28. TRUTH OR DARE?

5.3K 454 67
                                    

Hari semakin menginjak ke petang. Pari-pari sudah pergi bermandi-manda di air terjun Voorse. Yeah, ini salah satu yang ditunggui oleh semua! 

Pari-pari perempuan dan lelaki mandi di bahagian lain. Mereka tidak dibenarkan bercampur. Ketat betul mereka kawal.

Dalam sesibuk kumpulan Elite menjaga, ada seekor pari-pari miang menyorok di sebalik pokok besar. Tergendap-gendap dia di situ seperti pencuri. Dapat dilihat pari-pari perempuan sedang bermandi-manda. Bahagianya jika dia boleh mandi bersama!

"Hmmm ... Mana dia? Mana dia? Perempuan tak guna itu. Hehehe ... Nak tengok juga," dia tersengih sumbing. Jadi mengosok batang hidung. Mengoda betullah mereka semua ni!

"Ehem, tengok apa tu?" tegur satu suara.

"Tengok merekalah, apa lagi!" balasnya tanpa menoleh langsung. "Nak join?" ajaknya pula.

Si kembar di belakang saling berpandangan buat seketika. Mereka bermain mata. Lesie tersenyum jahat manakala Lilith berlagak selamba.

"Boleh juga , tapi selepas aku patahkan tulang belakang kau, Kyle!"   bisik Lesie ditepi telinga. Terus meremang bulu romanya. Dia menoleh ke belakang. Si kembar memberi senyuman yang amat menakutkan!

"Argh!"

Impak dari itu, burung yang hinggap pada dahan terbang ke tempat lain. Kucing hutan yang tidur di atas batu turut  terbangun dan lari lintang-pukang mendengar teriakan tersebut malah monyet bersengayut pada pokok pun jatuh ke tanah!

MALAM itu, mereka semua dibenarkan melakukan aktiviti sendiri. Mereka diberi kebebasan tetapi dengan syarat dilarang meninggalkan tapak perkhemahan. Jadi  suku daripada mereka sudah masuk tidur, mungkin penat. Yang lain lepak membentuk kumpulan di hadapan unggun api besar termasuklah kumpuan Elite.

Botol kaca pada ruang tengah dipandang bagai nak tembus. Ligat dia berpusing tiada henti. Masing-masing pandangan difokuskan.

"Ceh, bosan. Aku tidur dahulu." Luth lalu melintasi hadapan. Mereka semua buat bodoh. Seperti biasa Luth tidak akan berminat dengan semua ini melainkan buku sahaja.

Pusingan botol kaca semakin perlahan. Mereka menanti dengan rasa debaran di dada. Muncung bibir berhenti dan tepat mengenai Calvin! Jeng, mangsa pertama!

"Truth or dare?" ujar Keith sinis.

"Dare!"

"Fine, kau mesti lari keliling tapak ni selama lima pusingan tanpa pakai baju!" ujar Keith dengan nada mencabar.

Calvin menyahut lalu dia melaksanakan kehendak Keith. Apa ada hal, setakat lari saja kut. Itu amat mudah! Pusingan seterusnya botol kaca tersebut berhenti pada Lesie. 

"Lesie! Hahahaha, truth or dare!" Ujar Kyle laju. Dia mahu balas dendam tentang petang tadi. Sakit tulang belakang dikerjakan!

"Dare!"

" Matilah kau, aku nak kau korek hidung lepas itu makan! Ha, buatlah sekarang!" semua membuat muka jijik!

"The hell? Kau gila! Selekeh bodoh! Aku pilih truth," Lesie membias sekeras-kerasnya. Tangan disilang ke dada menunjukan dia tidak mahu laksanakan!

"Okay ... Okay ... Aku tanya kau satu soalan. Kau pernah sukakan aku bukan?"  kedua belah kening terangat. Kyle tersenyum menampakan gigi putih. Lesie menjeling sekilas membalas pandangan lelaki bermata biru.

"Hmm, pernah tapi sekadar suka macam tu sajalah!" jawab Lesie tunduk, menahan segan.  Lilith hanya tersenyum melihat gelagat adiknya.

Tanpa berlengah, botol dipusing lagi. Ligat! Setiap putaran di nantikan dengan penuh debaran. Di saat kelajuan botol semakin berkurang, semua mata mengikut arah muncung botol. Ia berhenti tepat diantara Keith dan Lilith iaitu ditengah-tengah.

Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now