7.HAREZ

7.4K 540 39
                                    

Gelak tawa seseorang menerjah masuk ke dalam saluran deria pendengarannya. Kepala Nyea berdenyut-denyut sakit! Dia memalingkan muka didapati gadis berambut merah jambu sedang ketawa terbahak-bahak. Wah, bukan main seronok dia gelak. Eh, sakit pula hati ini!

Nyea mengosok kepala yang sakit kerana dihentam batu. Agak dari manalah Victoria ni rembat! Dia mendengus kegeraman lalu memandang Fyira. Tongkat milik Fyira dirampas kasar.

"Kau nak buat apa?"

"Pinjam kejap!"

Tongkat magis di halakan kepada Victoria. Mata dipejam rapat sebelum kilauan cahaya emas keluar, serentak itu hidung Victoria berubah bentuk. Nyea tersengih sumbing apabila Victoria tidak sedar. Pelajar-pelajar lain sudah mengekek ketawa, ada juga yang menahan gelak!

"Haha...Krok...krok...haha...krok...Krok...Aih,lawak betullah! Krok...krok...."

Victoria ketawa sambil matanya meliar melihat semua pelajar. Gadis berambut merah jambu tiba-tiba dilanda pelik. Tawanya termati. 'Kenapa semua tengok dia? ada apa-apa ke? Ha? ke aku cantik sangat?'

"Hey, Juvia? kenapa kau gelak? Krok...." Soalnya pelik.

Pipi Juvia sudah merah-kemerahan kerana ketawa. Victoria mengerut dahi apabila terpandangkan Julia menekup mulut. Juvia tidak menjawab tetapi jari telunjuknya menunjuk lurus ke arah muka, Victoria.

"Padan muka kau, Victoria!"

Nyea tersenyum mengejek. Fyira ketawa sambil menepuk-nepuk belakang Nyea. Mendengar ayat Nyea, terus wajah Victoria berubah. Tangan meraba-raba naik ke muka. Dia merasakan sesuatu yang aneh pada mukanya. Matanya menjuling melihat hidungnya.

"Kroh...kroh...Argh! Hidung babi hutan? " Victoria menjerit nyaring. Pantas hidung ditekup.

Suasana bertukar menjadi gamat. Pelajar-pelajar yang lain makin galak ketawa. Mereka gelak tidak henti-henti termasuklah Nyea!

"Apa yang kelakar sangat ni?"

Satu suara tegas menegur. Suasana yang bising bertukar menjadi sunyi dan sepi. Lelaki berpakaian segak melangkah masuk. Anak mata biru tajam memerhatikan setiap pelajarnya.

"Tugasan saya sudah siap?" soalnya.

Semua pelajar menunduk ke bawah. Takut! Harez seorang yang tegas. Dia dingin dan susah untuk senyum. Harez baru sahaja mengajar di akademi sejak sebulan yang lalu.

"Hmm...anggap sahaja itu sebagai kerja rumah. Esok pastikan siap! faham?"

"F-faham...."balas pelajar dengan serentak.

"Bersurai! Victoria tunggu dulu dan kamu jangan nak lari Nyea...." tuturnya mendatar.

Baju  Nyea ditarik dari belakang. Langkah gadis itu terus berhenti. Alamak, kantoi! ingatkan dapat larilah tadi. Nyea memusingkan badan menghadap Harez.

"Minta maaf, dengan Victoria."

Nyea menggaru pipi. Wajah Victoria dijeling sekilas. Harez menyilangkan tangan ke dada, menanti kata maaf dari, Nyea.

"Tapi dia mula dulu...."

Nyea mengeleng kepala. Wah, banyak lemak nampak? sekarang ni siapa yang mula dulu dialah yang kena minta maaf!

"Tapi..."

"Apa tapi? tapi? saya tak kira. Bila saya suruh awak kena buat!"

Harez membidas laju. Nyea terdiam seribu bahasa. Manakala Victoria melebarkan senyuman hingga ke telinga. Ha, suka! suka!

"Sorry...." Ucap Nyea tidak ikhlas.

"Good girl. Then, tukar hidung babi hutan ni kepada yang asal."

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now