75. MEMORIA

4.3K 398 45
                                    

Cahaya terang-benderang terpancar halus. Fairy law, magis terlarang dan tidak pernah digunakan malah tiada seekor pari-pari pun yang berani mahu menerokai pada zaman ini! Antara hidup atau mati tidak pasti bagi yang mengunakannya!

Nyea menujah kaki ke atas. Sayapnya mengepak laju menuju naik ke atas. Raja Virl sedang mengumpulkan segala kekuatan yang ada untuk melawan! Tetapi dia terlambat! Sekelip mata sahaja medan magis muncul dari tempat dia berpijak. Bukan itu sahaja malah di atas kepala juga! Dia tersentak lalu terundur beberapa langkah ke belakang! Tebeliak mata Raja Virl!  Tiba-tiba tubuh raksasanya diperangap cahaya segi tiga! Berlapis-lapis ia menerangkap tubuh! Keadaannya tidak ubah dibelit dengan tali!

Cahaya segi tiga itu mengecil dan mengecil sehingga Raja Virl terkunci dan tiada ruang pun untuk dia bergerak! "Arghh! Tidak! Aku tak boleh mati!" tempiknya seraya meronta-ronta untuk melepaskan diri!

"Aku akan lenyapkan segala kegelapan!" Nyea menghala tangan pada Raja Virl. Sejurus itu cahaya putih memancar terang!

Kbom!

Letusan maha hebat itu mengegar tanah. Jeritan Raja Virl bergema! Tubuhnya berasap-asap sebelum lenyap ditelan cahaya putih. Segala kuasa kegelapan diserap sehingga tiada yang tinggal! Raja Virl kembali ke asal. Mayat-mayat hidup juga kembali elok seperti biasa.

Raja Virl akhirnya tewas. Dia jatuh tumbang ke belakang. Dadanya turun naik dengan perlahan. Berasap-asap badannya. Kelopak mata terbuka luas seperti tidak percaya ini yang terjadi. Segala usahanya sia-sia belaka dan ini penamat buat dirinya!

"Ugh! Aku tak percaya ... aku fikir rancangan aku sudah cukup sempurna .... " Raja Virl batuk memuntahkan darah merah pekat. Dia mencungap tarik nafas dan kembali berkata " Su ... sudah berakhir?" soalnya sendiri, kelopak mata semakin memberat dan dia berhenti dari bernafas.

Nyea masih di udara sudah tertunduk lemah. Sayapnya tiba-tiba berhenti dari bergerak. Kelihatan dia sudah hilang seratus peratus kuasa magis dan tenaga dalam badan. Nyea jatuh longlai ke bawah.

"Nyea!" Keith mengorak langkah. Laju dia berlari untuk menyambut Nyea. Degupan jantung semakin laju. Keith menjadi tidak keruan tatkala melihat keadaan Nyea. Risau!

"Wei, bangunlah!" lelaki itu bersuara lagi seraya menampar lembut pipi gadis itu. Keith memangku Nyea.

"Kei ... Keith ...." balas Nyea tersekat-sekat. Helaan nafas Nyea sungguh perlahan. Dia menatap wajah Keith dengan pandangan redup.

"Nyea! Jangan tinggalkan aku, Nyea!" kata Keith sayu. Air mata sudah bertakung di tubir mata. Keith melekap tangan pada pipi Nyea.

"Aku tak pasti sama ada hidup atau mati. Magis tadi ... kau tahu bukan? Magis yang tidak ada satu pun pari-pari yang berani gunakan."  Nyea tersenyum tawar. Empangan air mata tumpah tanpa dia sedar. Entah mengapa melihat Keith sedih dia pun terasa sedih!

"Bertahanlah, Nyea! Aku tak mahu kau mati." ucapnya penuh sebak di dada. Perasaan sedih menyelubungi Keith. Tak sanggup dia melihat gadis itu pergi! Jujur dia cintakan Nyea sejak dari mula!

Nyea mengengam erat tangan, Keith. Air mata mengalir deras. Dia tidak terdaya lagi. Keith kehilangan kata-kata. Apa yang Nyea cakap memang betul. Nyawa gadis itu seperti telur di hujung tanduk! Tapi dia masih berharap lagi yang Nyea boleh meneruskan kehidupan!

Jari-jemari halus menyentuh pipi. Keith tersentak tatkala air matanya diseka oleh Nyea. Sedar kehadiran rakan-rakan yang lain, gadis itu mengukir senyuman manis walaupun  hambar.

"Keith, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku."  ujarnya sebelum mata terpejam rapat.





Sepi.





Lagenda Si Pari-Pari [ C ] Where stories live. Discover now