ingat tak ada perasaan ke? Nampak saja Nyea ni berperangai kasar tetapi hati? Hati tisu weyh!

"Eh, bila kamu balik?" suara Kyra kedengaran dari pintu. Nyea tidak menjawab. Dia hanya menekup muka dengan anak patung beruangnya. Kyra mendekati lalu melabuhkan punggung di birai katil.

"Kenapa dengan kamu ni Nyea?" Tangan Nyea dicapai tetapi direntap kembali oleh Nyea. Kyra mengerutkan dahi. 'Dah kenapa budak ni buat perangai macam ni?'

Nafas ditarik dalam sebelum menghembus perlahan "Nyea ...." panggilnya lembut. Nyea bergolek ke kanan. Eh budak ni!

Sedar tidak sedar dia jatuh dari katil. Berdentum bunyinya bagai bunyi bom! Kyra sudah tersengih sumbing."Kamu okay ke?"

Beberapa saat Nyea senyap"Huwaa!" dia meraung secara tiba-tiba. Kelam-kabut Kyra merangkak di atas katil. Nyea sudah duduk terkangkang sambil memeluk patung. Air mata mengalir deras ke pipinya dan hidung bertukar menjadi warna merah kemerahan. Membutang mata Kyra melihat. Nyea tidak pernah menagis seteruk ini!

"Kamu sakit ke? Dekat mana? Ada luka ke? Mari sini duduk atas katil." mengelabah Kyra dibuatnya. Perlahan Nyea bangkit. Sambil teresak-esak dia naik ke atas katil lalu meletak kepala di atas riba Kyra sebelum melingkarkan tangan ke pingang. Wanita itu hanya terdiam.

"Kenapa ni? Kamu ada masalah? Kalau ada ceritalah dekat aunty." pujuk Kyra lembut. Rambut Nyea dibelai perlahan.

"Perempuan itu kata Nyea anak terbuang," raungnya sambil tersedu-sedu dipangkuan Kyra. Habis baju Kyra basah dek air mata dan hingus menghijau segar. Relakan jelah.

"Siapa cakap?"

"Ada ..."

Kyra menghela nafas berat "Nyea, tolong jangan dengar apa pari-pari lain nak kata. Tolong pekakan telinga. Apa yang mereka cakap tu tak benar. Jika  Nyea percaya, hati yang sakit. Pedulikan apa yang dia nak kata. Nyea bukan anak terbuang."

Kepala diangkat." Betul ke? Tapi mana mereka? Kenapa aunty yang jaga Nyea?" soalan maut ditembak mengenai Kyra. Dia hanya mampu menyimpulkan senyuman kelat.

"Mereka ada perkara yang hendak dibuat. Sudah, ni air mata lap dan tukar pakaian kamu ni. Lepas itu turun bawah. Kita makan sama-sama. Aunty tunggu tau! Jangan pula kamu tidur!" pesan Kyra sambil mengusap kepala Nyea.

"Hmm ...." angguk Nyea sambil mengelap air mata. Dia tidak mahu menyoal banyak lagi.

Riben merah diikat  sambil dia berjalan laju. Dia berjalan sehingga tidak tengok pari-pari yang lain. Ada yang dilanggar dan ada yang terlanggar. Peduli apa dia paling penting dia sudah lambat! Satu kelas dia sudah terlepas! Apa lagi? Ini kes bangun lambat! 

Semasa waktu rehat masa pertama, dia tidak pergi ke kelab Elite. Nyea hanya duduk melepak bersama Violet dan Fyira di Cafe. Apabila terserempak dengan Victoria pandangan membunuh diberikan seikhlas hatinya. Benci betul Nyea kepada Victoria. Perempuan itu hanya tersenyum mengejek.

Setelah habis waktu belajar, Nyea terus pergi ke bilik kelab. Sesampai sahaja semua sudah berada di situ. Calvin dan Kyle sedang bermain catur. Lesie dan Camelia duduk di tepi tinggkap sambil berbual rancak. Manakala Lilith berada di dapur membancuh air serta Luth hanya duduk dimeja menelah buku. Mereka tidak perasan kedatangannya disitu.

