31. BERULANG KEMBALI.

5.4K 464 29
                                    

KEITH, berjalan ke hulu hilir. Rambut merah diramas mengunakan tangan kanan. Riak wajah jelas yang dia amat risau akan Nyea.Semua pari-pari telah di arahkan untuk mencari namun hasilnya buntu.

Dia yakin Nyea masih hidup. Ya, dia hidup! Dia cuma hilang dari sini. Namanya dipanggil membuatkan dia berpaling ke belakang.

"Harez ...."

"Yeah ... Macam mana boleh jadi?" dia menyoal dengan nada serius. Keith menegur air liur. Pipi digaru perlahan.

"Hmm ... Nyea hilang, kami tak jumpa dia." balasnya perlahan.

"Macam mana kau jaga dia?" Harez menyilangkan tangan ke dada. Dia cuba berlagak tenang.

"Violet berlari mendapatkan kami. Dia beritahu yang Fyira lemas dan Nyea ada di sini. Kami hanya berjaya jumpa Fyira sahaja."

Harez mendiamkan diri mendengar cerita ringkas Keith. Lama dia berkeadaan begitu. Setelah itu dia berjalan mendekati Dellson, Calvin dan kumpulan Elite yang lain, sedang berkumpul.

"Calvin, kita semua balik saja. Besok kamu semua kumpulan Elite jumpa saya. Kita bincang hal ini." Harez memberi kata putus buat mereka. Masing-masing tidak percaya dengan ayat meluncur keluar dari mulutnya. Tinggalkan Nyea macam itu?

"Mana boleh! Kita cari Nyea juga!" pekik Fyira dari belakang. Gadis itu tiba-tiba berlari lalu menarik baju Harez. Air mata menitis menuruni pipi. Gigi diketap geram.

"Fyira ... bertenang! Dia tenaga pengajar kita. Kawal diri." Lesie memegang bahu Fyira. Gadis itu menepis kuat. Lesie berganjak ke belakang.

"Ish, dia ni!"

"Tak apa Lesie."  Harez mengangkat tangan lalu menetak leher Fyira.

Gadis berambut pendek tersentak dan terus pengsan. Sejak dari tadi Fyira berkelakuan begitu. Mendesak supaya cari Nyea sampai jumpa.

"Betul ke kita balik tanpa Nyea?" Calvin menyoal inginkan kepastian. Harez menganguk perlahan. Keith, dipandang sekilas sebelum beralih pada yang lain. Lilith dan Lesie sudah beredar membawa Fyira ke khemah.

    RUANG pernafasan terasa sempit bagai tiada jalan. Permukaan air kian tiba. Tetapi ada satu kuasa mahu menarik kakinya dari bawah. Dia tersentak lalu menunduk ke bawah. Mata terbeliak! Perasaan takut dan cemas kini menyerang dirinya lagi!

Cepat-cepat dia berenang naik ke atas. Dakapan Fyira dieratkan lagi supaya tidak terlepas. Kaget dia rasakan. Fikiran mengimbas kembali kejadian sebelum ini.  Situasi seakan sama!

       Cuma, waktu dia berusia lima tahun ... Nyea bermain-main ditepi sungai. Dia berlari dan bermain seorang diri . Hidupnya dulu kesunyian tidak ada pari-pari yang mahu berkawan dengannya. Hanya disebabkan sayap terlalu besar berbanding kanak-kanak lain, mereka takut! Sadis bukan?

Jadi setiap petang dia akan ke hutan Voorse. Bermain ditepi sungai, menangkap ikan dan bermain air. Entah macam mana dia tersilap langkah, dia jatuh ke dalam sungai bahagian dalam kemudian ada sesuatu yang menyedut dia ke bawah. Ketika itu dia bergelut dan akhirnya dia terkulai lemah.

Air tertelan masuk dari mulut, membuatkan Nyea tersentak. Dia tercunggap seketika. Lekas dia naik ke atas, saki baki tenaga digunakan sehabis mungkin!

Permukaan semakin hampir. Sekali lagi kakinya seperti ditarik! Dia direntap ke bawah. Nyea bertambah tidak keruan. Hatinya direndung rasa tidak enak. Dia cuba melawan kuasa tersebut dan berenang ke atas.

'Ah, aku tak mampu untuk sampai ke atas lagi!'

Desis Nyea dalam hati. Dia berpaling ke sisi. Ada seseorang terjun dari atas! Tapi dia tidak tahu itu siapa. Dikala kakinya direntap kuat ke bawah lantas tubuh Fyira dilonjak ke hadapan sekuat hati, supaya dapat diselamatkan dulu.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now