Mata Nyea meliar mencari kelibat seseorang. Pandangan terhenti pada lelaki yang duduk pada sofa untuk dua orang dipenjuru bilik. Nyea mengorak langkah lalu melabuhkan pungung di sebelah Keith yang enak dibuai mimpi. Nyea menyandarkan kepala pada sofa empuk. Baru melelapkan mata, seseorang telah menegur.

"Nyea, baru sampai ke?" Lilith tercegat dihadapanya sambil memegang secawan air. Nyea kembali membuka mata.

"Ya, penatlah Lilith."

"Nah, minumlah sikit." hulur Lilith. Nyea menyambut perlahan. Susu panas dihirup sikit. Kemudian dia beri kembali kepada Lilith.

"Terima kasih. Aku nak tidur sekejap, Lilith. Apa-apa nanti kejutkan aku."ujar Nyea. Kepala disandarkan. Mata dipejam rapat. Lilith hanya tersenyum sebelum beredar.

Tak sampai beberapa saat. Dia tidak dapat melelapkan mata padahal dia sudah mengantuk! Mata dicelikan lalu memandang wajah Keith. Lelaki itu tidur tersandar pada sofa. Sungguh nyenyak. Nak kacau? Tak sampai hati. Penat agaknya. Lama dia merenung.

Tiba-tiba Nyea meletakan kepala di atas bahu Keith. Mata dipejam rapat, nafas ditarik dalam . Bau minyak wangi lelaki yang dipakai Keith terasa menengkan pula. Cap apa dia pakai? Sedar tak sedar Nyea terlelap.

VICTORIA duduk di atas kerusi kayu. Kakinya menyilang. Rambut merah jambu disisir. Pari-pari lain sudah berangkat pulang. Dia hanya sedang menunggu Juvia, dan Julia yang pergi ke tandas. Sudah menjadi kebiasaan, mereka pulang bersama kerana rumah mereka dekat saja.

"Fuh, lega ...." ujar Julia yang tiba disitu.

"Mana akak kau?"

"Ada. Dekat belakang," serentak itu, Juvia muncul bersama senyuman.

"Juvia, Julia ... mari sini jap." panggil Victoria.

"What?" Juvia menyoal.

"Aku nak cari kelemahan Nyea atau rahsia besar dia ke atau apa-apa jelah."

"Tak ada masalah, aku dan adik aku ni akan tolong cari!"

"Good!" Victoria memalingkan muka apabila terasa dua orang musuhnya lalu melintasi mereka. Senyuman sinis terukir dibibirnya sebaik melihat Violet dan Fyira berjalan beriringan. "Hey, Nyea tak ada ke?"

Langkah Violet dan Fyira berhenti lalu memusingkan badan. Kening Violet dijongket ke atas. " Kau buta ke apa? Tengoklah ada ke tak Nyea ni?" balas Violet. Fyira hanya mengeleng.

"Ish, korang dengan dia sama je!"

"Yep! Kami sahabat sudah tentulah sama perangai."

"Nah, what ever!  Mana dia? Dia sudah balik dulu atau ... Sedang berlatih dekat Colloseo?"

"Taklah ... Dia pergi kelab Elite. Lepak dengan Calvin dan lain-lain." Fyira bersuara untuk membakar Victoria.

Mata Victoria bertukar tajam. Dia menarik muka masam tidak lama kemudian dia nenyimpulkan senyuman "Oh, tengoklah ... Lama-lama nanti mesti dia tinggalkan kau berdua. Inilah buktinya kau orang tinggal berdua. Dia dah jumpa kawan baru."

"Nyea bukan jenis macam itulah!" cantas Violet.

"Ya ke? "

"Tolonglah Victoria jangan nak hasut kami. Kami kenal dia, dan dia tak akan buat macam tu nanti!" bidas Fyira.

"Yalah ... Yalah .... Juvia, Julia jom kita balik. Semak pula mata ni tengok!" Mereka bertiga angkat kaki untuk pulang sambil tergelak kecil. Sayap dijelmakan tetapi Violet memekik tetiba.

"Aku tak sabar nak tengok kau kena belasah dengan Nyea!" dan dua biji batu hinggap dikepala Victoria. Terhinjut bahunya menahan sakit lantas muka dipaling ke belakang. Kelibat dua ekor Si pembaling batu sudah lesap dari situ.

"Argh! Siap kau!"


























Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now